"Nyenye, aku tau lah! Kau tak perlu ingatkan aku." Diana mencebikkan bibirnya di hadapan Mastura.
"Eh hello? Kau tu dah dua kali lupa tau you guys punya anniversary. First year kahwin pun kau dah lupa. JANGANLAH LUPA LAGI! KANG DIA MERAJUK TANYA AKU JUGAK MACAM MANA NAK PUJUK. Ingat aku ni pakar lelaki ke huhu." Adu Mastura.
"Ye aku tau tu salah aku. Aku pun tau juga yang aku selalu sibuk."
"Jangan lupa yang kau selalu balik lewat." Tambah Mastura.
"Yeye aku tau! Ish kau ni, saja nak jadi batu api kan?" Marah Diana bergurau.
'TRETTT..TRETTT'
Telefon milik Diana berdering."Ha, laki kau tah? Panjang umur." Sakat Mastura.
"Ish kau ni, shush. Eh, ayah lah. Assalamualaikum ayah?" Diana menjawab panggilan.
"What's wrong?" Soal Mastura. Dahinya dikerutkan.
"Okay. I'll go now." Diana mematikan panggilan.
"Asal? Kenapa wey?" Soal Mastura lagi.
"Ayah nak aku datang site dekat sana sekarang...." Diana bangun dari bangku mencapai beg tangannya.
"Eyh, sana tu mana?" Mastura menahan tangan Diana.
"Penang." Jawab Diana bersahaja.
"Oi, oi sabar lah! Tunggu aku!" Mastura mengekori jejak langkah Diana.
Sebaik sahaja tiba di pakir kereta, mereka mendekati kereta dan memasuki ke dalam kereta serentak.
"D, kau dah bagitau Fahrain belum?" Soal Mastura.
"Aku dah bagitau aku pergi kerja. Ini aku pergi kerja kan? Aku rasa tak apa as long as aku balik sebelum pukul 11 je." Balas Diana sambil mengundurkan kereta keluar dari kawasan pakir.
"D, kalau kau lambat balik rumah macam mana? Penang ni bukan dekat, kau pun tau tu. Tak kira lagi kalau jam nanti."
"Insyaallahh nothing happened okay? I'll make it as fast as lightning." Balas Diana terlebih yakin seperti baru sahaja beli 'confident' dari shopee.
Kereta mula dipandu laju.
°°°°°°°°°°°°°°
"Woah! Penat juga buat benda ni." Fahrain mengesat sisa air peluh yang ada di dahinya.
"Alah! Menipu betul la Tuan ni. Baru gantung dua tiga biji belon dah mengeluh." Ejek Nelly.
"Aipp! Potong elaun kang." Sakat Fahrain. Jari ditunding tanda ugut.
Dua orang rakan Nelly melambai lambai dari arah atas tangga memberi isyarat bahawa tugas mereka sudah selesai.
"Yooo, turun makan dulu kalau dah siap!" Jerit Nelly.
"Lajunya diorang buat kerja." Ujar Fahrain.
"Dah kerja diorang memang cepat laa. Kan saya dah cakap, diorang dah biasa pasang pasang benda macam ni." Balas Nelly.
Fahrain hanya mengangguk perlahan tanda setuju.
"Ah, awak pergilah join diorang makan. Let me put the last touch there." Pinta Fahrain.
"Okay, as you say boss!" Nelly mengangkat tabik kemudian lari ke arah dapur untuk makan.
Fahrain menaburkan sedikit kelopak bunga rose di atas lantai untuk sentuhan akhir. Senyuman lebar terukir di wajah Fahrain. Seyuman yang meletakkan seribu harapan yang tinggi terhadap kejutan yang telah dia sediakan.
"Dear harap sayang suka semua ni." Bisik hati Fahrain.
"Boss! Jom makan dulu! Later kita sambung!" Ajak Nelly.
YOU ARE READING
Takdir (Short Story)
RomanceCover yg lawa by @Writebyafiqa , anything just dm her!!! Diana mendekati Fahrain yang sedang senang menonton rancangan kegemarannya di ruang tamu. Keadaannya tenang tetapi suasana di ruang tamu itu agak sunyi. "You... Who's this?"- Diana Pertanyaan...