POCONG & PONTIANAK

246 11 2
                                    


LATHEA AMMARA AZ-ZAHRA hanya melihat wajah sang ibu dan adiknya yang tengah bergurau senda di balkoni.

"Hahahahhaha lucu lah mama ni" Kata Lily sambil dia memegang tangan Ibunya masuk ke dalam bilik rumah agam itu.

"BA-" belum sempat sesosok itu buat kejutan dia menghunuskan pedangnya.

"Hehehe maaf maaf relax cik muda"

Dibekalkan dengan cahaya rembulan dapat melihatkan kilauan bersinar pedang miliknya.

AMMARA menjeling perlahan ke arah sesosok itu. Ammara menyarungkan semula pedang itu di sampul pedang.

"Kau buat apa kat sini cong?" tanya Ammara kepada pocong itu.

"Tiada saje, sebab nampak kau mengintip ibu dan adikmu" Kata pocong itu. Dia menyandarkan tubuhnya kepada pohon itu.

"Tadi aku nampak dua orang bermadu asmara sewaktu aku ingin ke sini" hah mula sudah gossip si pocong.

"Kat mana?"

"Dekat jalan Namrud sana"

"Bukan main lagi diorang asyik bergoyang sana sini tak ingat dunia. Nasib tempat tu sepi kalau tak hurmm sudah nikah awal. Dulu waktu aku hidup tak hingin lah aku nak berasmara yelah aku pun ada maruah juga walaupun aku lelaki. "

"Tu lah kau mati dengan dendam sebab kau tak kenal lagi cinta"

"Bodoh lah cik muda nii eeee"

Pocong itu mendengus perlahan mendengar sindiran Ammara.

"Hihihihi"

Ammara dan pocong itu buat muka meluat ke arah pontianak itu.

"Hai apa korang buat kat sini?"

"Tiada apa cik muda sedang menguntit tauu"

"Hahhh biar betulll menguntit siapa tuu? " tanya pontianak itu dengan muka pura pura terkejutnya.

"Ciss.."

"Cuba bagitahu mengintip siapa tu Mara?"

"Ko diam lah bodoh!! " Maki AMMARA kepada pontianak itu.

Matanya hanya melihat Ibu nya tiba tiba keluar ke arah balkoni itu dan mengambil pasu. Selepas itu Nur Zahira masuk semula ke bilik.

"Oh patutlah." Bukan pontianak itu tidak nampak apa yang dilihatnya. Sewaktu dia terbang ke arah mereka dia memang sudah melihatnya. Cuma biasalah budak ni boleh tahan dingin.

"Sebenarnya aku sudah lama ingin bertanya kepadamu cik muda"

AMMARA melihat ke arah pocong yang tengah berdiri di sebelah ranting pohon yang dia duduk dengan makcik pontianak.

"Kenapa kau punya mama papa beri perhatian penuh kepada adik kau tu? Siapa namanya Kily ke entahlah"

Mendengar soalan itu membuatkan Ammara memandang tajam ke arah pocong itu sehinggakan pocong itu terkulat kulat menundukkan pandangannya.

Yelah seseram seram mukanya seram lagi Cik Ammara.

Pontianak hanya berdiam diri di sebelahnya. Sambil menyisir rambut panjang ikal mayang menggunakan kuku panjangnya. Dia melihat ke arah Ammara.

"Sebab diorang lebih membutuhkan Lily berbandingku"

"Takpa kami kan ada, boleh jadi kawanmu sampai kau mati hihihi" Kata pontianak setelah diam sesaat. Matanya ralit merenung wajah Ammara itu. Dia tahu Ammara ini sangat cantik di sebalik mask hitam yang dia gunakan. Namun dia tidak cemburu sebab dia lagilah 'cantik' noktah

GADIS DAMBAAN RAJA IBLIS Where stories live. Discover now