Bab 2: Godaan Kecundang 🔞

14.5K 129 22
                                    

Kaki Ariana masih terseliuh. Bengkak merah semakin kelihatan muncul di pergelangan kaki. Cuba menahan kesakitan, Ariana cuba sedaya upaya untuk berdiri, walaupun percubaannya itu sangat sukar dilakukannya.

Zarul terus memaut pinggang Ariana tatkala melihat gadis itu masih sukar untuk berdiri dengan sendiri, masih lagi bersandar pada tubuh badannya untuk mendapatkan imbangan.

ʻʻAry okay ke? Kaki Ary okay?ʼʼ tanya Zarul, risau.

ʻʻTerseliuh sikitʼʼ balas Ariana, cuba menahan sakit.

ʻʻAduhai. Jom kita duduk dulu. Meh saya tengokkan nantiʼʼ kata Zarul.

Zarul kemudian memeluk pinggang Ariana sambil mereka berjalan perlahan bersama-sama menuju ke Medan Selera Pasar Seni. Sebuah meja kosong dijumpai dan Zarul mendudukkan Ariana.

ʻʻAry nak makan apa?ʼʼ tanya Zarul.

ʻʻHmmm... Ary nak mee goreng lahʼʼ balas Ariana sambil cuba mengurut kakinya sendiri.

Zarul dengan pantas pergi ke gerai mee goreng dan memesan dua pinggan, kemudian ke gerai air untuk meminta dua teh ʻoʼ ais limau pula.

Zarul kemudian bergegas pulang ke meja makan mereka dan melihat keadaan Ariana. Kakinya nampak bengkak sedikit.

ʻʻNampak dah bengkak tu. Lepas makan nanti, biar saya tengokkan ya?ʼʼ cadang Zarul.

ʻʻTak pe lah, Abang Zarul. Karang susutlah bengkak niʼʼ senyum Ariana walaupun terasa sedikit kesakitan.

Zarul masih risau melihat kaki Ariana yang merah itu. Terus mengambil keputusan untuk membantunya, Zarul memberi cadangan kepada Ariana.

ʻʻAry... kat rumah Ary ada apa-apa ubat tak? Minyak urut ke?ʼʼ  soal Zarul.

ʻʻRasanya ada... minyak gamat jeʼʼ balas Ariana.

ʻʻHa elok lah tu, jom saya temankan balik. Bagi saya urut kaki Ary, okay?ʼʼ cadang Zarul.

ʻʻTak payah susah-susah.... Aaaahhh!ʼʼ Ariana tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana tangannya tertekan sendi kaki yang terseliuh tadi.

ʻʻOk... dah tu... jangan melawan... saya hantar awak balik ke flat... biar saya urutkanʼʼ kata Zarul membuat keputusan muktamad.

Zarul terus menoleh ke arah gerai makanan mee goreng yang dipesan tadi.

ʻʻBang!ʼʼ panggil Zarul kepada pemilik gerai makanan. ʻʻMee goreng tadi, tapau ya?ʼʼ

ʻʻBaik Dik!ʼʼ kata pengusaha gerai itu. ʻʻSepuluh, lima belas minit siap yaʼʼ

ʻʻTerima kasih, Bangʼʼ balas Zarul.

Sambil menunggu mee goreng dimasak, Ariana teringat sesuatu yang diucapkan Zarul sebentar tadi. Ariana ingin mendapatkan kepastian, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Zarul itu.

ʻʻAbang Zarulʼʼ panggil Ariana perlahan.

ʻʻYa, Ary?ʼʼ jawab Zarul, sambil memandang Ariana.

Ariana memandang mata Zarul dengan dalam, ʻʻErrmm... tadi kan... Abang Zarul kata Ary girlfriend Abang Zarul... errrmmm... Ary nak tahu... errrm... apa maksud Abang Zarul tu?ʼʼ

Zarul tertunduk sedikit, kedua tangan disimpulkan jari-jarinya di atas meja. Nafas ditarik sedikit.

ʻʻAry...ʼʼ kata Zarul memulakan katanya. ʻʻAbang tahu... kita ni baru kenal enam bulan... tapi... kita dah rapat kan? Kita selalu keluar jalan sama-sama, tengok wayang sama-sama, makan sama-sama. Abang rasa... errmmm... Abang dah readyy... errmm... untuk... bawa perhubungan kita... ke peringkat seterusnya?ʼʼ kata Zarul, sedikit tergagap-gagap.

Ariana Book Two: ʻʻNarkotik NafsuʼʼWhere stories live. Discover now