"Harraz, awak memang taknak pergi kerja ke apa? Saya boleh jaga diri lah," keluh Atheela. Harini dah masuk hari ke-5 Atheela ditahan di hospital. Dia bukan tak suka Harraz menjaganya, tapi Harraz juga ada hidup dia sendiri. Apa hak dia sampai Harraz nak utamakan dia? Isteri? Tch, isteri main-main je kot!
"Sejak bila kau ber'saya-awak' dengan aku ni? Bukan dengan Aisy je ke?" soal Harraz pelik. Handphone ditangannya di off lalu badan digerakkan kearah kerusi bersebelahan Atheela.
"Tak salah kan? Lagipun saya rasa awak baik," balas Atheela acuh tak acuh. Harraz hanya berdecit kecil. Percaya boleh, dengar jangan. Jawapan memang tak reasonable langsung!
"Tak ein, sebenarnya awak mimpi apa kebelakangan ni? Kenapa aura awak tak macam yang sebelum-sebelum ni eh? Dia punya aura macam dominant gitu," ujar Atheela membuka topik perbualan. Bukan apa, selama Harraz menjaga selepas kejadian itu, dia tidak berani membuka perbualan, hanya bila perlu saja dia bersuara. Seperti yang dinyatakan tadi, aura Harraz sudah berubah, itu yang buatkan dia sedikit takut untuk bersuara.
Harraz hanya memaparkan riak kosong. Melihat Harraz yang tidak merespon, Atheela hanya menggulingkan matanya. Dulu bukan main nak banyak cakap, sekarang ni memang emas duduk kat mulut. Kedekut sangat nak kasi dengar suara tu.
"Dahlah, malas lah saya nak cakap ngan awak, baik saya cakap ngan angin," rajuk Atheela. Tubuh nya dipalingkan berlawanan dengan Harraz. Orang dah syok nak bawa dia cerita, dia boleh pulak palau? Memang taknaklah aku berkawan ngan kau lagi! Hmph!
Harraz hanya menjongketkan bahunya. Merajuklah sampai ke tua, memang aku takkan pujuk. Tipikal perempuan. Sikit-sikit nak merajuk, tak ada benda lain nak dibuat ke? Badan disandarkan kearah kerusi sambil menyilang tangannya. Mata dipejam, merehatkan diri sebentar. Jujur dia katakan, sepanjang 5 hari dia menjaga Atheela, dia banyak kekurangan tidur. Sebab kenapa? Sebab Atheela suka meracau tengah-tengah malam selepas kejadian Tengku Qaeys terlepas cakap. Trauma.
Atheela yang sedar dirinya tidak dipujuk mula mendengus kasar. Badan dikalihkan menghadap Harraz semula dengan wajah yang cemberut. Baru sahaja ingin memarahi Harraz, mulut terkunci ketika melihat wajah Harraz yang cemberut di dalam lena, sepertinya menahan kesakitan. Sakit kepala mungkin? Atheela yang baring membetulkan posisi nya untuk duduk. Perbuatan nya itu dilakukan seperlahan yang mungkin, cuba meminimakan bunyi terhasil. Dia tidak mahu menyusahkan Harraz lagi.
Atheela mengamati setiap inci wajah jejaka dihadapannya ketika ini. Tiba-tiba, hatinya disambat sayu. Tidak tahu mengapa. Adakah jejaka ini sedang berperang dengan kesedihan? Kenapa perasaan sedih dapat dirasakan tatkala dia mengamati wajah ini? Wajah yang menyimpan 1001 luka dan duka yang tidak diketahui sesiapa. Tanpa disedari, tangan Atheela singgah ke muka Harraz yang sudah lena itu. Tangannya singgah, mengusap pipi mulus milik Harraz. Harraz menggeliat kecil, namun tidak terjaga. Air mata Atheela mula jatuh menitik sedikit demi sedikit. Atheela bingung. Kenapa dia berasa sedih? Atheela kemudian menarik tangannya dan mengusap air matanya. Tubuh direhatkan semula berpaling belakang. Kepalanya yang berdenyut membuatkan matanya berasa berat. Tidak lama kemudian, Atheela pun dibuai mimpi.
Harraz yang berpura-pura lena mencelikkan matanya. Harraz hanya memandang Atheela sayu. Air mata yang bertakung cepat-cepat diusap. Ingin sahaja dia memeluk Atheela seperti sebelum-sebelum ini ketika Atheela meracau. Dia sendiri bingung kenapa, mungkin hanya kerana dia rindu masa silamnya? Muka diraup kasar. Kunci di sofa digenggam.
'This is so wrong, Atheela.' gumamnya lalu tubuh diloloskan keluar. Pintu wad ditutup perlahan, tidak ingin menganggu masa berehat Atheela. Memang petang-petang macamni Atheela suka tidur, tambah lagi dengan cuaca hujan diluar.
>>>
"Yeay! Esok saya dah boleh discharge!" Sorak Atheela kegirangan apabila Doktor Syumaima, merangkap teman sekerjanya memberitahunya tadi. Harraz hanya menggulingkan matanya. Punya lah laju dia drive ke hospital balik bila Doktor Syumaima telefon, dikiranya emergency, rupanya benda remeh ni je.