Mimpi

19 0 0
                                    

"Dreams come true to those who truly want them"

Apa yang aku cari?
Apa yang aku kejar?
Apa yang aku impikan?
Apa yang sungguh aku mahukan?

Apa aku mahu kaya? kemasyhuran? atau kompetensi?
Apa manusia masih mencari kesenangan?
Apa manusia masih mencari kemenangan?
Apa bisa aku peroleh keterangan?

Aku?

Aku hanya mahu bebas,
Aku ingin terus bernafas,
Aku mahu terus merasa,
Aku mahu merasakan cinta,

Cinta yang tidak pernah aku alami,
Cinta yang menyendatkan ruang respiratori,
Cinta yang memberi aku ruang bebas,
Namun cinta itu takkan mungkin berbalas.

Mimpi hanya menjadi nyata jika benar aku mahu,
Nyatanya aku mahu, tapi ianya takkan nyata,
Mimpi hari ini hanya berkitar kembali menjadi mimpi pada esok hari dan terus berputar menjadi mimpi hingga lewat hari ku.

Realiti berkelabung delusi,
Apa kau pemulihara hati atau sekadar babak fiksi,
Dunia parallel ku bertembung menjadi satu,
Mencipta realiti baru buat aku dan kau kekal bersama di situ.

Aku, Kau dan Tiang LampuWhere stories live. Discover now