Bab 4

104 8 0
                                    

2019

Seminggu berlalu,Hawa melangkah menuruni bas ekspres. Ini merupakan kali pertama dia melangkahkan kaki di kota raya ini.

"Minta tolong jualan tanah Hawa yang dekat hujung kampung tu. Boleh tak?"

Teringat minggu lalu, Hawa mengambil keputusan gila untuk menjual tanah wasiat ibunya dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berat hati,Hawa terpaksa melepaskan juga tanah itu. Demi menjadi bekalan untuk di kota ini. Asalkan tidak jatuh ke tangan bapa saudaranya.

"Tempat baru, hidup baru,"ujar Hawa sambil cuba mencari sekeping nota kecil. Nota yang berisikan alamat dan nombor telefon Mak Ngah Fira. Seorang wanita 50an yang merupakan ibu saudara sebelah ayahnya. Satu-satunya ibu saudara yang paling rapat dengannya.

"Hello, Assalamua'laikum.Ni rumah Puan Syafira ke?"Hawa bersuara sebaik mendengar suara wanita kedengaran di ganggang telefon awam.

"Wa a'laikumsalam. Ya, saya Puan Syafira.Ni sapa ya?"soal wanita itu.

"Ni Hawa lah Mak Ngah. Hawa dah sampai Pudu Central ni."

"Ouh, kamu rupanya. Kejap,Mak Ngah datang ambik."Panggilan dimatikan.

Hawa menapak sebelum duduk di satu tempat duduk yang disediakan. Mata Hawa ligat memerhatikan gelagat dan karenah warga-warga kota. Ada yang berpakaian kemas dengan kemeja dan berseluar slack hitam.Mungkin ahli koperat agaknya. Ada juga kaum wanita yang mengenakan skirt pendek hingga menampakkan paha.

"Eh, dia orang ni, Islam ke? Tengok muka macam Islam,"gumam Hawa sendirian memerhatikan gelegat wanita itu.

Hawa ada juga melihat kiosk-kiosk di sekitar tempat duduknya. Mana tahu ada peluang pekerjaan di sini bagi menyara hidup.

Misi baharu akan dimulakan. Misi untuk hidup di kota raya ini.

"Assalamua'laikum, Hawa."

"Wa a'laikumsalam.Eh Mak Ngah. Laju sampai."Hawa bersalaman dengan ibu saudaranya itu. Kali terakhir bersua ketika pemergian arwah ibunya tempoh hari. Walaupun hanya pangkat ipar, namun hubungan Puan Syafira dengan Puan Zakiah amat akrab.

"Dah, jom."

***

Setelah berjalan kaki lebih kurang 10 minit, Hawa tiba di kediaman Puan Syafira. Rumah flat yang terletak di tingkat 3.Rumah yang sederhana.

Puan Syafira tinggal bersama dengan seorang anak perempuannya yang masih bersekolah. Hidup sederhana. Puan Syafira sudah kehilangan suaminya akibat kemalangan di tempat kerja. Hanya Puan Syafira lah yang menjadi sumber pendapatan keluarganya. Mujurlah beliau merupakan seorang guru di sekolah rendah berdekatan.

Hawa mengambil keputusan untuk menetap sementara sahaja. Bagi mencari kerja dan memburu rumah sewa.Dia juga kalau boleh mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya itu.

"KL ni besar. Tak kan lah langsung tak ada peluang kerja kan,"gumam Hawa sambil mula memikirkan beberapa kiosk di perhentian bas dan kedai-kedai di sepanjang perjalanan menuju ke rumah Puan Syafira.

"Hawa.Nanti letak barang dalam bilik tengah tu ya,"laung Puan Syafira dari arah dapur. Sibuk menyediakan juadah makan malam, "Hawa guna bilik tu ya,"sambungnya lagi.

"Ok,"balasnya sambil membawa beg barangan masuk ke bilik tengah.Tubuh badannya dicampakkan ke atas katil. Niat ingin merehatkan diri sambil memikirkan peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini.

***

"Tak.Tak senang macam apa yang aku fikirkan."Hawa mengomel sendirian sepulang sahaja ke rumah.

Entah ke bererapa kali dia tidak diterima kerja. Hampir seluruh kawasan sekitar ini dituju dengan niat ada kerja kosong. Namun setiap kedai yang disinggah nyata hanya memberikan keputusan yang hampa.

Hawa (By Nuhazzz)Where stories live. Discover now