Langit tak selalunya biru,
Mendung tak semestinya hujan,
Pernah kau rasa kehilangan?
Kehilangan sesuatu yang amat penting,
Kehilangan sesuatu yang disayangi,
Kelihangan Kau yang menjadikan Kau,
Kadang kala kau terasa seperti orang lain,
Kadang kala kau terasa seperti dunia runtuh,
Kadang kala kau rasa sebak,
Sedihnya yang kau sendiri tak mengerti,
Mahu kau tangis tapi tak berlagu,
Mahu kau ulas tapi tak terungkap,
Mahu kau jelas tanpa bermadah,
Mahu kau marah tanpa berdendam,
Terngadah kau lihat ke langit,
Apa silapnya kau lahir ke dunia,
Apa silapnya semua tak jadi seperti kau pinta,
Apa silapnya kau tak mampu 'get a better future'
Segala angan kau hanya tinggal kenangan,
Segala mahu kau hanya mampu dibuku,
Semua lelah kau kini tersandar di balik pintu,
Semua tangis kau kini kering di kolar baju,
Kau mahu berhenti?
Sudahkah kau lemas dengan dunia ini?
Apa kau sedia menerima konsekuensinya nanti?
Apa mengucap 'Sudah' cukup buat kau akhiri sepi?
YOU ARE READING
Aku, Kau dan Tiang Lampu
PoetryAku bukukan segala hajat tak tersampai buatmu. Dengan harapan suatu hari aliran deras isi hatiku menjadi bacaan kegemaranmu. I compiled all my unfulfilled wishes for you. With the hope that the torrent of my heart's contents will become your favorit...
