Takdir - 1

441 12 0
                                    

Tirai balkoni diselak luas oleh Diana. Keadaan langit yang masih gelap di waktu pagi ditatap lama oleh Diana . Tubuh Diana kemudiannya berpusing perlahan menoleh ke arah suaminya yang masih nyenyak tidur.

"Dear.... Bangun Dear... Dah masuk waktu subuh ni..." Diana cuba kejutkan Fahrain dari jarak jauh. Tubuh Fahrain yang menghadap Diana mula berpusing mengelak darinya.

"Ish Dear ni!" Diana berlari perlahan kemudian melompat ke atas Fahrain.

"Aduh, sayang!" Fahrain menjerit keras. Jari jemari Diana kemudian mengambil kesempatan untuk menggeletek tubuh Fahrain yang masih berselimut kemas.

"HAHAHAHAHAHAH sayang! No! Ye ye Dear bangun sayang stop it!" Fahrian cuba menepis perlahan Diana dari terus menderanya.

"Haa, ni lah balasan orang susah nak bangun subuh! Amik! Rasakan!" Diana menggeletek tubuh Fahrain tanpa belas kasihan.

"Allahuakbar sayang! HAHAHAHAHAHAHA! Sayang nak kena ni! Meh sini Dear balas balik!" Fahrain menarik tangan Diana dan menyelubunginya ke dalam selimut. Jeritan Diana bergema di dalam rumah tersebut. Bahagianya mereka. Bahagia yang hanya tuhan saja yang tahu.

"Dear! Yeye I minta maaf okay! Maaf!!!" Diana menahan tangan Fahrain lembut.

"Tau pun! I bukan tak nak bangun okay! Cuma nak tidur lagi dua minit je! Tapi tengoklah apa sayang buat, dah lebih dua minit da ni." Fahrain tersenyum lebar.

"Hehe, yeeee salah I. Okay dear, you boleh lepaskan I sekarang." Diana merayu untuk tangannya dilepaskan.

"Sapa cakap I nak lepaskan you? Umpan dah masuk takkan I nak lepaskan?" Fahrain terseyum sinis.
"Ah sudah masak aku!" Desis hati Diana.

Tubuh Fahrain ditolak kuat hingga jatuh katil. Diana kemudiannya segera berlari dari kawasan kejadian lalu masuk ke dalam bilik air.

"Aduh! Melampaunyeeee! Siap Sayang! I dapat you memang I kerjakan cukup cukup!" Ugut Fahrain sambil menggosok pinggangnya.

°°°°°°°°°°°

"Assalamualaikumwarahmatullah... Astagfirullahhalazim...." Fahrain menggerakkan perlahan tubuhnya untuk berhadapan dengan Diana yang berada di belakang kiri tubuhnya.

Tangan Fahrain disambut lembut oleh Diana lalu dikucup. Fahrain membalas dengan kucupan lembut di umbun kepala Diana.

"Dear.... Thank you for these three years... Im really happy with you. Hidup dengan Dear buat I bahagia sangat Dear. I tak tau lah nikmat apa lagi yang I nak minta.... I rasa hidup I dah cukup lengkap dengan you." Diana tersenyum manis.

"Ya Allah sayang.... Setiap kali solat je sayang selalu cakap macam ni. Ye sayang, I pun nak terima kasih sangat sebab terima orang yang sederhana macam I ni. Setakat menumpang harta mama, papa dengan isteri sendiri..." Pertuturan Fahrain dipotong oleh Diana.

"Dear.... Dah lupa ke apa yang I cakap? My money is your money right? Our money. Lagipun yang I bagi dulu tu hanya modal awal sebab you tak nak minta tolong mama papa. But now, everything yang ada ni semua hasil titik peluh you kan?.... And I really appreciate all of this." Balas Diana bersungguh sungguh. Fahrain hanya membalas dengan senyuman.

"Satu je I nak cakap. I harap you akan sentiasa sabar dengan I.... I nak minta maaf sebab I masih belum mampu nak lahirkan zuriat untuk you. Maafkan I Dear..." Mata Diana sedikit berkaca.

"Sayang... I dah kata I tak nak you cakap fasal benda ni kan? Kalau dah ditakdirkan hanya ada you dengan I je, I tak kisah sayang! I dah cukup bahagia dengan semua ni!" Tubuh Diana dipeluk perlahan. Kepala Diana dilentokkan di dada Fahrain.

"I tak nak you serabutkan kepala you dengan perkara macam ni okay? I tak nak you sakit." Fahrain mencium kepala Diana yang berlapikkan telekung.

"Okay." Diana membalas kosong.

"Dahlah! Jom kita bersiap okay? Nanti lambat pula nak pergi kerja." Fahrain cuba memujuk Diana.

"Okay... I dah siapkan baju you dalam almari macam selalu." Diana tersenyum kembali.

"Thank youuuuu! Okay jom bangun bersiap." Fahrain bangun sebelum menarik tangan Diana bangun bersamanya.

°°°°°°°°°°°°°°

"Good morning Tuan Fahrain!" Ucap Nelly selaku pembantu peribadi Fahrain.

"Good morning Nelly. Ada apa harini?" Soal Fahrain.

"Ouh, harini macam yang Tuan suruh saya semalam... Saya dah kosongkam jadual Tuan! Ehem for the special day aight? Hehe." Nelly tersenyum gatal.

"Hahaha! Shush, our secret je ni." Ujar Fahrain.

"Okaylah I'll go to my office. Anything just tell me okay?" Balas Fahrain lagi.

"Kejap Tuan, ada lagi!"

Langkah Fahrain terhenti.

"Kejap lagi Tuan ada meeting dengan.."

"Yee, yang tu saya tahu Nelly... You already informed me yesterday. I see you in a minute okay? Tunggu saya dengan yang lain dekat bilik meeting. I need to prepared something first." Fahrain masuk ke biliknya.

Setelah selesai bermesyuarat, Fahrain terus meminta diri untuk keluar dari bilik mesyuarat.

"Mister Fahrain! Wait first." Panggil seorang lelaki.

Fahrain menoleh pantas.

"Yes? Ouh! Dato' Syaufiq, it's a pleasure to meet you. Terima kasih sebab luangkan masa bersama." Fahrain berjabat tangan Dato' Syaufiq.

"Haha, just nak bantu anak kawan sendiri apa salahnya kan? By the way have you meet my daughter? Syazana." Dato' Syaufiq menunjukkan ke arah anak daranya yang berdiri tegak di sebelah kanannya.

"Hai, Im Syazana. Nice meeting you Mister Fahrain." Senyum manis terpapar di wajah Syazana.

Fahrain hanya memandang Syazana bersahaja. Agak lama juga tatapan yang dia berikan kepada Syazana.

"Ehem, Mister Fahrain?" Tegur Dato' Syaufiq.

"Yes? I... Im sorry, dekat mana kita tadi?" Sedar Fahrain.

"Im just telling you Syazana ni selaku pembantu peribadi I. Well she's still single."

"Dad!" Tegur Syazana manja.

"What? Well, if you still ada yang single boleh la kenalkan. I penat dah tengok anak I ni single. Tak pun tambah quota yang ada kan? You know what I meant? Hahaha." Ketawa Dato' Syaufiq.

"Haha, ya. Anything I'll let you know okay?" Balas Fahrain.

"Great! Apa kata kita just go for drinks? Lagipun dah nak masuk lunch hour. Shall we?" Ajak Dato' Syaufiq

"Ouh, I'm sorry Dato'. For now I need to go. Maybe later we can have a chat together. I'll see you later Dato'. Have a great day. Syazana." Fahrain berjabat tangan Dato'Syaufiq dan melemparkan senyuman pendek kepada Syazana sebelum beredar bersama Nelly.

Mereka berdua bergegas menuju ke arah lif yang ada.

"Nelly, what times now?" Soal Fahrain sambil menunggu pintu lif terbuka.

"Err, lunch hour?" Balas Nelly.

"Aish, We're late. Kalau saya tak habiskan masa borak kosong tadi kita takkan bazir masa yang ada untuk prepared apa yang patut." Rungut Fahrain pada dirinya sendiri.

"Sabar Tuan, saya yakin kita sempat buat semuanya. Saya dah suruh Azlan sediakan kereta dekat bawah." Ujar Nelly cuba menenangkan keadaan.

"Hope so." Fahrain membetulkan tali lehernya.

Takdir (Short Story)Where stories live. Discover now