GUS HANAN

376 9 0
                                    


EDITING BY MELISSAXANDER

- FANTASY PLUS HORROR

"Assalamualaikum nek"

"Waalaikummussalam warohmatullah wabarokatuh nak" kelihatan seorang wanita berumur datang menghampiri lelaki itu. Lelaki itu bergegas maju dan menghulurkan tangannya untuk meyalam tangan neneknya.

"Nenek tak sangka kamu sudah dewasa. Hermm cepat betul masa berlalu" keluh sang nenek

"Ya nek"

"Hah tunggu apa lagi mari masuk. Panas sekarang ni nanti boleh terkena stroke haba"

Mereka berdua bergegas masuk kerumah nenek lelaki itu.

"Tipah buatkan pakcik kamu air teh panas" arah nenek itu membuatkan sang gadis beranjak ke dapur. Nenek itu menoleh semula ke arah sang jejaka tampan.

"Jadi macam mana keluarga kamu, Zay?"

Zayden tersenyum tawar. Dia tidak tahu harus bagaimana untuk memberitahu neneknya tentang keadaan sebenarnya kehidupan keluarga kecilnya.

"Alhamdulillah baik nek" sang nenek bukanlah mudah di tipu. Dia yakin jejeka di hadapannya ini mempunyai masalah namun dia tutup. Seberapa banyak pun dia tutup pasti sahaja nenek itu mengetahuinya.

"Bagaimana dengan Ammara cucuku?" Zayden yang termenung mendengar nama anaknya terus sahaja menatap neneknya.

Zayden tersenyum kelat

"Macam begitu lah nek" Neneknya tahu apa yang dialami oleh gadis muda itu.

"Kamu tegur tegur isteri kamu tu jangan KETERLALUAN sangat dengan cucuku" geleng si nenek. Zayden hanya berdiam diri tidak membantah ataupun menerima. Dia pening sekarang memikirkan hal ini.
Ditambah lagi pekerjaannya dan perniagaannya yang memusingkan kepalanya.

****************************

LATHEA LILY ARLETHA masuk ke dalam rumahnya.

"Assalamualaikum mama" ucapnya. Dia masuk ke dalam pintu utama itu.

"Waalaikummussalam anak mama" sahut si ibu menatap anaknya. Selepas sahaja Lily membuka kasutnya dia ingin bercerita dengan ibunya namun niatnya terhenti apabila melihat Mak Ngah nya ada di sini bersama dengan seorang jejeka.

Jejeka itu tidak menatapnya hanya asyik dengan dunia telephonenya. Mak Ngah nya yang perasan renungan si gadis menyenggol lengan anaknya. Si anak mendengus seketika. Dia ingin bertanya namun apabila melihat isyarat mata Ibunya dia terus melihat ke arah Lily sekilas tidak lama terus sahaja dia menatap semula telephone.

Lily hanya tersenyum kelat. Sememangnya jejaka itu dingin dengannya bukan sahjaa dengannya bahkan orang di luar Sana pun tidak selesa dengan sikap dingin dan wajah datar jejaka itu. Dia memegang erat begnya namun Nur Zahira memegang lengannya.

"Assalamualaikum mak Ngah" ucapnya sambil menyalam tangan mak Ngah.

"Waalaikummussalam nak Lily. Amboi besar dah anak mak Ngah ni boleh kahwin dah hehehehe" gurau mak Ngah sambil mengusap kepala Lily.

"Mana ada nak Ngah ish. Lily masih mudah" cemberut Lily. Mak Ngah berdehem lagi sambil memandang wajah anak terunanya.

"Ghibran, sapa adik sepupu kesayangan kamu ni" arah Mak Ngah

'Kesayangan'

Muhammad Ghibran Al-Idrus mengangkatkan keningnya mendengar arahan Mak Ngah. Seketika dia mendengus. Dengusannya boleh dengar sehingga pendengaran Nur Zahira.

Nur Zahira sedikit berkecil hati apabila anak nya dilayan sedemikian oleh anak buahnya. Bukan sahaja anaknya malah dia pun dilayan dengan dingin.

Ghibran terus sahaja menatap Mak Ngah sambil berdiri.

GADIS DAMBAAN RAJA IBLIS Where stories live. Discover now