Takdir - 4

161 5 0
                                    

Fahrain banyak berubah sejak pertengkaran antara dia dan Diana 4 bulan lalu. Dia kerap pulang lewat malam dan adakalanya pulang pada waktu pagi. Bila ditanya, dia hanya akan memberikan alasan penat sehingga tertidur di pejabat. Masakkan yang dihidang Diana pun jarang sekali untuk dia sentuh, katanya sudah kenyang sebaik sahaja pulang ke rumah. Ada juga waktu apabila setelah pulang ke rumah, Fahrain keluar semula dan berkata kepada Diana supaya tidak menunggunya pulang.

Hati Diana agak tersentuh dengan perbuatan Fahrain. Dia sedar yang Fahrain cuba mengajarnya apa yang telah dia lakukan sejak mula mereka berkahwin.

"Dear... Harini balik lewat lagi ke?" Soal Diana sambil duduk di atas katil menunggu Fahrain bersiap untuk ke pejabat.

"Ye... Banyak hal yang nak kena settle.... I dah tak boleh nak harapkan Nelly sorang untuk buat kerja. I boss dia so I kena ambil tanggungjawab kali ni." Balas Fahrain membetulkan jam tangannya tanpa memandang Diana.

"Sapa bagi tu?" Soal Diana. Matanya tertumpu pada jam tangan milik Fahrain.

"Ah, ada client bagi. Semperna hadiah hari jadi I tahun lepas. Nice right?" Balas Fahrain.

"You tak pakai pun jam yang I bagi..."

"Bukan tak nak pakai, sayang nak pakai. Lagipun itu hadiah sayang I bagi kan? Eloklah kalau I simpan." Fahrain tersenyum bersahaja.

Diana bangun dari katil dan mencium tangan Fahrain sebelum dia keluar dari bilik tersebut.

"I pergi dulu okay? Kalau I balik lambat...

"Don't wait for me... Yee I tahu." Diana tersenyum hambar.

"Good. Bye sayang." Fahrain berlalu pergi.

Diana terduduk kembali di hujung katil mereka. Kepalanya diusap perlahan.

"Kenapa tak berhenti lagi sakit ni? Ya Allah sakitnya." Diana mengapai telefon yang ada di sebelah.

Dia menelefon Mastura.

"Mas? Kau dah ada dekat office ke? Boleh tak pick up aku? Aku tak sihat lah. Sakit sangat kepala ni." Ujar Diana.

"Tak sihat? Okay, aku pun baru ja on the way nak ke office. Alang alang dah nak sampai simpang masuk rumah kau dah. Pakai baju elok elok, aku bawa kau pergi hospital." Balas Mastura risau.

"Ye aku dah bersiap da. Aku tunggu kau dekat depan ye. Bai." Diana mematikan panggilan.

Mastura memecut keretanya sehingga tiba di hadapan rumah Diana.

'HONK HONK' Hon kereta ditekan.

"Yeeee, I'm coming!" Sahut Diana.

Dia berjalan perlahan masuk ke dalam kereta Mastura.

"Woi, asal kau nampak pucat semacam ni? Ada apa apa yang kau tak bagitau aku ke?" Soal Mastura sinis.

"Huh? Mana ada." Balas Diana.

"Mengandung?" Soal Mastura spontan.

"Eyhhh! Tak lah! Kalau aku mengandung takda lah nak ajak kau pergi hospital, baik aku pergi dengan Fahrain. Dah, jom gerak cepat... Kepala aku ni pun dah sakit sangat." Suruh Diana.

"Yeye.... Baik boss." Kereta mula dipandu oleh Mastura.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Air teh tarik yang ada di hadapan Fahrain dikacau perlahan. Wajahnya agak runsing entah kenapa.

"Sayang? What's wrong ni?" Soal Syazana.

Fahrain masih termenung.

"Sayang?" Syazana menyentuh jari Fahrain.

"Ah? Ye? Kenapa?" Soal Fahrain keliru.

"Tak orang tanya sayang okay tak? Dengar tak apa orang cakap tadi?" Jelas Syazana.

"Apa ya?" Tanya Fahrain lagi.

"Dah bagitau kak Diana ke belum? Fasal kita?" Syazana memegang tangan Fahrain.

"Erm, belum sampai masanya lagi la. Saya rasa kena tunggu lama sikit. Sabar ya love?" Ujar Fahrain manja.

Apakah yang Fahrain fikirkan? Tidakkah dia ingat tentang Diana? Bagaimana jika Diana tahu tentang kebenaran? Sanggup dia mempermainkan hati Diana sebegini rupa. Kejam.

"Tak boleh la macam tu sayang... Dad dah tanya bila nak kahwin. Dad tak suka kita keluar macam ni sepanjang masa. Dad cakap dia akan uruskan semua kalau awak dah ready." Seloroh Syazana bersungguh sungguh.

"I'll try cakap dengan Diana okay? But give me masa lagi sikit okay my love?" Ujar Fahrain manja.

"Okay!! Kejap lagi saya teman awak buat kerja ya?"

"Alright my love. Habiskan makanan tu." Senyum Fahrain.

Sementara itu, Zafran duduk di meja yang tidak jauh dari mereka. Zafran mula mengambil beberapa keping gambar. Niatnya untuk menunjukkan kepada Diana sebaik sahaja dia beredar dari situ.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Diana melabuhkan punggungnya perlahan di atas bangku yang ada di hospital. Dia sepertinya tidak tahu reaksi seperti apa yang dia harus gambarkan. Tiada air mata yang mengalir, hanya muka polos yang dipaparkan.

"D..... Aku tak sangka D.... Aku harap kau sabar ya? Aku ada dengan kau... Fahrain... Semua sayang kau... Sabar ya?" Ujar Mastura.

"....." Diana masih terdiam terkaku.

"D.... Kau dengar tak?" Soal Mastura.

"Aku dengar Mas.... Terutamanya apa yang doctor cakap.... Aku dengar semua." Balas Diana.

"Janganlah macam ni D.."
"Habis kau nak aku macam mana?? Aku tak boleh meraung, aku tak boleh nak marah, aku tak boleh nak mengeluh pun Mas.... Aku tak tau apa yang aku nak buat okay? Tolong faham situasi aku Mas... Aku sendiri tak tahu macam mana nak cakap dengan Fahrain bila dia balik nanti. Aku takut dia jadi lebih bencikan aku." Diana menyandarkan dirinya ke dinding.

"Bencikan kau? Apa kau cakap ni? Kau nak bagitau aku pun?" Soal Mastura.

"Bukan semua benda aku kena cerita dekat kau Mas.... Ini soal bilik tidur aku juga... Dia dah banyak balik lambat kadang balik pagi... Aku ni macam tunggul dekat rumah.... Aku rasa dia nak balas dendam dengan apa yang aku dah buat dulu. HAHAHAHA!" Ketawa Diana sendiri. Dirinya kelihatan kurang waras.

Mastura menarik Diana ke dalam dakapannya.

"Kau buat apa ni Mas?" Diana mendongak mencari wajah Mastura.

"Aku nak peluk kau.... Aku just nak peluk kau. Aku tau kau tak ok D.... Kau tak ok." Lantas, air mata Diana turun dengan lebat.

"Macam mana aku nak bagitau dia Mas.... Macam mana? Macam mana kalau dia ceraikan aku?" Diana memeluk tubuh Mastura.

Mastura hanya mengusap bahu Diana sambil menutup wajah Diana menggunakan lengannya untuk mengelakkan dari dilihat orang yang ada di hospital tersebut.

'TRING' Bunyi mesej yang diterima dari telefon milik Diana.

"Siapa tu?" Tanya Mastura.

"Kau tengok siapa boleh? Aku penat lah. Aku nak duduk macam ni lama sikit." Diana kembali memeluk Mastura.

Mana Mastura membulat sebaik sahaja dia membuka mesej yang ada.

"Sapa tu Mas?" Diana bertanya perlahan.

"Um... Am... Takda sapa... Kau relax dulu ya?" Mastura cuba mengelak.

Diana meleraikan pelukan. Wajahnya merah padam dan diiringi dengan air mata yang tersisa.

"Siapa?" Soal Diana paksa.

"Aku tak nak kau stress okay? Doktor suruh aku jaga kau supaya tak stress!"  Ujar Mastura tegas tetapi lembut.

Diana merampas telefon yang ada di dalam genggaman Mastura.

Wajah Diana bertukar pucat. Tangan yang menggenggam telefon erat diletalkan di atas ribanya.

Takdir (Short Story)Where stories live. Discover now