Amira gelak ketawa bermain-main dengan makanannya sambil duduk di kerusi tinggi meja makan bersama ibu dan ayahnya. Gadis kecil berhidung mancung yang baru berusia 18 bulan itu putih cerah kulitnya, mewarisi DNA dari datuknya yang berbangsa Eropah
ʻʻMira, stop playing with you food, sayangʼʼ tegur Ariana kepada anak perempuannya sambil mengelap-ngelap mulut gadis kecik molek itu.
Suaminya Zarul duduk di kepala meja makan seperti buat tidak tahu sambil membaca berita ekonomi terkini dari sebuah iPad yang disandarkan di hadapan meja makannya.
Ariana hanya menjeling sesaat dua kepada suaminya itu yang sedang ralik membaca artikel di iPadnya itu. Sempat nafas dihela sambil kepala digeleng sekali dua.
Sejak melahirkan Amira, Ariana boleh dikatakan menjadi pengasuh sepenuh masa menjaga gadis kecil itu. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai sebarang pembantu rumah. Sebaliknya Ariana akan menghantar Amira ke tadika pada pagi hari, dan kemudian mengambilnya semula selepas kerja. Cuma sesekali sahaja Zarul akan mengambil alih tugas itu apabila Ariana terpaksa bekerja lebih masa.
Tetapi kebanyakan hal berkaitan dengan rumah dan anak mereka dikendalikan sepenuhnya oleh Ariana.
Itu tidak masuk hal-hal rumah lagi. Memasak. Membersihkan rumah. Membasuh baju. Dan macam-macam lagi.
Semuanya dilakukan oleh Ariana tanpa keluhan atau bantahan.
Dia tidak kisah menguruskan rumah dan anak. Itu tidak menjadi sebarang masalah buat dirinya.
Tetapi, tugasan desk job di ibu pejabat Bukit Aman membuatkannya menjadi cukup bosan.
Pada usia mudanya itu, Ariana sepatutnya bekerja on the field, membenteras jenayah. Bukannya kerja macam kerani.
ʻʻAbangʼʼ Ariana memanggil suaminya yang masih mengunyah nasi ayam di dalam mulut, mata masih membaca artikel di iPad, jari tangan kiri menyelak-nyelak muka surat artikel itu satu persatu.
ʻʻYa Ary?ʼʼ sahut Zarul tanpa melihat isterinya.
ʻʻMira punya check-up dah due. Sheʼs turning 18 months today. Abang boleh tolong bawak Mira pergi klinik besok?ʼʼ tanya Ariana. Tetapi suaranya lebih kepada bukan satu permintaan.
ʻʻAry tak boleh ambik time off ke sekejap ambik Mira dari nursery?ʼʼ kata Zarul sambil tidak memandang wajah isterinya.
Ariana tidak menjawab. Hatinya sudah merasa sedikit tidak puas hati. Kedua-dua matanya ditutup sambil nafas dihembus dari hidung.
Setelah sabar memujuk diri sendiri, barulah Ariana membuka matanya semula. Tetapi raut mukanya masih tidak dapat dilindung.
Melihat Ariana diam, barulah Zarul mengangkat muka dan memandang Ariana. Nampak wajah isterinya itu mencuka.
Zarul senyum manis pada isterinya. Peranti iPad itu ditutup.
ʻʻOkay, nanti Abang hantar Mira besokʼʼ kata Zarul.
Lepas aku merajuk baru nak buat??
ʻʻThank youʼʼ balas Ariana ringkas. Raut muka masih belum berubah.
Mereka kemudian tidak berbual apa-apa lagi. Meja makan menjadi senyap tanpa didengari sebarang suara. Melainkan suara Amira yang masih bermain-main dengan makanannya.
Selesai makan malam, Ariana mengemas pinggan mangkuk yang kotor dan dibawa ke dapur.
Zarul pula mengambil alih tugas menidurkan Amira setelah melihat isterinya itu sedikit sudah nampak dingin sebentar tadi.
Sambil Ariana membasuh pinggan, kedengaran telefonnya berbunyi. Telefon itu berada di tengah laman rumah.
Tangan dibasuh. Paip sinki ditutup. Tangan dilap kering dengan pantas.
YOU ARE READING
Ariana Book Two: ʻʻNarkotik Nafsuʼʼ
RomanceKehidupan Ariana Nazira menjadi semakin rumit dengan kehadiran ʻJayʼ atau nama penuhnya Joffery Leroy di dalam hidup Ariana, lelaki yang sama menjadi penyebab ibu dan ayahnya bercerai 20 tahun yang lalu. Fakhrul Akash pula menuntut ʻhutangʼ dari Ari...