Beberapa hari sudahpun berlalu sejak Fahrain menandatangani perjanjiannya dengan Diana. Hujung bulan tahun itu Fahrain menetapkan tarikh dia dan Syazana untuk berkahwin. Sedikit pun dia tidak merasa bersalah dengan apa yang telah dia putuskan. Hatinya seperti sudah gelap dipenuhi dengan egonya sendiri.
Fahrain membetulkan tali lehernya di hadapan cermin sebelum bertolak ke tempat kerja. Matanya memandang ke arah refleksi Diana yang sedang duduk di hujung katil mereka.
"Dah banyak hari I tengok you tak pergi kerja. Dua minggu lebih juga. Tak kena marah ke?" Soal Fahrain.
"I dah berhenti."
"Hah? Berhenti?" Fahrain memusingkan badannya menghadap Diana.
"Huh... Baru sekarang you nak berhenti? Untuk apa? Nak pikat hati I? Nak buat I batalkan perkahwinan I dengan Syaz?" Soal Fahrain bertubi tubi.
"Tak terlintas pun di hati D nak halang hari kebahagiaan Dear. Buat apa? Bazir masa ja. D berhenti sebab nak biar Danial uruskan semua. Ayah pun suruh D rehat... Tak ada kena mengena dengan your wedding." Balas Diana dengan wajah yang polos.
Dia berhenti bukan kerana Fahrain. Tetapi dia sudah tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Ingatannya pun semakin lama semakin berkurang dan mudah lupa tentang sekecil kecil perkara yang seharusnya dia lakukan.
"So, you're not gonna do anything?" Soal Fahrain lagi.
"Yes... Plus, I agree that Dear perlu rasa bahagia yang Dear impikan selama ni. Kan?" Ujar Diana tenang.
"Sindir I ke?"
"Pfftt... For what? Bukan I dapat apa pun..." Diana bangun dari duduknya menuju ke arah Fahrain.
"I want you to be happy... If not with me.... With Syazana... I nak you rasa jadi seorang ayah... I nak you jadi seorang suami yang bahagia berada di sisi isterinya..." Diana membetulkan tali leher Fahrain lembut.
"Hati hati pergi kerja ya? Love you." Diana tersenyum kosong.
"Kalau you dah kata macam tu... Baik... As you wish Diana Farizal." Fahrain mengambil beg kerjanya dan berlalu pergi meninggalkan Diana.
Diana hanya membatukan dirinya di dalam bilik tersebut.
°°°°°°°°°°°°°°°°
Hari yang dinanti nantikan telahpun tiba. Hari di mana Fahrain akan dijodohkan bersama Syazana, wanita yang diimpikannya selama ini. Pernikahan itu dilangsungkan di rumah mereka. Ya, rumah Diana dan Fahrain. Diana sendiri yang mengalu alukan sekiranya majlis itu dilangsungkan dirumahnya. Dia juga tidak begitu larat untuk bergerak ke sana ke sini dengan keadaannya yang semakin hari semakin teruk.
Diana hanya menunggu di dalam bilik tetamu dengan mengenakan baju kurung berwarna putih. Dia tidak boleh lagi masuk ke dalam biliknya dan Fahrain memandangkan bilik itu sudah dihias cantik dan tidak lama lagi akan menerima penghuni baru.
"Sayang Mama Dhani... Hari ni Papa nikah... Tipulah kalau Mama cakap Mama tak cemburu sayang.... Mama cuma tak nak rosakkan kebahagiaan Papa lagi... Walaupun Mama rasa sunyi sekarang... Hidup Mama tak rasa kosong! Sebab Mama ada sayang Mama ni teman Mama haha." Diana mengusap perlahan perutnya.
"Mama?" Kedengaran suara Fahrain di muka pintu.
Diana terkejut lalu membangunkan wajahnya memandang Fahrain.
"Dear buat apa dekat sini." Soal Diana.
"What do you mean by Mama? Apa yang I tak tahu ni?" Fahrain melemparkan soalan kembali kepada Diana. Pintu bilik itu ditutup perlahan.
"I.."
"You pregnant? You pregnant dan tak bagitau I? How could you? Ini anak I tau yang you nak sorokkan sangat ni. Ke.... Anak orang lain? Zafran?"
YOU ARE READING
Takdir (Short Story)
RomanceCover yg lawa by @Writebyafiqa , anything just dm her!!! Diana mendekati Fahrain yang sedang senang menonton rancangan kegemarannya di ruang tamu. Keadaannya tenang tetapi suasana di ruang tamu itu agak sunyi. "You... Who's this?"- Diana Pertanyaan...