ℳ𝓇𝓈 𝒜𝒹𝒶𝓂 𝒟𝒶𝓇𝓌𝒾𝓈𝒽 7

3 1 0
                                    

"Eh dah dahlah tu merajok ngan aku. Aku gurau je tadi" kedengaran suara gedik Adam Darwish yang sedang memujuk Hanani Humairah.

"Ish sanalah kau! Dahlah tinggal rumah orang,free pula tu! Ada hati nak kutuk masakan aku" Humairah tercebik-cebik apabila mengenangkan Adam yang menghina masakan dia.

Flashback

"Eh Hani,kau masak kari ayam ke sup ayam ni? Kenapa takde rasa kari? Kenapa tak sedap? Seingat aku kari sedap. Tapi yang kau masak ni tak sedap. Macam air" Selamba sahaja muka Adam mengutuk masakan seorang Hanani Humairah.

"Eh jantan! Aku dah rasa tau masakan aku tadi! Kalau kau tak nak makan kau takyahlah makan! Dari kau makan baik kau blah je,kasi habis orang punya beras je!" Marah Humairah,terasa apabila Adam mengutuk dan tidak menghargai kerja kerasnya.

"HEHEHE taklah Hani. Aku memain je. Masakan kau sedap,aku gurau je. Nah tengok ni nasi aku dah habis" Adam menunjukkan pinggannya telah licin kepada Humairah.Namun humairah tidak mengendahkan adam. Dia menjeling adam lalu berlalu ke Ruang tamu.

Dan kini,sesi mujuk-memujuk itu masih berlangsung,semuanya kerana sup ayam,eh kari ayam Hanani Humairah.

"Hmm yelah-yelah aku maafkan kau. Tapi betulkah yang masakan aku tak sedap?" Muka sengaja dibuat sedih, suaranya pula dikendurkan.

"Takdelah,masakan kau sedap je. Aku nak main-main je dengan kau. Sorry ye." Adam Darwish menggosok-gosok kedua-dua tapak tangannya, merayu kepada Hanani Humairah.

"Ye ye aku maafkan" Humairah memalingkan mukanya ke arah Adam lalu melemparkan senyuman paling manis nya.

'Pandai juga jebon ni pujuk orang,nak cair hati aku'. bisik hati kecil seorang Hanani Humairah.

Mereka meluangkan masa mereka bersama-sama. Bangun pagi je,muka Adam dah terpacak depan pintu bilik Humairah. Nak suh sediakan sarapan lah tu.

Masa berlalu dengan pantas,tup tap,dah hampir dua bulan mereka tinggal bersama.

Hati Hanani Humairah pula sudah mula terpaut dengan seorang Adam Darwish. Gelak-ketawa,budi bicara serta ketampanan jejaka itu,cukup untuk membuatkan Humairah tidak faham akan perasaannya sendiri.

Adakah ianya cinta yang mula berputik,ataupun hanya sekadar perasaan selesa dan nyaman?
Dia tidak tahu,dia buntu tentang perasaannya sendiri.

Adam Darwish pula,dia sudah mengingati sepenuhnya tentang dirinya. Dan dia takut untuk memberitahu Humairah siapa dia yang sebenarnya,perasaannya seakan berbolak-balik,mahu jujur ataupun mahu tenggelam dalam penipuannya?

𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now