Pesara Yang Ceria

6K 27 0
                                    

" Saya  bukan tamak atau tak bersyukur dengan rezeki yang ada,tapi saya dah biasa bekerja dan tak reti duduk diam,kalau duduk di kampung mahu juga saya berkebun,tapi duduk bandar macam ni mana nak di cangkul nya untuk buat "  Itulah jawapan tetap Pak Said pesara polis berpangkat sarjan semasa di  tanya ketika di temu duga untuk menjadi Pegawai Keselamatan. Dia sentiasa istiqamah dengan jawapan dibila di tanya oleh sesiapa juga.

Begitulah Pak Said yang masih cergas dan aktif bertenaga di usia 58 tahun . Mungkin latihan dan pengalaman bekerja lebih 15 tahun di bahagian trafik dan operasi di Bandaraya membolehkan dia sentiasa sihat dan kekal cergas mengalahkan orang yang lebih muda darinya menyebabkan ketua nya Tuan Mizi (Tarmizi) sering mengusik dan menyakat dia .Namun hakikat nya dia masih berupaya untuk bekerja dan seperti katanya bidang keselamatan atau kerja beruniform sudah sebati .

"Kalau duduk rumah pun saya tak apa kerja apa, isteri saya ada buka gerai makanan di hadapan blok rumah,"kalau saya melepak kat warung tu,kena bebel juga dengan isteri saya" ujar Pak Said bila di tanya mengapa tidak membantu isteri nya di warung.

" Isteri saya pun macam saya juga,jenis orang tak reti duduk diam ,dia pun lagi dulu suka memasak dan dia buka warung tu pun sebab masa saya masih kerja selalu balik lewat dan tak tentu masa,itu yang dia buka gerai makan  berkongsi dengan kawan dia"tambahnya lagi."Sekarang dia dah selesa ,tambah lagi ada menantu yang menolong,saya nak menolong pun tak di berinya"kata Pak Said.

" Untung lah  Pak Said,nak tolong buat kerja pun isteri tak bagi,bertuah badan" usik Tuan Mizi.

" dia tak bagi sebab kawan dia tu janda dan masih mengancam,itu yang dia tak mahu saya duduk kat warung tu,dia pulak yang terancam " jawab Pak Said berseloroh. 

" Betul Tuan,kalau tuan free datang lah kat warung tu,isteri saya pun selalu tanya kenapa tak ajak Tuan datang ke warung ,saya gerenti kalau Tuan datang sekali mesti nak datang selalu"tegas Pak Said yang beriya iya mengajak Tuan Mizi untuk datang ke sana,

Olehkerana tertarik dengan cerita  dan latar belakang kerjaya Pak Said ,Tuan Mizi pun merancang untuk pergi ke warung isteri Pak Said  untuk mengenali lebih dekat diri dan keluarga nya disamping mengesahkan samada cerita yang di sampaikan oleh Pak Said itu betul atau sebaliknya.

Pagi Sabtu berikutnya Tuan Mizi tiba di warung berkenaan tanpa memberi tahu Pak Said.Dia memilih duduk di meja hujung dan memesan nasi lemak dan Kopi O. Isteri Pak Said tidak mengecam Tuan Mizi kerana mereka hanya berjumpa sekali ketika dia menemani Pak Syed datang untuk temuduga. " Encik ni baru datang pertama kali ke sini ke" tanya isteri Pak Syed bila melihat Tuan Mizi bagai teragak agak melihat makanan ."Ha ,ya kali pertama,saya nak nasi lemak sambal kerang dan kopi O" jawab Tuan Mizi pantas sebelum di tanya lebih lanjut oleh isteri Pak Said. Pada Tuan Mizi, melihat isteri Pak Said secara dekat mendapati dia seorang yang menarik, berkulit cerah dan badannya agak berisi dengan aset yang sederhana besar , wajah nya manis dan ceria .Mulutnya pun macam Pak Said juga,petah bercakap ,sebab itu lah agak nya mereka tak boleh dekat selalu,pada penaksiran Tuan Mizi.

" kEncik datang dari mana ni,jarang orang luar datang makan kat sini,terutama hari cuti macam ni"sapa  isteri Pak Said ketika tiada pelanggan lain ketika itu."betul lah tu Puan,saya datang sebab nak rasa makanan kat sini,yang kawan saya recommend sungguh-sungguh"jawab Tuan Mizi.

"iya ke ,terima kasih lah sudi datang mencuba,siapa kawan Encik  tu,rumah nya di mana?"tanya isteri Pak Said lagi.

" Saya pun  tak ingat alamat nya,dia kata dekat betul rumah dia dengan gerai ni" jawab Tuan Mizi yang membuat isteri Pak Said mengerut dahinya dan terus bertanya" Siapa nama kawan Encik tu,kot saya kenal ke" tanya isteri Pak Said.

" Kat ofis kita orang panggil Pak Said" jawab Tuan Mizi.

" Oooh itu suami saya ,dia baru balik tadi selepas sarapan kat sini,nanti saya call dia"ujar isteri Pak Said sambil tangan nya pantas menekan telefon dan bergerak membelakangi Tuan Mizi untuk menghubungi suaminya.

TAk sampai lima minit kemudian,ternampak kelibat Pak Syed bergegas keluar dari rumah denga pantas menuju ke gerai dan berdiri dengan cara senang diri cuma tidak membuat tabik hormat di hadapan Tuan Mizi." Maaf Tuan ,kenapa tak bagi tahu nak datang," ujar Pak Said sambil duduk di hadapan Tuan Mizi. " Nak buat operasi mana boleh bagi tahu awal awal" jawab Tuan Mizi mengusik Pak Said.Dia pun segera memanggil isteri dan menantu mendekatinya." Tuan ini lah isteri saya Halijah dan yang ini menantu baru saya Zila" ujar Pak Said.

" Maaf lah Tuan kami tak cam tadi,cuma saya ada rasa syak tapi tak berani nak tanya ini Tuan Mizi ke" sambung isteri Pak Said.

" Tak per,memang saya sengaja tak nak beritahu Pak Said ,dia selalu juga mengajak saya kemari" balas tuan Mizi.Setelah isteri dan menantu nya beredar, Tuan Mizi pun menyakat Pak Said " Tak de pun 'suspect' yang di ceritakan,buat penat jer operasi". 

" Alah Tuan,lupa nak khabar yang dia memang  ambil off hari Sabtu untuk hantar dan ambil  anak nya yang berlatih sukan"jawab Pak said merujuk kepada 'janda'rakan kongsi isterinya itu." Lain kali boleh datang lagi kan " sambung Pak said lagi.Perbualan mereka terhenti bila isteri pak Said datang membawa 2 cawan kopi dan sepiring kueh pelbagai jenis.

" Eh tak payah lah saya dan kenyang makan nasi lemak ni" ujar Tuan Mizi

" Jemput lah rasa kueh kueh itu,saya yang buat" balas isteri Pak Said.

" Oh betul lah kata Pak said dia banyak bantu Akak masak,kueh yang mana yang dia buat" ujar Tuan Mizi mengusik Pak Syed.

" Cuba Tuan tanya dia apa nama kueh kueh tu" balas isterinya lagi. Olehhkerana pelanggan makin berkurang maka mereka sempat bersembang agak lama dan bagai di jangka mereka suami isteri memang 'rajin'bercakap dan bercerita  hingga tak sedar waktu hingga  tamat waktu berniaga .Walau pun mereka berdua bersungguh sungguh mengajak Tuan Mizi kerumah tapi dengan baik di tolak oleh Tuan Mizi.    


   

B.2 **.Keluarga Pak Said #Where stories live. Discover now