SENJATA KUNO IBLIS

179 10 2
                                    

Melihat kedekatan antara pontianak merah dan Ammara membuatnya merasa iri hati. Tidak semua manusia dapat menerima mereka seadanya seperti Ammara.

Terlihat betul sifat penyayang dan kelembutan Ammara disebalik perangainya yang dingin. Orang yang bodoh mungkin akan menilai Ammara sombong, pemalu, pendiam dan dingin.

Namun orang yang sudah hidup lama seperti dirinya tahu jelas perangai Ammara.

Mungkin disebabkan itu, pontianak merah dan pocong merah itu sangatlah menghormati dan menyayangi Ammara sehinggakan menggelarnya dengan panggilan terhormat 'cik muda'.

Dia mengalihkan perhatiannya apabila Ammara meletakkan pedang-pedangnya di atas batu sambil meningkatkan teknik pernafasannya. Matanya tertutup dan dia duduk bersila. 

Pontianak merah itu seperti biasa mengawasi dirinya dengan renungan tajam. Pontianak hitam menegukkan air liurnya. Dia merubahkan wajahnya menjadi manusia seperti pontianak merah lakukan. Reyn juga merupakan seorang pontianak hitam yang tingkat tinggi. Namun Akak Marr kekuatannya jauh lebih kuat darinya.

Apatah lagi aura kebencian yang meruak dari tubuh pontianak merah itu sangatlah kuat walaupun Akak Marr sudah menekan aura itu.

Kerana takut Reyn pura pura mengalihkan pandangannya ke arah pohon selepas itu pedang. Namun dia merasakan aura hitam yang sangat kuat di antara ketiga pedang Ammara. Dia melihat ke arah pedang yang bewarna hitam keemasan itu. Dia boleh merasakan getaran di jiwanya. Dia menundukkan pandangannya. Wajah cantiknya yang pucat semakin memucat.

Dia mengeluarkan gincu merah yang dia curi dari pasaran Dior' Malaysia. Sewaktu dia ingin mengoleskannya jari jemarinya bergetar dan gincu itu terjatuh. Dia merasakan getaran yang sangatlah mematikan sehinggakan mengalihkan semula pandangannya ke arah pedang itu.

Tanpa dia sedar, Reyn bangun dan mendekati pedang itu. Sewaktu dia ingin menyentuhnya terlihat ada satu tangan ramping yang menahannya. Dia menoleh ke arah orang itu.

"Kau mahu buat apa HAH!!?" jerkah Akak Marr.

BUKKK!!

Dia memberikan tinjuan tapak tangan ke arah pontianak hitam itu sehinggakan Reyn terdampar di tempat pokok yang berdekatan.

"Arhhhh" Reyn merintih kesakitan. Akak Marr terbang dan dalam sekelip mata sampai di hadapan Reyn. Dia menarik kasar rambut panjang ikal mayang Reyn.

"ARGGHHHHHH"

"Aku tahu kau punya niat buruk terhadap cik muda kannn??" jerkahannya yang kuat membuatkan burung burung di atas pohon terbang.

"Tidak, aku tidak sengaja.. Pedang ituuu.. Pedang ituu-"  bergegar Reyn sambil menunjukkan pedang hitam keemasan itu.

"Kenapa pedang ku?" terkejut mereka berdua apabila Ammara berdiri di sebelah Akak Marr.

"Jawab sekarang, apa yang kau lihat dari pedangku?" tanya Ammara. Renungan tajam itu membuatkan Reyn semakin takut. Dia tidak tahu kenapa Ammara lebih menakutkan berbanding Akak Marr yang dia hadapi sekarang.

"Lepaskan dulu aku. Tolong... Aku..  aku janji aku tunduk kepadamu hikss hikss" Ammara membuat isyarat mata kepada Akak Marr. Akak Marr mendengus kuat. Ni sudah kali kedua cik muda nya sedang menolong pontianak bodoh itu.

Dengan perasaan tidak puas hati dia sengaja menghentakkan  tangannya dan melepaskannya sehinggakan Reyn terhantuk ke bawah.

Ammara hanya Menggelengkan  kepalanya sahaja melihat kelakuan sang pontianak merah. Akak Marr mencebik, dia memeluk tubuhnya.

"Aku tidak berapa pasti tapi.."

Jeda Reyn menatap ke arah Akak Marr dan Ammara yang merenung tajam ke arahnya. Dia menundukkan kepalanya ketakutan.

GADIS DAMBAAN RAJA IBLIS Where stories live. Discover now