"Kita tidak akan bersama selama"
Bukan itu maksudku sebenarnya,
Aku hanya mahu yang terbaik buat kamu,
Kau bintang paling terang di konstelasi mu,
Bagai Regulus yang melengkapkan Leo.
Aku mahu kau terus terang,
Aku mahu kau terus bersinar,
Aku khuatir kerana bersamaku
sinar kau kian malap.
Aku senang melihat kau,
Aku senang bersama kau,
Tapi kau bukan untukku,
Kau milik seseorang yang lebih baik.
Aku harap kau senang dengan apa jua yang kau lakukan.
Aku harap kau terus bersinar di pentas langit gelapku.
Akan aku sentiasa menjaga kau walau hanya dari bumi.
YOU ARE READING
Aku, Kau dan Tiang Lampu
PuisiAku bukukan segala hajat tak tersampai buatmu. Dengan harapan suatu hari aliran deras isi hatiku menjadi bacaan kegemaranmu. I compiled all my unfulfilled wishes for you. With the hope that the torrent of my heart's contents will become your favorit...
