𝒜𝒹𝒶𝓂 𝒟𝒶𝓇𝓌𝒾𝓈𝒽 11

3 2 0
                                    

WHY IS ADAM DARWISH HERE??!

Matanya mencerlung tajam Alya yang sudah terpelanting jauh dariku.
Seakan memberi amaran,walaupun takde orang nampak hahaha.

Setelah memastikan tiada mata yang memandang ke arahku,aku membisik sesuatu ke telinga Adam dan berjalan selamba keluar daripada bilik kuliah si President bawang.

Aku memerhati Adam Darwish yang berjalan mengikuti langkahku dengan ekor mata.

Aku masuk ke tandas dan mula memandang Adam yang tercegat di luar pintu tandas.

"Woi masuklah!" Jeritku kecil. Kang jerit kuat-kuat orang cakap aku gila pulak.

"Eh tak nak! Ni tandas perempuan. Aku lelaki. K-kau nak buat apa kat aku ni" Adam menutup kedua dadanya dengan menggunakan tangan.

"Aku tak kemaruk lagi nak cabul kau. Masuk jelah! Takkan aku yang nak masuk tandas lelaki pulak,ciallah"

Adam melangkah masuk ke dalam tandas itu dengan penuh berhati-hati dan dramatik.

"Hah,kau nak cakap apa?" tanya Adam walaupun dia sudah tahu apa soalan yang akan dikeluarkan oleh Humairah.

"Macam mana kau boleh muncul kat sini?" Tanya Hanani Humairah sambil bersandar di sinki.

"Ohhh macam niii" Adam mula bercerita dan Humairah hanya menjadi pendengar.

Adam yang sedang melahap semua makanan yang dimasak Humairah tiba-tiba merasa pening.

Dia hiraukan hal itu dan hanya menyambung aktivitinya yang tergendala.

Aik! Tiba-tiba dia pengsan. Macam mana hantu boleh pengsan? Huh,aku pun tak tau.

Sedar-sedar sahaja,Adam berada di dalam suatu bilik yang dipenuhi manusia.

Matanya menangkap sekumpulan manusia yang sedang...bergaduh?

Dia hanya memerhati namun matanya membulat dikala dia mula mengecam wajah salah seorang daripada manusia tersebut.

HUMAIRAH?!

Dengan pantas dia berlari ke arah sekumpulan manusia itu dan segera menolak gadis yang mencuba untuk menendang Humairah.

Adam memandang wajah Alya dengan pandangan yang cukup tajam. If eyes can kill,Alya would be dead by now.

"Camtulah ceritanyaa! So,where's my 'Terima kasih sebab selamatkan saya",Hanani Humairahku?" Adam mengakhiri ceritanya dengan hair flip. Sempat lagi dia menagih ucapan terima kasih daripada Humairah

Humairah hanya mengangguk-angguk walaupun dia sedikit pelik mengapa Adam boleh pengsan dan tiba-tiba berada di universitinya ini.

"Eh kau nak tinggal sini sampai balik ke? Kau takde kelas ke?" tanya Adam sambil membelek-belek kukunya,takut ada yang patah masa menolak Alya sebentar tadi.

Mata Humairah membulat dan mulalah acara pecut masuk ke fakultinya.

"S-sir Alex,can I come in?" Hatiku berdegup hebat dikala merasa banyak mata yang memerhati ke arahku.

"Where have you gone,Hanani Humairah?" Tanya Sir Alex,tegas dan garang,suaranya penuh authority.

"Saya pergi tandas Sir,sakit perut" aku mula memberikan alasan,dalam hati sudah berdoa supaya Sir Alex mempercayai aku.

"I'll let you slide this time,but next time? No more change for you" Sir Alex membenarkan aku masuk dan aku mengucapkan syukur beribu kali.

𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now