(FANTASY + HORROR)
IDEA DAN HAK CIPTA MILIK SI PENGKARYA
Si gadis bernama LATHEA AMMARA AZ-ZAHRA Mempunyai adik bongsu bernama LATHEA LILY ARLETHA. Namun disebabkan sang adik yang sentiasa diberikan perhatian oleh ibu dan bapa jadi Ammara sentiasa...
"Arghh" teriak Nur Zahira membuatkan sesosok tubuh yang berada di balkoni biliknya menoleh ke arahnya.
"Hai mama" sapa Ammara, di sebalik mask nya dia tersenyum manis. Nur Zahira membuat muka meluat. Dia memutarkan bola matanya ke atas. Dia sangka hantu tadi sebab lihat lah pemakaian anaknya itu dari atas sehingga ke bawah warna hitam.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kenapa kau masuk bilikku HAH!! ?" marah Nur Zahira dengan nada yang sedikit menjerit.
"Tiada, just lawat mama" balas AMMARA dengan nada santai. Dia menjeling tajam ke arah anaknya selepas itu dia menoleh dan pergi ke arah meja riasnya. Nur Zahira meletakkan coffee dan pasu bunga itu di meja.
"Nanti kau tak perlu ke apartment kau lagi"
"Maksud mama?"
"Hish kau nanti akan tinggal di kampung Jebat sana untuk jaga warisan nenek moyangku" mendengar arahan itu Ammara menaik kan keningnya. Nur Zahira mendengus perlahan.
"Kau bodoh ke? tak faham bahasa nanti kau tinggal di sana" bukan Ammara tak faham cuma dia sedikit kecewa.
"Why me?"
"Tapi aku tak mahu berjauhan dengan keluargaku" mendengar itu bukan membuatkan Nur Zahira sedih tapi dia semakin membara dan meluat.
"Jangan banyak cakap, dengar sahaja cakapku. Lagipun ingat kau tu hanya orang asing di sini. Kau tu iblis" mendengar makian Nur Zahira membuatkan hati kecil Ammara semakin remuk. Dia bukan tidak biasa mendengar mama nya sentiasa maki hina dia.
"Sebegitu hina Ammara di mata mama? Kalau begitu kenapa mama lahirk-"
"Ya memang sangat hina. Kau hampir membuatkan Lily mati waktu kecil dulu. Kau keluar sekarang"
"Ma-"
"GET OUT!" Ammara keluar dari bilik itu. Dia benar benar sakit hati. Hina sangatkah dia? Apa salahnya selama ni?
Bertahun tahun sudah berlalu beginilah nasibnya. Disebabkan tidak tahan cacian hina daripada mulut Ibunya lebih baik dia tinggal di luar. Ammara mengetap bibirnya kuat.
Sewaktu dia turun tangga terlihat Lily dan Zayden sedang bergelak ketawa. Melihat sosok tubuhnya yang turun tangga membuatkan hati Zayden bergetar namun dia tahan sedaya upaya untuk tidak tunjukkan kepada anak gadisnya.
Konon Ammara mahu menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan ayahnya namun ayahnya terus sahaja menghiraukannya dan naik ke tangga. Melihat itu membuatkan Lily sebak.
"Kakak" panggil Lily. Dia berdiri dan menyalam tangan kakaknya yang memakai sarung tangan bewarna hitam. Dia pernah bertanya kenapa kakaknya asyik memakai sarung tangan bewarna hitam tapi Ammara hanya jawab dia menyukainya.
"Takpa ya kak, sabar sahaja. Allah kan ada" Kata Lily dengan senyuman pahitnya.
"Bila kamu pulang?"
"Baru je tadi, oh ya kak tadi adik tnya dengan papa mahu kerja part time sementara cuti seminggu ni. Tapi papa tak benarkan pula hurmm" Ammara tersenyum di sebalik masknya.