LATHEA AMMARA AZ-ZAHRA kelihatan sedang berlatih pernafasannya untuk meningkatkan kekuatan dalamannya. Melatih pernafasan baginya sangatlah penting sebelum berlatih kekuatan tubuh. Jika hanya berlatih kekuatan tubuh tanpa penyerapan pernafasan yang baik walaupun basis kultivasi yang tinggi tetap tidak mampu melawan dengan pertahanan pernafasan yang lama.
Dia merasakan sekarang merindian darahnya sedang bergelojak dan panas . Pertahanan pernafasannya semakin baik. Dia mengatur lagi pernafasannya untuk menyenangkan merindian darahnya. Tidak lama kemudian dia membuka matanya. Dia mengambil minuman mineral di sebelahnya. Sewaktu sedang minum dia tiba tiba Teringat pasal sesuatu yang sangat dia tidak lupakan.
Mimpinya
Mengapa dia mimpi hal yang sangat di luar jangkaannya?
Selepas sahaja dia bertarung dengan makhluk tanpa kepala itu, dia rasa tidak ingat apapun. Tapi dia mimpi sesuatu, dimana dia sedang di peluk di atap rumahnya. Itu mimpi yang pertama. Semalam sahaja dia mimpi pasal dia dicium rakus oleh makhluk mata merah itu lagi. Dia tidak tahu makhluk itu jenis apa.
"Ya cik ponti?" Ammara sudah tahu siapa yang mengikutinya dari tadi tapi dia biarkan sahaja.
"Hihihi, aku tahu kau boleh melihatku Hihihi. Mengapa kau mengabaikanku dari tadi?" cebik pontianak yang mengikutinya. Ammara menoleh ke arah pontianak itu, melihat dia mengelap pedang bewarna hitam kemerahan itu membuatkan pontianak hitam sedang menegukkan air liurnya.
" Mengapa kau mengikutiku? " Ammara boleh rasa pontianak hitam ini tiada masalah permusuhan dengannya.
" Tiada, aku hanya bosan. Tempoh hari aku tidak berani mendekatimu kerana pontianak merah itu memotong lidah ku sampai putus"
Melihat Ammara yang berdiam diri sahaja membuatkan pontianak hitam mendengus kesal. Gadis ini sangat dingin. Dia tidak tahu kenapa pontianak merah dan pocong itu sangat possessive terhadap Ammara.
Apa yang keistimewaan budak ni?
Pontianak hitam itu merenung dari atas ke bawah pakaian Ammara. Semuanya hitam sangatlah pelik apabila manusia menyukai pakaian hitam.
"Apa namamu?" tanya Pontianak hitam. Cuba ramah dengan Ammara yang dingin.
"Ammara"
"Namaku Reyn" Ammara diam lagi.
"Ehermm" Pontianak hitam itu melihat sekeliling takut takut ada pontianak merah itu. Dia mulai mendekati Ammara yang duduk di atas batu.
"Mengapa kau menyukai warna hitam? Sebab dari penampilanmu dari tempoh hari kau hanya berpakaian warna hitam?"
"Kerna aku menyukainya" jawaban singkat dari Ammara.
"Yalah, aku hanya bertanya kerana tidakkah kau melihat bahawa perempuan yang lain memakai baju warna warni dan berhias."
"Aku tidak sama seperti mereka" mendengar jawaban itu membuatkan pontianak hitam yang tadi melihat pedang Ammara terus menoleh ke wajah Ammara yang ditutupi mask hitam.
"Mengapa kau berkata sedemikian sedangkan kau manusia sama seperti mereka?" Kata Pontianak hitam. Ammara hanya diam sahaja tidak menjawab. Disebalik mask hitamnya dia terpikirkan sesuatu dan tersenyum tipis.
Ya dia tidak nafikan apa yang pontianak itu katakan bahawa perempuan lain sangatlah bebas. Yang disayangi oleh rakannya. Yang dipuja. Yang menjadi bintang permata hati keluarganya. Bercouple. Itu ini
Namun tu semua dia tidak boleh perolehi.
Sebab kenapa?
Sebab Ammara lain daripada manusia yang lain.
![](https://img.wattpad.com/cover/354802583-288-k277919.jpg)
YOU ARE READING
GADIS DAMBAAN RAJA IBLIS
Horror(FANTASY + HORROR) IDEA DAN HAK CIPTA MILIK SI PENGKARYA Si gadis bernama LATHEA AMMARA AZ-ZAHRA Mempunyai adik bongsu bernama LATHEA LILY ARLETHA. Namun disebabkan sang adik yang sentiasa diberikan perhatian oleh ibu dan bapa jadi Ammara sentiasa...