Bab 3: Pelanduk Dua Serupa

6.8K 126 19
                                    

Ariana merenung cincin emas yang bertatahkan sebentuk berlian kecil di jari manis tangan kirinya. Sudah enam tahun dia memakai cincin ini. Ariana masih lagi teringat saat seorang lelaki yang bernama Zarul Khairy menyarungkan cincin itu ke jarinya selepas selesai upacara ijab kabul yang dilafazkan oleh lelaki itu. Lelaki yang telah sah menjadi suaminya yang halal.

Sungguh Ariana tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin pada usia yang muda, masih di tahun ketiga pengajiannya di UPNM pada ketika itu. Ariana dan Zarul dinikahkan selepas mereka ditangkap basah oleh rakan serumah Ariana kerana mereka berdua terlanjur akibat gagal menahan nafsu.

Selepas mereka menikah, Ariana berpindah dari flat yang disewa bersama rakan sepengajiannya itu ke rumah pusaka banglo setingkat peninggalan arwah ibu dan ayah Zarul yang telah diwasiatkan kepadanya. Mujurlah ada rumah pusaka itu untuk menjadi bumbung kepada mereka untuk hidup bersama sebagai pasangan suami-isteri yang muda.

Empat tahun lebih tua darinya, Zarul yang sudahpun memiliki ijazah Masters dari United Kingdom masih mencari-cari peluang pekerjaan di bandaraya Kuala Lumpur di awal perkahwinan mereka dahulu.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, Zarul dan Ariana tidak mampu untuk berbelanja mewah seperti pergi menonton wayang, menghadiri konsert atau bergembira di tempat hiburan, jauh sekali untuk pergi bercuti bersama. Tahun-tahun pertama mereka menjadi suami-isteri hanya diluangkan dengan bersiar-siar di taman tasik awam, dan lazimnya malam-malam mereka diakhiri dengan hubungan kelamin penyatuan dua badan sebagai suami dan isteri yang sah.

Dan baginya, itu sudah memadai. Ariana sangat gemarkan seks, dan Zarul tidak pernah mengecewakan. Setiap kali mereka bersama, Ariana pasti akan terasa puas.

Ariana tersenyum sendirian mengenangkan memori-memori pada tahun-tahun itu. Walaupun perkahwinan mereka itu dilangsungkan bukan atas dasar cinta ikhlas yang datang dari hati, Ariana gembira hidup bersama dengan lelaki bernama Zarul Khairy. Ariana tetap redha dengan jodoh yang telah ditentukan untuknya dan kehidupan mereka yang serba sederhana.

Tetapi sebagai seorang wanita muda, bohonglah kalau Ariana kadang-kala berangan-angan bercinta dengan seorang putera raja, memiliki perhiasan diri berjenama, menikmati hidangan di restoran mewah, ataupun bercuti di luar negara. Tidak salah kalau itu semua hanyalah sekadar angan-angan Mat Jenin. Mana tahu, ada rezeki suatu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan. Mungkin Zarul lah sebenarnya putera raja yang diimpi-impikannya selama ini. Mungkin juga orang itu masih belum ditemui.

ʻʻHoii...Yang kau termenung macam gaya orang baru mati mak ni apa hal?ʼʼ

Ariana tersentak dari lamunannya. Di hadapannya sudahpun duduk si jantan bernama Fakhrul Akash, Timbalan Pendakwaya Raya yang terkenal dengan mulut lantangnya itu. Lelaki berumur 32 tahun itu bersandar di atas kerusi pejabatnya, mata tidak lekang memandang Ariana.

ʻʻApa kau cakap tadi?ʼʼ tanya Ariana, antara dengar dan tak dengar apa yang ditanya peguam muda itu tadi.

Fakhrul hanya menggeleng kepala. ʻʻMacam mana lah kau ni boleh jadi detektif, aku pun tak tahu, Yanaʼʼ katanya sekadar bergurau. ʻʻFikiran melayang sampai ke langkit ke tujuh. Teringatkan seseorang ke?ʼʼ usiknya nakal.

ʻʻTeringatkan laki dia lahhhʼʼ balas Inspektor Zulkifli Mahmud yang kebetulan baru sahaja berlalu masuk ke dalam pejabat Timbalan Pendakwa Raya itu. Pintu ditutup di belakangnya sebelum dia melayan diri sendiri dan duduk di kerusi sebelah Ariana. ʻʻBetul tak apa aku cakap tu, Yana?ʼʼ tanyanya pada Ariana pula sambil menoleh ke arah wanita itu.

Ariana hanya tersenyum. Sempat dia nampak Fakhrul mengecilkan matanya sambil menjeling Ariana dengan pandangan yang nakal. Fakhrul tahu tentang rahsia yang disimpan oleh Ariana tentang apa yang telah dilaluinya sewaktu dia menjalankan tugas di Gerik, Perak pada tahun yang lalu. Jadi tidak mustahil orang lain yang sedang berada di dalam ingatan Ariana.

Ariana Book Two: ʻʻNarkotik NafsuʼʼWhere stories live. Discover now