Bab 6

86 4 2
                                    

2019


   "Puan? Puan saya tak main-main dalam nak cari kerja ni? Apa ke gila saya kene bunuh orang untuk cari makan," bentuk Hawa sambil lantas bangun. Dia mula mengorak langkah untuk pergi.
   "Hawa, tunggu dulu." Pergelangan tangan Hawa ditarik membantutkan langkah Hawa, "Duduk dulu,"Ujar Puan Zamirah. Hawa kembali mengambil tempat duduk memasang riak wajah bengang.
   "Jadi awak nak terima ke tid-"
   "Tak!"potong Hawa.
   "Ok saya jelaskan dulu. Kalau awak menolak tawaran ni..." Puan Zamirah tidak menghabiskan kata-katanya.Sebaliknya memandang ke arah dua pemuda yang tidak jauh dari meja mereka. Seperti mendapat isyarat,pemuda-pemuda itu bangun menghampiri meja mereka. Seketika Hawa berasa cuak.
   "Kami terpaksa hapuskan awak. "sambung Puan Zamirah. Pandangan kembali ke arah pemuda-pemuda yang berkemeja seperti sedang mengarahkan sesuatu.
   Lelaki pertama mula menghampiri Hawa sambil dibuntuti temannya. Hawa langsung tak gentar. Mungkin mereka ingat wanita sepertinya adalah wanita yang lemah.
   Glock 17 dikeluarkan. Dihalakan muncungnya di kepala Hawa.Tepat berada betul-betul di dahinya. Trigger ditarik. Lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
   Hawa tersenyum kecil.Dengan pantas, tangan lelaki yang menggenggam pistol itu ditolak ke atas.Tembakan dilepaskan namun tidak mengenai Hawa.
   Serangan mula dilepaskan oleh Hawa pula.Tangan lelaki pertama dikunci sebelum memusingkan tangannya lalu ditarik mendekatinya. Pistol dirampas dari jemari lelaki itu sebelum Hawa menyepak kaki lelaki itu hingga jatuh terduduk.Hawa menghadiahkan satu lagi tendangan tempat mengenai kepala lelaki pertama.Lelaki itu terus rebah.
   Lelaki kedua mula menghampiri. Namun baru sahaja beberapa langkah, satu tumbukan hebat hinggap di pipinya.Satu lagi tumbukan hinggap di perut menyebabkan dia tertunduk sebelum kepalanya seperti dihentak sesuatu.
   Lelaki itu cuba bangun kembali. Dan mula mendapatkan Hawa. Pistol disimpan. Ini adalah pertarungan tanpa senjata. Lelaki itu terus menerkam Hawa. Namun, Hawa sempat mengelak lalu menyiku kepala lelaki itu. Penumbuk dilepaskan tepat ke muka lelaki itu. Tepat mengenai hidung lelaki itu.
   Akibat tumbukan hebat itu, hidung lelaki itu berdarah. Sedang leka lelaki itu memeriksa hidungnya, Hawa terus melancarkan serangan. Lutut Hawa diangkat tinggi dan terus mengenai dagu lelaki itu.Terpelanting ke belakang tubuh lelaki itu.
   "Bagus.Seperti yang saya jangkakan."Dengan tenang, Puan Zamirah memuji ketangkasan Hawa dalam pertarungan.
   "Apa maksud awak?"Hawa memandang aneh mendengar pujian yang diberikan sebentar tadi.
   "Sayang.Saya dah perhatikan awak. Saya nampak awak selamatkan seorang wanita tua yang disamun tempoh hari,"ujar Puan Zamirah.Hawa sedikit terkejut mendengar apa yang Puan Zamirah katakan.
   "Dan sejujurnya saya kagum dengan awak."Sekali lagi Hawa memasang reaksi wajah aneh.
   "Kagum?"soal Hawa.Puan Zamirah hanya mengangguk sahaja.
   "Ya.Saya kagum dengan ketangkasan dan kelincahan awak.Sangat jarang saya nampak wanita yang lincah dalam pertempuran,"puji Puan Zamirah.
   "Bukan setakat itu sahaja. Saya kagum dengan sifat berani dan dan murah hati awak. Awak sanggup tolong orang yang lemah, dalam kesusahan. Walaupun awak tak pernah kenalpun siapa mereka,"jelas Puan Zamirah sambil berjalan menghampiri Hawa.
   "Sebab itulah ANCAM perlukan awak. Kami perlukan awak."Kali ini Puan Zamirah berhadapan dengan Hawa. Tangannya diangkat sebelum mengelus wajah Hawa.Namun, tangannya ditepis.
   "Siapa yang perlu saya bunuh tu?soal Hawa. Menunjukkan tanda-tanda bersetuju.
   "Orang yang tak layak untuk dibiarkan hidup, sayang. Orang yang selayaknya tidak diberi peluang kedua,"bisik Puan Zamirah.
   Hawa mengangguk kecil sebelum bersuara, "Saya setuju."


***


2021


   Perjalanan dari Seremban malam tadi tidak mengambil masa yang agak panjang. Entah jam berapa Hawa pulang malam tadi. Selesai sahaja misinya membunuh anak Dato' Fateh malam tadi, Hawa terus pulang tanpa menunggu lama.
   Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Subuh terlanjur. Berat sungguh badan Hawa untuk bangkit dari katil empuknya. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia terus berbaring beberapa waktu lagi. Memandangkan hari ini juga tiada rancangan aktiviti yang perlu dilakukan.
   Telefon pintar berjenama buah diambilnya.Memeriksa sebarang notifikasi aplikasi yang masuk. Tiada. Hanya beberapa notifikasi dari aplikasi YouTube yang memberitahu terdapat beberapa video baru dari channel YouTube yang dilanggan nya.
   Hawa menggagahkan diri untuk bangun dari ruang hibernasinya sebelum melangkah menuju meja kerjanya. Di ruang meja kerjanya terdapat beberapa keping gambar. Gambarnya ketika menyertai latihan bersama ANCAM sebelum secara official menjadi skuad A dalam organisasi ini.
   Menurut Puan Zamirah, ANCAM atau Assassinate Negative Citizens Association Malaysia adalah organisasi  yang ditubuhkan untuk membunuh orang-orang yang tidak layak, bahkan terlalu hina untuk dibiarkan terus hidup.
   ANCAM terdiri dari 3 skuad utama. Skuad A, skuad I dan Skuad C. Ketiga-tiga skuad menggalas tugas yang berbeza dan serta main peranan penting dalam organisasi ini.
   Skuad I atau investigation Squad ditugaskan untuk mencari dan menyiasat target sebelum diserahkan kepada Skuad A yang akan mula bertindak.
   Skuad A ataupun Assasin Squad akan mula menyusun strategi untuk mencabut nyawa target. Terpulanglah apa cara sekalipun yang pasti mesti target mesti direntap nyawanya.
   Akhir sekali, skuad yang akan melenyapkan segala bukti, kesan pembunuhan dan yang akan menguruskan mayat target. Skuad C atau Cleaning Squad. Selesai sahaja pembunuhan dilakukan, skuad C akan tiba sebaik sahaja mendapat isyarat dari ahli skuad A. Skuad C jugalah akan melihat betapa sadisnya ahli skuad A dalam menjalankan tugas.
   Hawa memandang sepucuk Dessert Eagle yang terletak diatas meja. Seketika dia teringat kembali ketika dia pertama kali menjadi trainee ANCAM. Pertama kali memegang pistol. Tersenyum terkenangkan memori di ingatan.
   Hawa melangkah keluar dari bilik. Sudah beberapa bulan juga dia berpindah ke sini. Rumah apartmen yang disediakan oleh pihak ANCAM. Hawa terus melangkah menuju ke dapur dengan niat ingin membuat sarapan. Walaupun dia tahu sudah sedikit terlewat untuk bersarapan.
   "Morning,Cik Hibernasi. Awal cik bangun hari ni?"sapa Watie, housematenya dengan nada sedikit memerli.
   "Hmm."Hawa hanya berdeham sambil mengangguk kecil. Kadang-kadang malas juga membalas perliannya. Sebab hanya Watie sahaja sahabat yang dia ada.
   "Kau balik pukul berapa malam tadi?Tak sedar pulak kau balik."Watie menghulurkan secawan kopi kepadanya.
   "Entah.Selesai je, aku terus balik. Mandi-mandi jap, pastu tidur,"jelas Hawa sebelum mencicip kopi.
   "Eh, kau punya target malam tadi apa citer? Dengar-dengar anak Dato' Fateh. Anwar yang langgar bapak orang tu. Betul ke? Macam mana? Handsome tak?"Watie mula menunjukkan sifatnya. Sifat gilakan jejaka tampan.
   "Not bad lah mukanya. Tapi tulah, sayang je. Kaki botol. Tak minat aku,"balas Hawa tak menolak arwah anak Dato' Fateh elok paras rupanya. Tapi sayang kaki minum. Ketika dirinya tiba juga terdapat beberapa botol minuman keras berterabur di rumah itu.
   "Tapi tulah. Aku jarang dowh dapat target jambu-jambu ni. Untung la kau. Dapat handsome-handsome je,"rungut Watie.
   "Eh, Minah ni. Tanyalah Puan Z. Jangan tanya aku,"ujar Hawa.Matanya tak lekang dari melihat skrin telefon bimbitnya. Perhatian Hawa tertumpu pada berita mengenai guru-guru Tahfiz yang Kantoi mencabuli pelajarnya.
   "Dunia.Kau tengok ni, Watie."Hawa menghulurkan telefon bimbitnya kepada Watie. Watie hanya menekup mulutnya sambil memasang reaksi jijik.
   "Ew! Apa punya perangai la."
   Satu notifikasi masuk. Ianya mesej WhatsApp dari Puan Zamirah.Hawa mengambil kembali telefon bimbitnya. Sedikit senyuman terukir sebaik melihat isi mesej itu.
   "Watie, good news. Jom Dakgalbi!"ajak Hawa.
   "Komisyen masuk la tu. Ha kejap.Aku siap. Kau pergi mandi dulu,"ujar Watie bergegas ke biliknya.


Hawa (By Nuhazzz)Where stories live. Discover now