˚˖𓍢ִ໋🌷͙ : Pengganti Paling Sempurna - Bab 9

8 0 0
                                    

"Aku taknak, aku taknak lah! Aku belum lapar lagi kan?!"
"Sebelum aku sumbat bubur ni guna bontot aku, baik kau makan!"
"Aku belum lapar lah bebal!"
"Kau nak Aisy marah aku ke baru kau nak makan?!"
"Masalah kau ke masalah aku?!"
"Amboi kau, kalau Aisy yang bercakap ngan kau, bukan main lembut dengan penuh sopan santun kau turut, tapi kalau aku.. Hmph! Macam banyak dosa pulak aku ni kat kau eik?!"
"Takde kena mengena benda ni ngan bubur tu!"
"Hah, habis tu? Makanlah!"
"Aku kan dah cakapi yang aku tak lapar! T.A.K.L.A.P.A.R!"
"Eeeeeeeee, geram aku ngan budak kecil ni! Kau jangan sampai aku guna kekerasan eh? Baik kau makan, SEKARANG!"
"Eeeeeeeee, geram nya aku ngan orang tua ni! Aku cakap aku taknak, aku taknak lah!"
"Kau tak makan, aku cium kau sekarang ni jugak!"

Tersedak Atheela mendengar ugutan Harraz. Harraz hanya memaparkan riak kosong dan beku, tidak terkesan sama sekali dengan jelingan tajam Atheela. Dengan bersahaja, bubur McD yang dibukanya tadi, diserahkan kepada Atheela. Dengan tidak rela hati, bubur tersebut sedikit demi sedikit disuap ke dalam mulutnya.

"Kalau petang ni condition kau okay, darah apa semua dah okay, kau boleh dah discharge," Atheela hanya mengangguk perlahan. Harraz yang ralit bermain handphone nya melirik kearah Atheela yang termenung jauh. Bubur ditangan hanya diusik, langsung tidak disuap. Keluhan terlepas, kedengaran ke telinga Harraz. Harraz hanya membisu, tidak ingin menganggu Atheela menyendiri.

"Blood pressure kau low, your body temperature pun makin tinggi aku tengok. Rehat lah, kalau kau nak apa-apa, aku ada kat sofa, aku tak rasa kau discharge petang ni," ujar Harraz sambil bergerak ke sofa. Atheela hanya membisu, masih berada di dalam dunia nya sendiri. Tidak tahu apa yang berlegar di kepalanya ketika itu. Harraz hanya menjongketkan bahunya, ingin merehatkan diri sebentar.

"Harraz, kau tak kerja ke?" soal Atheela memecahkan kesunyian. Harraz yang menyandarkan kepalanya kearah sofa, terus membuka kelopak matanya mendengar pertanyaan Atheela. Siling hanya ditantang sepi. Kemudian kepalanya menggeleng.

"Aku cuti 3 hari, nak jaga kau," balasnya sambil memejamkan matanya kembali. Berkerut dahi Atheela. Bingung. Dah buang tabiat ke apa?

Harraz masih bingung memikirkan hujah Aisy pagi tadi. Masih terngiang-ngiang kepalanya memikirkan tentang perkara yang menimpa Atheela pada pagi tadi. Kalau tidak kerana silapnya, mungkin semua ini tidak terjadi?

///

Flashback ;

Setelah usai solat subuh, Harraz bergerak merebahkan diri ke arah katil miliknya. Handphone nya dicapai, memeriksa mesej-mesej yang masuk. Terdetik hatinya tiba-tiba untuk membuka telefon milik Atheela yang terletak kemas di sebelah lampu tidurnya. Mod 'Airplande mode' dan 'Do Not Disturb' ditutup. Tidak lama kemudian, notifikasi masuk tidak henti.

TODAY
Ameerauhul'Danisse 🤍:
Sticker 💟
Akak memang taknak jawab Dannise ke?
Akak, mummy nak serbu akak t...
...

Encik Tunang @ Qaeys Qaiser ❤️:
Morning sayang
I ada belikan you breakfast harini 🥰
Makanan and minuman favourite you!
...

YESTERDAY
You missed 67 calls from Ameerauhul'Danisse 🤍 while on Do Not Disturb.

Ameerauhul'Danisse 🤍:
Kak, angkat kak...
Mummy cari akak...
Cepatlah kak...

You missed 3 calls from Muhd ArHadi | Paedtrician Dept. while on Do Not Disturb.

You missed 5 calls from Hawa Al-Mumtazah 💋 while on Do Not Disturb.

Hawa Al-Mumtazah 💋
Babe?
Wer r u?
Tak balik ke?
Confirm tidur office budak ni 😌

You missed 121 calls from Encik Tunang @ Qaeys Qaiser ❤️ while on Do Not Disturb.

✩‧₊˚ PENGGANTI PALING SEMPURNAWhere stories live. Discover now