PROLOGUE 1

672 17 11
                                    

"Mama Lily nak ke tandas boleh?"Mama Lily Nur Zahira mengusap kepala anak bongsunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama Lily nak ke tandas boleh?"
Mama Lily Nur Zahira mengusap kepala anak bongsunya. Matanya penuh dengan tatapan kasih sayang.

"Ya boleh sayang"

"Tapi Lily nak mama temankan" ujar Lily dengan wajah yang comel. Tangannya dihulurkan dan sang ibu
menyambutnya.

"Ayo ehhehehe"

"Semut bekawad satu satu hora horey"

"Semut bekawad satu satu hora horey" Nyanyi Zahira bersama anaknya. Ruangan itu penuh dengan gelak ketawa mereka berdua.

LATHEA AMMARA AZ-ZAHRA hanya melihat sang ibu dan adik bongsunya. Dia tidak menafikan ibunya sangat rapat dengan adiknya.

Cemburu?

Tentu sahaja namun dia tidak boleh buat apa-apa.

Dia menatap piala kecemerlangan dan piala bela diri silat yang dia sudah menangi di peringkat sekolah. Dia tersenyum. Dia masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan.

" Mama lihat kakak bawa piala" Kata Lily dengan sedikit kagum. Nur Zahira menoleh ke arah Ammara dengan tatapan biasa sahaja.

Ammara perasan semua itu namun dia cuba tepis. Dia cuba berlagak kuat dengan menampilkan senyuman manis nya.

"Suatu hari nanti Lily pun boleh dapat macam kakak malah dapat lebih dari itu Lily pun boleh" Kata Zahira sambil menatap anaknya .

"Mama akak da-" belum sempat Ammara meneruskan ucapannya Zahira membawa Lily keluar daripada bilik itu.

Ammara tidak tahan tangisannya dia berlari ke bilik dan menghamburkan tangisannya. Sedih yaa sangat sedih.

*****************************

" Yeahh Papa sudah balik" Lily berlari terkedek kedek itu membuatkan sang ayah ketawa. Dia gendong anaknya masuk ke rumah.

"Nanti kita pergi ke Lagoland nak tak?"

"NAKK yeahh" jerit Lily. Zahira datang ke arah suaminya dengan senyuman.

"Abang sudah balik jom ayang masak nasi goreng kampung kegemaran abang" Zahira hanya jalan melintasi Ammara yang berada di sampingnya.

"Anak ayah seorang ni tercegat apa lagi marilah"

"Jom akak" Kata Lily sambil memegang patung Barbienya yang di belikan oleh Ibunya.

AMMARA hanya menganggukkan kepalanya. Takpalah sekurangnya ayahnya masih perhatian untuk nya.

**************************

3 tahun kemudian

Lily sudah menginjak umur tahun 5 manakala Ammara tingkatan 1. Ibunya bergegas ke hospital apabila mengetahui anak bongsunya tangan terseliuh.

"Nak"

"Mama" Zahira memeluk anaknya dengan erat. Selepas itu dia tatap anaknya yang menangis.

"Macam boleh terjadi macam ni?"

GADIS DAMBAAN RAJA IBLIS Where stories live. Discover now