ʻʻOkay gais. Letʼs back to workʼʼ kata Ariana sambil berpeluk tubuh, punggung dilabuhkan ke atas meja, mata merenung tajam sebuah papan peta minda yang ditekap pada dinding pejabat CID itu. ʻʻApa progress terbaru dengan murder case ni?ʼʼ
Di atas peta minda itu terdapat gambar arwah Siti Afiqah di tengah-tengahnya. Pin-pin menekap pelbagai gambar-gambar bukti dan suspek yang diperolehi dari sisatan yang dijalankan, benang-benang merah diikat pada setiap pin menghubungkait antara satu petunjuk dengan petunjuk yang lain.
Julia menghampiri Ariana. Dia berdiri bersebelahan papan peta minda itu sambil juga berpeluk tubuh.
ʻʻAnything news from CSI, Julia?ʼʼ tanya Ariana. CSI merujuk kepada Crime Scene Investigation, iaitu satu cawangan Jabatan Forensics yang bertugas untuk mengumpul apa-apa bukti atau maklumat berkenaan dengan tempat kejadian.
ʻʻWe got a bit of a problemʼʼ kata Julia, suaranya sedikit perlahan. ʻʻTuan Fakhrul block CSI arwah Siti Afiqahʼʼ
Ariana mengerut dahinya dan terus memandang Julia. ʻʻFakhrul block??ʼʼ
Julia hanya mengangguk.
Ariana naik geram. Dia terus mengangkat ganggang telefon dan menalifon Fakhrul.
Panggilannya tidak dijawab.
Fuck. What is he up to?
ʻʻNo answerʼʼ kata Ariana dengan hampa. ʻʻFakhrul ada secretary baru ke lepas arwah Siti?ʼʼ
ʻʻTak tahu lah pulakʼʼ balas Julia.
Ariana berpeluk tubuh. Dia tidak puas hati dengan tindakan Fakhrul mengeluarkan dirinya dari pasukan Special Task Force Group dan meletakkan arwah Siti Afiqah sebagai ganti.
Ariana cuba sedaya upaya untuk masuk semula ke STFG itu setelah 16 bulan kembali bertugas selepas habis pantang.
ʻʻJulia, you tahu ke kenapa Fakhrul block CSI arwah Siti?ʼʼ tanya Ariana.
ʻʻRasanya Tuan Fakhrul nak keep this quiet. Dia tak nak buat huru hara dekat tempat kejadian. In fact...ʼʼ
ʻʻIn fact apa, Julia?ʼʼ
ʻʻTuan Fakhrul wants someone else takes over tempat arwah Sitiʼʼ
Ariana menghela nafas panjang. Dari duduk atas meja segera bangun berdiri. Dari peluk tubuh berubah kepada mencekak pinggang. Matanya merenung tajam, keningnya berkerut.
ʻʻOkay... okay... okay... I tak nak bergerak macam kita ni buat kerja belakang Fakhrul. He is still the team leader for STFGʼʼ kata Ariana kepada mereka yang hadir. ʻʻAt this present moment, kita akur jer kenapa Fakhrul block CSIʼʼ
Mereka semua mengangguk setuju.
ʻʻDengar sini semua... walaupun kita bukan part of STFG, tapi kita masih jabatan homicide. Dan kes kematian arwah Siti adalah dalam tanggungjawab jabatan kita. Semua clear pasal tu?ʼʼ tanya Ariana kepada anak-anak buahnya.
Semua mereka mengangguk serentak. ʻʻFaham, Puanʼʼ
Julia kemudian menghampiri Ariana.
ʻʻSo, where shall we start?ʼʼ tanya Julia.
Ariana berfikir. Dia cuba mencari-cari siapakah ʻkawanʼ yang boleh dipercayai untuk membantunya dalam siasatan itu.
Ariana menoleh ke arah Julia.
ʻʻJom kita ke IT departmentʼʼ katanya kepada Koperal itu..
Julia dan Ariana kemudian meninggalkan pejabat homicide dan bergerak ke jabatan IT. Hanya mereka berdua sahaja yang pergi. Kakitangan yang lain tidak diarahkan untuk ikut.
YOU ARE READING
Ariana Book Two: ʻʻNarkotik Nafsuʼʼ
عاطفيةKehidupan Ariana Nazira menjadi semakin rumit dengan kehadiran ʻJayʼ atau nama penuhnya Joffery Leroy di dalam hidup Ariana, lelaki yang sama menjadi penyebab ibu dan ayahnya bercerai 20 tahun yang lalu. Fakhrul Akash pula menuntut ʻhutangʼ dari Ari...