Bab 1

253 13 0
                                    

2022

Anwar berlari sekuat tenaga. Cuba untuk selamatkan diri dari sosok wanita yang tiba-tiba sahaja muncul di dalam rumahnya. Seorang wanita bertudung, bersut hitam dan mengenakan topeng putih kosong. Sejurus dilihat seperti dia sedang memburu dirinya.
"Mana awak nak lari ? Janganlah takut! Kan kita ni perempuan. Apa yang awak nak takutkan?"Hawa laung dari arah ruang tamu banglo 2 tingkat milik Anwar. Ada urusan yang perlu diselesaikan.
Hawa melangkah menelusuri ruangan rumah Anwar. Memburu si bedebah itu. Sepucuk 'dessert eagle' siap penyenyap bunyi sudah berada kemas dalam genggaman. Hanya menunggu mangsa untuk dihalakan.
Di belakang Hawa sudah siap diikat Rytec AMR sebagai persediaan jika Anwar, mangsa pemburuan kali ini berjaya melarikan diri. Segala persediaan untuk meregut nyawa Anwar dipersiapkan.
Hawa terus melangkah mencari Anwar. Setiap pelusuk di lantai bawah rumah ini diteroka. Rumah yang agak bersepah. Pakaian yang disidai di mana-mana. Maklumlah rumah teruna bujang. Muda-muda lagi sudah ada rumah sendiri.
Tunggu,ini bukanlah rumah Anwar sendiri.Ini merupakan rumah pemberian orang tuanya. Biasalah, anak menteri. Semua dapat. Rumah sendiri, kereta sendiri. Semuanya hanya perlu diminta sahaja. Tak perlu bersusah-payah lagi.
"Awak! Kita naik ya! Awak tunggu dekat atas tau~!"Senyap.Tiada balasan dari Anwar.
Hawa melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Anwar sudah bersedia di belakang pintu. Sebatang kayu hoki lama telah berada di dalam genggamannya. Bersedia menyerang wanita bersut.Walaupun Anwar tahu, peluang untuk dia menang tidaklah begitu ada. Apatah lagi wanita itu siap dengan bersenjatakan pistol dan senapang.
Peluh dingin membasahi dahi Anwar. Dengan penuh kesabaran dia menanti wanita bersut itu melintas di hadapan. Di fikirannya, jika melintas sahaja wanita itu, kayu hoki bersedia dihayunkan.
Tap!!
Satu bom tangan bergolek di depan Anwar. Cemas. Anwar lantas mendekati bom tangan.Pin masih berada di tempatnya. Selamat.
"Mana di-"
Buk!!
Seketika pandangan Anwar menjadi gelap. Badannya rebah ke lantai. Pedih di bahagian kepala seperti sudah dihayun sesuatu benda yang keras.
"Awak tidur dulu ya. Nanti saya kejutkan awak. Awak mesti penatkan?"ujar Hawa sebelum mengheret jasad Anwar.

***

Anwar membuka matanya. Dia kembali semula ke dunia realiti setelah seketika tidak sedarkan diri angkara hadiah kasih sayang yang telah dihayunkan oleh Hawa sebentar tadi.
Anwar cuba untuk bangun. Sayangnya tubuhnya telah diikat kemas di kerusi. Menyekat pergerakan. Anwar meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Eh, awak dah bangun. Awak mimpi apa tadi? Nyenyak semacam je."Hawa muncul di hadapan Anwar. Kali ini penampilan Hawa telah berubah. Hawa mengenakan kemeja putih dah tuxedo hitam tanpa tali leher. Dipadankan bersama selendang putih dan bertopeng putih. Cukup menaikan meter ketakutan Anwar ke tahap tertinggi.
"Siapa kau?!Apa yang kau nak dari aku?"Anwar memberanikan diri untuk bersuara.
"Hmm"Hawa menguis dagunya."Cuba awak teka sapa saya?"
"Apa kau nak? Rompak aku?"
"Cik abang oi, tak ada dalam sejarah orang merompak pakai sut hitam macam saya ni ha,"ujar Hawa sambil mengelap kayu hoki yang digunanya sebentar tadi.
Hawa bangun lalu duduk menghadap televisyen yang menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak barat.Manchester United menentang Chelsea.Walaupun bukanlah minat Hawa dalam industri bola sepak,namun sengaja Hawa melengahkan sedikit masa untuk Anwar bernafas.
"Messi tak main ke?Neymar pun tak nampak,"ujar Hawa mencebik sambil bersandar di atas sofa mewah milik Anwar.
"Kepala hotak kau!Bila masa pulak Neymar sesat dalam EPL.Kau perempuan apa tahu!"Sedikit demi sedikit ketakutan Anwar hilang apabila mendengar jenaka Hawa. "Bila perempuan tengok bola,macam ni lah,"tambahnya lagi.
"Diam!"Tembakan dilepaskan.Tempat mendarat di betis Anwar.Anwar meraung kesakitan.Betisnya sudah cedera.
Hawa mematikan siaran televisyen lalu mencapai satu bagasi yang telah diletakkan di atas meja kopi.Bagasi yang berisikan segala macam alat dan senjata.Dia membelek satu persatu senjata yang sesuai.Turut disediakan adalah sebuah fail bewarna merah transparen.Kelihatan ada beberapa helaian kertas di dalamnya.
"Ha!Dah jumpa!"Hawa membawa keluar Sepucuk pistol P92.Peluru diisikan.
Hawa mula melangkah menuju ke Anwar sambil membawa fail merah.Dikeluarkan segala isi sambil meneliti maklumat yang tertera di kertas A4 putih itu.
"Hmm,Anwar bin Fateh.Umur 25 tahun.Bekerja di satu pub sebagai bartender.Ouh awak pandai buat airlah ni.Tapi,dekat sana mesti awak serve air arak je,kan?Tak dapatlah saya nak merasa."Hawa bersuara sambil membelek helaian kertas A4 tersebut.
"Siapa . . .Siapa sebenarnya kau ni?Macam mana kau boleh tahu..."
Hawa mengukirkan senyuman disebalik topengnya sebelum bersuara "Kod A05.Tapi saya lebih suka dipanggil Hawa.Selamat berkenalan."Tangan dihulurkan.Anwar hanya memandang jelik tangan Hawa yang ditutupi sarung tangan kulit bewarna hitam.
"Ouh,sorry.Lupa pulak."
"Kau nak apa dari aku?Kalau kau nak duit,aku boleh bagilah.Lepaskan aku!"Anwar meronta-ronta pinta untuk dilepaskan.Hawa hanya tertawa melihat keletah Anwar.
"Awak,saya bukan nak merompaklah."Hawa menghampiri Anwar. "Saya ada kerja yang perlu diselesaikan."Wajah Anwar diusap perlahan-lahan.
Hawa mendekatkan dirinya ke telinga Anwar sebelum berbisik ke telinga Anwar. "Untuk hapuskan awak."
Panik dan cuak.Itu apa yang dirasai oleh Anwar sebaik mendengar apa yang dilontarkan oleh Hawa.Ya,dia akan mati di sini dan ini merupakan hari terakhir untuk dia bernafas.
"Tapi,kenapa?"Dalam ketakutan.
"Sebab kau. . . "Hawa berundur beberapa langkah. Pistol diacukan tepat di bahagian peha kirinya. Peluru dilepaskan mengenai menembusi paha Anwar. Seluar pendek 'Hawaii' bewarna biru cyan menampakkan tompok darah merah.
"Argh!!!"Anwar meraung semahunya melihat paha kirinya sudah berlubang ditembusi peluru.
"Kau dah langgar seorang bapak, yang baru balik kerja! Bapak tu mati 'on the spot' dekat tempat kejadian!"teriak Hawa. Nada dia yang sebentar tadi seperti sedang ceria berubah.
"Itukan... Itukan kemalangan,"Anwar bertegas sambil menahan kesakitan. Dia masih ingat lagi tragedi bulan lepas. Kemalangan angkara kecuaiannya sendiri.
"Ya, kemalangan disebabkan kecuaian seseorang. Seseorang yang memandu dalam keadaan mabuk!"Terkelu lidah Anwar mendengar kata-kata Hawa. Hairan macam mana rahsia terbesar Anwar bocor. Yang lebih aneh, rahsianya bocor ke seorang gadis yang langsung tidak dia kenali.
"Kenapa? Terkejut? Ataupun, takut?"Hawa mengukirkan senyuman melihat reaksi Anwar.
Sebulan lepas, Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan akibat kecuaiannya. Angkara terlalu mabuk dek beberapa gelas wain merah.
Kemalangan tersebut menyebabkan seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal akibat kecederaan teruk di kepala. Yang lebih mengharukan, hari tersebut merupakan hari ulangtahun anak mangsa yang ke 5 tahun. Mangsa ketika itu pula sedang membawa kek hari jadi milik anaknya.
"Kau mungkin terlepas sebab ayah kau. Tapi kalau kau dah jumpa aku,"Hawa tak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya mengacukan pistol tepat ke arah muka Anwar.
"Baik! Aku mungkin dah bunuh bapak kau! Ta...Tapi tolonglah, lepaskan aku! A...Aku akan buat apa sahaja untuk kau! Aku berjanji akan bayar balik pampasan pada kau sekeluarga!"rayu Anwar meraih simpati untuk dilepaskan.
"Maaf.Kau tak boleh hidupkan orang yang mati."Peluru dilepaskan lagi. Kali ini tepat mengenai paha kanannya pula. Anwar menjerit kesakitan.
Kesal. Itulah apa yang dirasai oleh Anwar. Jika dia tidak memandu ketika mabuk, sudah tentu bapa malang itu terselamat dan sudah tentu dia juga tidak akan tersiksa sebegini.
"Lagi satu, aku bukan anak arwah,"ujar Hawa kembali menjauhi Anwar beberapa tapak.
"Aku dihantar untuk hapuskan kau dan orang yang sama macam kau. Kami dari A.N.C.A.M."Peluru terakhir dilepaskan. Hinggap dan menembusi tengkorak Anwar dan langsung meregut nyawa Anwar. Kerusi yang mengikat Anwar jatuh tersungkur ke belakang.
"Sayang,muka dah handsome. Tapi kaki botol."Hawa melabuhkan kembali punggung ke atas sofa. Berehat seketika menunggu seseorang sampai.
"A05! C or W?"Satu suara kedengaran di luar rumah.
"Masuk!"arah Hawa.
Sekumpulan orang masuk ke dalam rumah. Berpakaian bersut hitam namun dilapisi dengan pakaian lutsinar yang terbuat dari plastik seperti petugas kesihatan.
"Uish.Pecah pala oi. Hang betui hati kering na."ujar lelaki asal Kedah itu melihat mayat Anwar yang sudah bolong kepalanya.
"Malas nak tunggu lama. Eh macam biasa ya, Kod S. Committed suicide", ujar Hawa melepaskan topeng putihnya menampakkan wajahnya yang ayu.
"Baik."

Hawa (By Nuhazzz)Where stories live. Discover now