Bab 10: Aku Nak Jadi...

5.6K 107 54
                                    

Ariana merenung lama laporan toksikologi yang telah diterimanya dari Jabatan Forensik. Mukanya berkerut, raut wajahnya serius, nafas dalam, mulut tidak menutur sebarang kata, tangan menggenggam penumbuk erat.

ʻʻCoffee, puan?ʼʼ

Mata Ariana masih tajam membaca laporan itu sebaris demi sebaris. Satu perkataan demi satu perkataan.

ʻʻPuan?ʼʼ tegur Faizal lagi.

Ariana tersentak dari renungannya tadi. Terus dia memandang ke arah Faizal dengan anak matanya sahaja.

ʻʻYa, Faizal?ʼʼ kata Ariana sambil mengangkat sebelah bulu kening.

ʻʻCoffee? Hmmm... Puan nampak macam serius jer... puan baca apa tu?ʼʼ tanya Faizal, ingin tahu.

Ariana melihat cawan plastik yang mengandungi kopi susu panas telah diletakkan di atas mejanya. Sejak kebelakangan ini, Faizal tidak putus memberikannya kopi dari mesin minuman jabatan itu.

Ariana tersenyum kecil. Hela nafas bersahaja tatkala melihat Faizal berada di hadapan meja kerjanya.

ʻʻThank you Faizal, as alwaysʼʼ ucap Ariana, ʻʻI tengah teliti report terkini mangsa pembunuhan yang berlaku malam tadiʼʼ

ʻʻOh, malam tadi? Ohhh... maksud puan... kematian wanita dekat Ritz-Carlton tu ke?ʼʼ tanya Faizal lagi. ʻʻHmmm... puan nak saya take over baca report tu?ʼʼ

Ariana hanya senyum. Laporan Jabatan Forensik itu dimasukkannya ke dalam fail. ʻʻTak perlu, Faizal I nak pergi Forensik, nak bincang dengan Doc Badʼʼ

Ariana kemudian bangun dari kerusinya sambil memegang fail itu bersamanya.

ʻʻNak saya ikut sekali?ʼʼ pelawa Faizal tatkala melihat Ariana bangun.

ʻʻNo need, Faizalʼʼ balas Ariana sambil kaki mula melangkah dari tempat kerjanya. ʻʻI nak you pergi ke Jabatan Narkotik dan dapatkan laporan siasatan dari Inspektor Zul. Kemudian bagi saya laporan itu. Saya akan berada di Forensikʼʼ

ʻʻOhh... puan!ʼʼ tiba-tiba Faizal memanggil Ariana yang sudah separuh jalan antara mejanya dan pintu bilik pejabat mereka itu.

Ariana memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah Faizal semula.

ʻʻYa, Faizal?ʼʼ tanya Ariana, sedikit mengela nafas senyap.

Faizal hanya tersenyum pada Ariana sambil mengambil cawan kopi dari atas meja inspektor itu dan menghulurkannya pada wanita itu.

ʻʻDonʼt forget your coffeeʼʼ katanya senyum.

Ariana membalas senyuman Faizal. ʻʻOf course... Thank you, Faizalʼʼ kata Ariana sambil mengambil cawan plastik itu dari tangan Faizal.

Dengan pantas, Ariana pun melangkah keluar dari pejabat Homicide itu menuju ke Jabatan Forensik.

Fail laporan dikepal ketat-ketat pada badan.

Tangan kanan membawa cawan plastik yang masih mengandungi kopi susu panas.

Masuk sahaja ke Jabatan Forensik, Ariana bertanya kepada pegawai bertugas di mana Doktor Badrul berada.

ʻʻDoc Bad ada dalam bilik mayat puanʼʼ kata pegawai itu sambil menunjuk arah bilik mayat dengan ibu jari.

ʻʻTerima kasihʼʼ kata Ariana sambil kaki melangkah pantas ke bilik mayat.

Masuk sahaja ke dalam bilik mayat, Badrul dan seorang pembantu sedang membuat pembedahan post-mortem ke atas mayat seorang wanita muda.

ʻʻMaaf. Boleh saya speak to Doktor Badrul privately, please?ʼʼ kata Ariana kepada pembantu tersebut.

Ariana Book Two: ʻʻNarkotik NafsuʼʼWhere stories live. Discover now