MIMPI PELIK

211 10 4
                                    

LATHEA AMMARA AZ ZAHRA membuka matanya. Dia merasakan sakit di bahagian seluruh badannya terutamanya lengan dan pinggangnya. Ammara memicit kepalanya. Dia rasakan siling dinding yang dia lihat berputar.

Dia melirik ke arah jam di dinding jam 10 pagi. Semalam dia rasa tidur lewat kerana misinya Semalam untuk menghapuskan keenam perompak.

Tiba-tiba deringan telephonenya berbunyi. Dia perlahan lahan mencapai telephone pintarnya.

"Papa"

"........."

"Tidak Mara tak sihat sekarang"

Tuttt

Ammara melihat panggilan tersebut sudah terputus tanpa berfikir panjang dia letak kan telephonenya semula. Ni kali pertama ayahnya menghubunginya. Dia tidak dapat mendengar jelas tentang permintaan ayahnya.

Dia sangat penat. Perlahan lahan matanya tertutup. Hembusan angin di wajahnya membuatkan dia mengerutkan dahinya. Sentuhan di pipinya membuatkan dia membuka semula matanya. Kelihatan sepasang mata merah melihatnya dengan tajam.

Tangannya ditarik membuatkan dia terbangun daripada baringannya. Lelaki itu memapahnya sekarang. Ammara berasa hairan badannya yang tadi sakit dan demam tiba tiba boleh jadi ringan seperti dia sihat.

"Jasadmu sedang sakit, kau hanya roh sekarang." jelas lelaki itu. Ammara meanggukkan kepalanya.

"Kau siapa?" tanya Ammara lagi semula membuatkan lelaki di hadapannya memeluk pinggangnya dan mengucup dahinya.

"Kau sentiasa ingat aku sayang" Ammara tidak faham apa yang lelaki di hadapannya cakap. Melihat response Ammara membuatkan sang lelaki kacak mengetik jarinya.

Kelihatan seorang  gadis kecil yang melintasi mereka berdua sambil berlari ke arah sungai. Ya Ammara baru perasan dia berada di sungai  sekarang. Lelaki itu memeluknya di belakang sambil menghirup aroma di tubuh Ammara yang sangat mengasyikkan. Ammara fokus melihat ke arah gadis kecil  yang sedang bermain di sungai itu.

Tiba-tiba sahaja  si gadis kecil  tersadung akibat tersalah pijak ranting pokok yang berjuntaian di tanah. Membuatkan si gadis kecil berteriak kecil dan terjatuh ke  dalam sungai. Si gadis kecil berusaha untuk menyelamatkan dirinya namun dirinya seakan di tarik oleh arus dan energi gelap yang berada di sungai itu. Dia menggelengkan kepalanya.

Gadis kecil berusaha lagi dan lagi namun hampa sehingga lah dia menutup matanya. Dahinya berkerut apabila dia merasakan sentuhan yang keras di lengannya dan menariknya keluar daripada sungai itu.  Bibir munggil si gadis dikucup untuk diberikan oksigen kepadanya. Si gadis terbatuk-batuk dan terkeluar air sedikit. Dia mengedipkan matanya yang kabur. Dia kini melihat dia berada di pelukan seseorang.

Seorang lelaki yang sangat tampan, mempunyai tanduk di kepalanya. Jawlinenya terbentuk sempurna. Iris matanya bewarna merah  berdarah dan renungan yang tajam. Badannya kekar dan tinggi. Dalam banyak banyak orang yang dia lihat kenapa di hadapannya yang paling hensem. Siapa orang ni?

Gadis itu terpegun melihatnya sehinggakan terbuka mulutnya sedikit.

"Hensem sekali" Kata sang gadis tanpa dia sedari. Lelaki itu tersenyum lembut kepadanya. Melihat senyuman itu membuatkan si gadis ikut tersenyum. Dia tidak tahu kenapa senyuman itu sangatlah indah dna menyenangkan hati kecilnya. Walaupun dia masih budak tapi dia boleh melihat keikhlasan yang ada di hati lelaki itu.

"nama abang apa?"

"Nama abang Langga."

"Wahhh uniknya nama abang. First time adik dengar nama begitu hehehe" tawanya dengan gembira.

GADIS DAMBAAN RAJA IBLIS Where stories live. Discover now