Takdir - 10

268 5 1
                                    

Beberapa kali Fahrain menepuk nepuk wajah Diana cuba untuk sedarkannya. Air matanya tak henti mengalir.

"Sayang bangun sayang.... Please jangan buat Dear macam ni.... Mas, dia sakit apa Mas.... Why sampai macam ni sekali... Ya Allah Mas... Kenapa korang sembunyikan perkara macam ni.... Ya Allah...." Fahrain memeluk tubuh Diana sekuat hatinya.

Mastura hanya terdiam membisu. Pandangannya hanya tertumpu pada jalan raya yang lurus. Dia memecut laju sehingga mereka tiba di hospital. Sebaik sahaja Mastura memakirkan keretanya di hadapan hospital, Fahrain berlari cemas ke pintu utama unit kecemasan.

"Tolong! Tolong isteri saya! Doktor, nurse! Please help my wife!" Jerit Fahrain tanpa rasa malu di unit tersebut.

Beberapa orang kakitangan hospital tiba bersama sebuah katil sorong untuk menyambut Diana. Diana dibaringkan perlahan. Katil sorong tersebut bergerak laju untuk dibawa masuk ke unit kecemasan. Seorang jururawat memberikat alat bantuan bantuan pernafasan kepada Diana yang masih belum sedarkan dirinya.

"Sayang Diana bangun sayang... Dear ada dekat sebelah ni sayang... Dear kisah fasal sayang... Dear risau fasl sayang please bangun..." Rayu Fahrain bersungguh sungguh.

"Encik tunggu di luar dulu ya? Encik tak boleh masuk." Pinta seorang jururawat dengan nada suara yang lembut sebelum masuk ke dalam sebuah unit bersama Diana.

Fahrain mulai cemas. Risau jika dia hilang Diana. Rasa menyesal mula membuak buak menghimpit dadanya.

"Puas sekarang? Baik kau balik. Balik jaga isteri kau tu!" Marah Mastura perlahan oleh kerana mereka masih di hospital.

"Mas please stop... I love my wife Mas... I do love her.... I tahu I dah banyak buat dosa pada dia Mas... But please biar I tunggu Diana dekat sini... I merayu sangat. I memang dah menyesal..." Fahrain mula melutut merayu.

Mastura mengundurkan sedikit tubuhnya. Jijik.

"Sudahlah tu Rain... Kau menyesal sekarang pun tak guna... Syazana still akan datang dan paksa kau teruskan perkahwinan." Tolak Zafran perlahan.

"Aku tak nak Zaf... Aku tak nak kahwin dengan dia... Aku tak nak Zaf! Tolonglah jangan paksa aku!" Fahrain meronta ronta.

Dari jauh terlihat seseorang berlari menuju ke arah Fahrain yang masih berlutut.

'BUK!' Satu tumbukkan singgah tepat ke wajah Fahrain.

"Kau memang tak guna! Sanggup kau kecewakan kakak aku! Dasar setan bertopengkan manusia!" Bertubi tubi Danial memukul wajah Fahrain sebelum sempat tubuhnya ditarik oleh Encik Farizal.

"Sudah Nial sudah! Tak ada gunanya pun kalau kamu pukul dia..." Encik Farizal menarik Danial cuba menennagkannya.

"Kakak aku tu lemah lembut, aku pun tak pernah terlintas nak melawan cakap dia, kau sebagai suami yang sepatutnya jaga dan sayang dia, layan dia macam anjing! Manusia jenis apa kau ni?!" Jerkah Danial dengan nada yang perlahan.

"Abang minta maaf Nial... Abang sedar abang memang dah keterlaluan... Maafkan abang Nial... Maafkan Abang... Ayah, Mama.... Maafkan Rain sebab tak jaga anak Ayah Mama dengan baik.. Maafkan Rain..." Seluar milik Encik Farizal diruntun dan digenggam perlahan Fahrain yang masih melutut.

"Fahrain. Duduk jauh dari kami... Kami tak mampu nak tengok muka kamu sekarang. Tolong... Kalau kamu tak nak pergi dari sini sekalipun... Tolong jauhkan diri kamu dari kami... Kami tak dapat nak tahan rasa jijik yang terbuku di hati kami ni. Tolong." Pinta Encik Farizal penuh hormat yang hanya tersisa sebesar zarah untuk Fahrain. Mahu sahaja dia mencekik Fahrain sepuas hatinya, tetapi itu bukan dirinya.

Fahrain menunggu selama beberapa jam sendirian jauh daripada keluarga Diana serta Mastura dan Zafran. Dia masih lagi tertunggu tunggu untuk doktor munculkan diri memberitahu tentang keadaan Diana. Tepat pukul 4 seorang doktor keluar dari unit yang Diana dimasukkan. Perlahan lahan Fahrain mendekati mereka.

"Tuan Puan... Buat masa sekarang keadaan Puan Diana agak kritikal... Tapi kami sedang sedaya upaya untuk menyelamatkan Puan Diana dan juga bayinya." Jelas doktor Azura.

"Allahuakbar... Macam mana sekarang doctor?" Soal Encik Farizal.

Fahrain mencelah.

"Isteri saya sakit apa doktor?" Soal Fahrain.

"Brain cancer.... Sekarang ni kanser tu dah mula merebak dengan ganas... Sepatutnya Puan Diana dah mula buat appointment untuk pembedahan, tapi dia tolak walaupun saya dah cuba bertegas... Ada yang menghalang Puan Diana ke? Saya cuma nakkan kepastian sahaja." Soal Doktor Azura.

"Tak doctor... Kalau kami tau ada rawatan yang dapat selamatkan dia... Kami dah lama cuba untuk paksa." Ujar Encik Farizal.

"Tak apa... Apa pun, Puan Diana dah sedar... Tuan Puan boleh masuk tapi jangan ramai sangat... Saya risau kalau dia stress... Dengan keadaannya yang semakin parah ni, saya minta supaya semua berjaga jaga ya... Saya minta diri dulu... Anything just bagitau nurse yang ada ya." Jelas doktor Azura lagi.

"Baik doctor terima kasih." Ucap Encik Farizal.

"Ayah dengan Mama masuk lah dulu. Biar Mas ambil barang apa yang patut untuk Diana dekat rumah." Pelawa Mastura.

"Yelah... Elok elok ya? Zaf boleh tolong temankan Mastura?" Soal Encik Farizal.

Zafran mengangguk. Mereka berdua hanya berlalu pergi dari situ.

Fahrain masih lagi berdiri tegak di belakang mereka.

"A-ayah.... Boleh ta..." Belum sempat Fahrain menghabiskan ayatnya, Encik Farizal memotong.

"Kau jangan dekat dengan anak aku. Selagi aku tak dengar dia sendiri nak jumpa kau, jangan harap nak jejak pun masuk dalam bilik dia. Aku tak nak tengok muka kau." Encik Farizal memberikan amaran tegas dan masuk ke dalam meninggalkan Fahrain.

Fahrain menyandarkan tubuhnya pada dinding hospital. Wajahnya termenung kosong.

'ZZTT ZZTT' Telefon milik Fahrain bergetar di dalam poket seluarnya. Panggilan dijawab.

"Assalamualaikum Fahrain... Apa dah jadi sebenarnya ni? Kenapa Bonda baru tau kamu nak kahwin? Apa jadi dengan Diana? Apa yang kamu dah buat ni Fahrain Azihan?" Soal Datin Fauziah bertubi tubi.

Fahrain masih mendiamkan dirinya.

"Kalau tak disebabkan Bonda buat haji dekat sini, I'll just balik immediately! Sampai hati kamu ya? Bonda tak ajar kamu jadi suami tak bertanggungjawab Fahrain! Bonda lagi tiga hari nak balik, and you boleh buat macam ni??!" Marahnya.

Fahrain segera meletakkan panggilan. Kepalanya disandarkan ke dinding. Perlahan lahan air matanya turun. Telefon miliknya masih berdering namun dia hanya mengabaikannya. Perasaan menyesal membuak buak. Dia kini sedar yang seharusnya meminta maaf bukannya Diana, tetapi dirinya sendiri.

'TAP...TAP...TAP' Bunyi tapak kasut tumit tinggi mendekati Fahrain.

"What are you doing here mister Fahrain? You supposed to be with me you know that right?" Soal Syazana yang tiba tiba muncul. Gaun putih yang dikenakannya masih lagi belum dia lepaskan dari tubuhnya.

"Go away please... I don't want to meet anyone." Ujar Fahrain tanpa menoleh.

"Go? Go?! Apa yang awak cakap ni Fahrain? Awak dah janji nak nikah dengan saya harini... Kenapa awak buat saya macam ni? Malu saya dengan saudara mara saya... Dad sampai mengamuk tadi. Kalau tak disebabkan dia kena handle kenduri dekat hotel sana, dia nak datang sini jumpa awak sekali dengan keluarga si Diana tu!" Syazana emosi.

Fahrain bangun perlahan dari duduknya di atas lantai.

"Saya cakap sekali ja. Go." Ujar Fahrain tegas.

"No, unless you go with me and we finish what we've started!" Syazana melawan.

Fahrain menolak tubuh Syazana kasar merapat ke dinding.

"Listen here, bini aku tengah sakit dekat dalam tu and aku tak boleh nak jumpa dia kau faham tak?! Aku tak nak kahwin dengan kau dan tak pernah cintakan kau pun. Betullah apa Mastura cakap... Engkau ni desperate sangat nak jantan sampai suami orang pun kau nak sapu. Sekarang ni aku tak peduli bapak kau nak jumpa aku sekalipun aku tak nak tengok muka dia. Kau, dengan family kau... Boleh pergi jahannam!" Jerkah Fahrain tepat ke wajah Syazana.

"B-but..."

"Go.... Away..." Fahrain melemparkan renungan yang tajam.

Syazana hanya berlalu pergi dengan perasaan yang hampa.

Takdir (Short Story)Where stories live. Discover now