2021
Isi fail dikaji satu persatu. Ada sedikit masalah dalam misinya kali ini. Sudahlah target kali ini adalah seorang wanita 30an.Dan yang menambahkan lagi masalah, target adalah seorang ibu dan mempunyai seorang anak perempuan.
"Seriuslah.Target kali ni perempuan pulak. Bukan ke perempuan ni ANCAM lindung." Hawa tergaru-garu kepalanya membaca isi maklumat mengenai target kali ini.
Helaian demi helaian diselak. Hinggalah mata Hawa tertangkap satu artikel yang terpapar di salah satu muka surat.
"IBU PERGI MENUNGGU ANAK TAK KUNJUNG KEMBALI"
Menurut artikel, target yang bernama Suzana telah bertindak menghantar ibu kandungnya yang bernama Masriah bt Andak ke sebuah rumah orang tua dan telah mengabaikan ibu kandungnya sendiri hingga ibu kandungnya itu meninggal dunia.
Yang lebih menyayat hati. Ketika ibu kandungnya pergi, target langsung tidak bertanggungjawab menguruskan jenazah ibunya. Terpaksalah pihak rumah orang tua yang bertempat di Jalan Mahkota itu menguruskan jenazah ibunya. Bukan setakat tidak mahu menguruskan, bayang target juga tidak kelihatan ketika hari pengebumian ibunya. Seolah-olah jenazah telah dibuang dari keluarganya sendiri.
Hawa terkelu membaca intisari artikel. Airmatanya gugur melihat seorang anak yang tidak berhati perut terhadap ibu kandungnya sendiri. Entah apa dosa sang ibu hingga pengakhiran hidupnya menjadi sangat menghibakan.
"Apa dosa ibu dia? Tergamak ya kau buang dia dari keluarga kau,"gumam Hawa sendirian. Tak terkejut pun jika target kali ini adalah seorang wanita. Wanita yang terlalu hina untuk dibiarkan hidup.
"Dah, jom.Aku nak singgah kedai runci. . . Eh, kau nangis ke?"Watie tiba-tiba muncul lalu masuk ke dalam kereta Hawa. Kaget Hawa dibuatnya. Dengan cepat Hawa mengesat airmatanya.
"Eh, tak adalah. Mana ada aku nangis.Kau salah nampak kot."
***
Setelah semalaman suntuk menelaah fail misinya, Hawa mula bergerak menuju ke rumah targetnya. Hawa masih was-was asbab target mempunyai anak kecil yang sudah tentu akan menyukarkan misi kali ini.
Hawa tiba di lokasi target. Rumah banglo dua tingkat di hujung lorong. Rumah yang tersergam indah. Seperti tipikal rumah-rumah keluarga dato' dalam drama di kaca televisyen.
Hawa keluar dari keretanya lalu berjalan menuju ke pagar rumah banglo ini. Loceng ditekan sambil berharap ada seseorang yang akan muncul menyambut kedatangannya.
Selang beberapa saat, pagar secara automatik. Ada seseorang di rumah. Hawa lantas berjalan masuk ke perkarangan rumah.
"Assalamualaikum!"Hawa melaung memberikan salam.Tiada kedengaran sahutan dari dalam rumah.
"Assalamualaikum!"laung Hawa sekali lagi dengan lebih kuat. Mungkin tuan rumah tidak mendengar salam pertamanya sebentar tadi.Kedengaran seseorang menjawab salamnya sebentar tadi. Selang beberapa saat,kedengaran seperti kunci pintu dibuka sebelum pintu kayu jati yang memisahkan ruang dalam dan luar rumah terbuka.
Seorang wanita bertubuh langsing, berambut panjang mengurai keluar. Sekali lihat tampak seperti model dek rupa tubuh dan paras wajah yang Ayu. Namun, tiada siapa pun tahu isi hati dan rahsia wanita itu.
"Ini rumahnya Puan Suzana ke? "soal Hawa.
"Kan aku dah kata. Aku tak nak! Tak faham lagi ke?"Soalan Hawa dibalas dengan semburan. Hawa Terpinga-pinga tidak mengerti apa yang Puan Suzana katakan.
Menyedari riak wajah Hawa yang buntu itu. Puan Suzana seperti tersedar akan sesuatu kesilapannya. "Kau bukan orang yang suami aku hantar ke?"soal Puan Suzana. Hawa menggelengkan kepalanya.
"Ouh,sorry.Saya ingatkan bekas suami saya yang hantar. Sorry ya. Eh, marilah masuk,"jemput Puan Suzana. Hawa hanya menuruti Puan Suzana. Ruang dalaman serba mewah serta dihiasi dengan pelbagai aneka dekorasi mengindahkan lagi dalaman rumah.
"Jemput duduk."pelawa Puan Suzana. Hawa melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk.
"Awak Cik Hana ya? Guru tuisyen peribadi anak saya yang baru?"Puan Suzana duduk di sofa bertentangan dengan Hawa sambil memulakan perbualan.
"Ya.Saya Cik Hana. Maaflah saya lupa nak call tadi."
"Eh, tak apalah. Sekejap ya saya panggil anak saya. Cik duduk dulu ya."Puan Suzana berlalu pergi meninggalkan Hawa.
Hawa sekilas melihat sekeliling interior dalaman rumah ini. Pandangan Hawa seolah tertumpu dengan sebuah potret anak kecil berpakaian seperti jubah konvo. Mungkin itulah anak Puan Suzana.
"Target aku Mak budak. Abis tu budak ni macam mana?"gumam Hawa.
"Maaf, lama menunggu. Jemput minum dulu,"jemput Puan Suzana. Hawa mencicip sedikit kopi suam yang sudah terhidang. Hilang seketika dahaga.
"Kenapa, Bu?"Satu suara anak kecil kedengaran. Muncul sosok anak kecil perempuan.Kanak-kanak itu mula mendekati ibunya, Puan Suzana.
"Inilah anak saya. Namanya Sharmila.Mila, salam kakak ni,"arah Puan Suzana kepada anaknya. Sharmila hanya menurut arahannya.
Kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Putih mulus kulitnya. Hawa seperti diterpa dengan satu perasaan aneh. Pelbagai persoalan yang menyinggah di fikirannya. Lebih-lebih lagi jika Hawa berjaya membunuh ibunya. Apakah akan terjadi dengan Sharmila nanti?
"Ok Cik Hana. Saya akan bagitahu sikit apa tugas yang awak perlu buat. Dan jangan risau pasal bayarannya,"ujar Puan Suzana membuatkan Hawa terpinga-pinga.
"Tugas? Bukan tugas aku kena jadi cikgu untuk anak dia je ke?"
"Tugas apa ya Puan? Sebab tak silap saya, saya Cuma kena jadi guru tuisyen peribadi anak Puan sahaja."Hawa menyuarakan persoalannya.
Puan Suzana bangun sebelum bersuara. "Saya minta tolong awak, kalau bolehlah."
Puan Suzana memeluk tubuhnya sambil memberikan pandangan kepada Hawa."Saya nak awak bukan sahaja anak saya. Saya nak awak jaga dia sepanjang saya tiada di rumah. Sediakan makan minum dia semasa sesi pengajaran. Dan saya nak semasa awak bekerja di sini, saya nak awak kemas rumah dan sediakan air untuk saya masa saya balik,"terang Puan Suzana.
Fikiran Hawa ligat menangkap segala tugas-tugasnya. Dia seolah-olah tidak mengerti dengan apa yang didengarinya. Mengapa pula dia pula dikerah seolah-olah seperti orang gaji di sini. Masakan orang kaya sepertinya tak mampu mengupah orang gaji?
"Ada soalan?"tanya Puan Suzana.
"Satu soalan.Kenapa ya saya kena buat semua tu?"
Puan Suzana berjalan menghampiri Hawa sebelum duduk disebelahnya. Puan Suzana menghela nafasnya sebelum bersuara.
"Dulu saya pernah upah orang gaji. Tapi dia tak jujur. Habis duit saya dicurinya. Milah pulak dibiarkan je. Orang luar. Sebab tu saya serik nak cari orang gaji."Hawa mengangguk faham.
"Boleh ke awak tolong. Pasal bayaran, awak jangan risau. Semua boleh diaturkan,"tambahnya lagi. Mereka saling berpandangan. Hawa tersenyum sambil mengangguk kecil tanda setuju.
Puan Suzana tersenyum. Terasa hilang satu beban di fikiran. Sekarang ada orang yang akan menjaga anaknya semasa ketiadaannya nanti. Kehadiran Hawa cukup membantu Puan Suzana.
"Kalau macam tu, esok awak boleh mula kerja. Okey?"cadang Puan Suzana memberikan peluang Hawa berehat.
"Oklah.Esok saya datang lepas Milah habis sekolah ya."
YOU ARE READING
Hawa (By Nuhazzz)
Mystery / ThrillerApabila seorang gadis kampung,yang baru sahaja berpindah ke kota.Tanpa arah tuju mahupun target.Hanya kerana pemergian ibu tercinta.Disebabkan keberanian dan ketangkasannya menarik perhatian sebuah organisasi. Hawa kini ditugaskan untuk memburu,m...