2021
Subuh menjelma. Hawa sudah pun bangun awal. Ataupun boleh dikatakan masih belum tidur lagi sebenarnya. Manakan tidaknya, akal fikirannya masih ligat memikirkan mengenai misinya kali ini. Hatinya masih lagi diselubungi dengan perasaan was-was.
“Haish, betul ke tidak apa yang aku buat ni?” Isi hatinya mula melontarkan soalan yang sama untuk entah ke berapa kalinya.
Jikalau dia tahu dari mula siapa mangsa kali ini, sudah tentu dia akan menolak dari awal lagi. Biarlah dia membayar denda daripada terpaksa membunuh seorang ibu yang masih lagi mempunyai anak yang masih lagi betah.
Hari ini hari pertamanya memulakan penyamaran sebagai guru tuisyen peribadi. Menurut Puan Suzana. Dia hendaklah tiba selewat-lewatnya pukul 2 petang. Awal itu lebih baik. Sharmila akan pulang ke rumahnya paling lewat pukul 1. Jadi adalah masa untuk Sharmila bersiap sedia sebelum kelas dimulakan.
Hawa melabuhkan dirinya di atas sofa. Niatnya ingin melelapkan mata seketika sebelum mula melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang wanita.***
Sebuah bilik. Bilik yang agak gelap. Hanya sedikit cahaya yang mengisi kegelapan di dalam bilik. Hawa tak dapat lihat apa yang terdapat di dalam bilik yang tidak begitu luas ini.
“Aku kat mana ni?Ini bilik apa?”soal Hawa sementara mata ligat mengeksplorasi isi bilik ini walaupun dia tahu ruang dalaman terlalu gelap.
Hawa bangun dari sofa. Langkah dimulakan berjalan mengelilingi ruang dalaman bilik ini. Pada mulanya dia mengagak ini adalah ruang tamu rumahnya. Namun, jika diperhatikan, bilik ini hanya diisikan dengan sebuah sofa ditengah-tengah bilik. Tiada perabot lain. Hanya kegelapan yang disinari sedikit cahaya dari pintu yang sedang terbuka.
Hawa mula melangkah ke arah pintu yang sudah terbuka luas. Kepala disuakan sedikit bagi mengintai ke luar bilik atau apapun ruangan aneh itu.
Di luar persis sebuah lorong di sebuah hospital. Lebih tepat lagi seperti sebuah jalan menuju ke arah wad ataupun bilik bedah. Ruangan putih sambil dihiasi dengan cahaya lampu kalimantang. Tiada satupun manusia yang ditemukan.
“Aku Kat hospital ke?”Hawa masih keliru dengan ruang yang dia berada sekarang.
“AAARGHH!”Hawa dikejutkan dengan satu jeritan dari sebelah kiri lorong. Segera dia bergegas mencari punca suara jeritan sebentar tadi.Hinggalah dia tiba di sebuah bilik. Apa yang disaksikan agak aneh sekaligus menghadirkan sensasi menyeramkan.
Didalam bilik, terdapat seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Jika dilihat dari paras rupa lelaki itu, sepertinya sudah agak berumur. Namun bukan itu yang dia tumpukan. Sebaliknya dia memperhatikan ada sepasang tanduk yang keluar dari dahi lelaki itu melengkung dan meruncing ke atas. Cukup menyeramkan.
3 orang perempuan pula seperti diikat dan digantung dalam keadaan terbalik. Mereka bertiga pula langsung tidak mengenakan sehelai benang pun. Mata mereka seolah-olah sedang menatap diri Hawa. Seperti ingin meminta bantuan. Hawa kaku menyaksikan adegan menyeramkan di depan mata kepalanya sendiri.
Selang beberapa saat, seorang lelaki muncul. Tampak seperti manusia biasa. Entah darimana dia muncul sebelum mula menghampiri lelaki bertanduk itu. Lelaki itu seperti menghulurkan sesuatu sebelum menghampiri salah seorang dari 3 perempuan itu.
“Hoi! Kau nak buat apa dengan depa?”Muncul keberanian dalam diri Hawa. Namun, mereka seolah-olah tidak mengendahkan. Sebaliknya lelaki itu terus menghampiri salah seorang dari perempuan itu sebelum mengeluarkan sebilah pisau.
Pisau terus menikam salah seorang perempuan. Hawa menjerit melihat satu pembunuhan yang entah apa motifnya. Namun, jeritan Hawa seolah tidak didengari mereka. Lelaki berwujud manusia terus melakukan kerjanya. Pisau terus menari membelah perut hingga ke dada.
Hawa tidak dapat menahan tangisnya lagi. Melihat perempuan itu cuba melawan namun tiada daya. Abdomen perempuan itu sudah terbelah. Pisau juga telah ditarik keluar.
Tangan lelaki itu masuk ke dalam belahan tersebut. Seolah-olah sedang meraba sesuatu. Hingga beberapa saat berlalu, tangan lelaki itu berhenti sebelum merentap sesuatu. Objek merah bercahaya keluar dari badan perempuan itu dan kini berada dalam genggaman lelaki itu.
***
“BERHENTI!!”Hawa menjerit semahu-mahunya lalu bangun dari sofa. Persekitaran kembali seperti asal. Barulah Hawa tersedar akan sesuatu.
“Mim. . Mimpi rupanya.”Hawa menarik nafas lega. Tak sanggup dia mengingat kembali adegan yang mengerikan sebentar tadi.
Pandangan Hawa beralih ke jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 1:13 petang. Azan Zuhur juga sudah mula berkumandang. Tanpa fikir panjang, Hawa lantas menuju ke bilik mandi sebelum bersiap-siap untuk menuju ke rumah Puan Suzana.Rutin mengemas rumah hari ini terpaksa ditangguhkan dulu.
Sepanjang perjalanan ke sana, Hawa ligat memikirkan intipati atau maksud dari mimpinya itu. Satu objek diregut dari isi perut seorang perempuan. Berbentuk seakan-akan hati dan bercahaya merah bersinar.
Sedang asyik fikirannya melayang,tanpa dia sedar, dia telahpun tiba di rumah Puan Suzana. Kereta Toyota Vios milik Puan Suzana tidak kelihatan. Ini bermakna Puan Suzana masih belum pulang.
“Assalamualaikum.”laung Hawa memberikan salam.Selang beberapa saat,kedengaran suara perempuan yang menyahut salamnya.Sharmila keluar memunculkan diri.
“Masuklah, Cik Hana,”jemput Sharmila.
Hawa melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihatnya ruang dalaman sambil kakinya terus melangkah ke dapur. Puan Suzana ada memesan padanya mengenai tugas-tugas sampingan yang perlu dibuatnya. Antara tugasnya termasuklah mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah sehinggalah menyediakan air untuk Puan Suzana.
“Milah! Milah dah makan ke?”panggil Hawa.
“Sudah, Cik Hana. Baru je habis makan. Saya nak mandi dulu ya.”
“Ok, Cik Hana ada dekat dapur. Nak kemas-kemas dulu. Nanti Cik Hana naik bilik ya,”ujar Hawa dari dapur.
“Okey!”
Hawa terus menjalankan tugasnya sementara Sharmila membersihkan diri. Pinggan mangkuk dicuci. Begitu juga kawasan dapur sudah siap dikemas. Disebabkan keadaan rumah tidaklah begitu bersepah, jadinya Hawa tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan tugasnya.
Lokasi berpindah ke ruang tamu. Ruang tamu juga tidaklah berhabuk.Masih lagi dalam keadaan kemas. Kesemuanya seperti telah dibersihkan oleh orang lain. Hawa lantas menuju ke bilik Sharmila. Sharmila sudah selesai membersihkan diri.
“Sudah ke, Milah?”soal Hawa sambil mengetuk pintu bilik Sharmila.
“Sekejap, Cik.”Hawa menunggu di luar pintu biliknya. Selang beberapa saat, pintu di buka.
“Masuklah, Cik Hana,”jemput Sharmila. Hawa hanya menurut sahaja.
“Cik Hana-”
“Panggil Kak Hana je,”potong Hawa sebelum membahasakan dirinya Kak Hana.
Sambil berbual dengan Sharmila, Hawa sempat melihat isi bilik Sharmila yang dihiasi motif kartun ‘Powerpuff girl’.Dihiasi dengan warna merah jambu diselangi warna biru cair dah hijau.Cukup indah di mata Hawa.
“Kak Hana,hari ni boleh tolong Mila buat kerja matematik tak?Susahlah,”pinta Sharmila.Hawa hanya bersetuju sahaja.Sememangnya itulah tugas yang perlu Hawa lakukan.Hanya untuk mengelabui mata Sharmila.
“Ha mana yang susah tu?Biar Kak Hana ajarkan.”
YOU ARE READING
Hawa (By Nuhazzz)
Misterio / SuspensoApabila seorang gadis kampung,yang baru sahaja berpindah ke kota.Tanpa arah tuju mahupun target.Hanya kerana pemergian ibu tercinta.Disebabkan keberanian dan ketangkasannya menarik perhatian sebuah organisasi. Hawa kini ditugaskan untuk memburu,m...