Takdir - 8

225 7 7
                                    

Diana perlahan lahan membuka matanya yang terasa berat. Kepalanya dipengang sakit.

"Ssstt... Sakitnya kepala..." Bisik Diana pada dirinya.

Seorang wanita dan seorang lelaki yang agak berusia mendekati perlahan Diana yang masih terbaring.

"Sayang Mama? Sayang Mama rasa macam mana sekarang?" Puan Meriam ibu kepada Diana menggenggam erat tangan Diana.

"Mama? Ayah pun ada?" Diana cuba membetulkan baringnya untuk duduk menghadap ibu bapanya.

"Sayang... Mastura dah certa semuanya pada Mama dan Ayah... Kami tak sangka Fahrain sanggup buat macam tu sayang.... Mama... Mama tak tahu Diana kena berhadapan dengan perkara macam ni... Maafkan Mama sayang sebab kurang bertanya tentang keadaan Diana.... Maafkan Mama sayang." Puan Meriam mencium lembut tangan Diana.

"Mas cerita semua?" Diana tertumpu kepada Mastura yang berdiri di hujung katilnya.

"Aku terpaksa D... Aku tak boleh nak tipu diorang dah... Maaf.." Mastura merasa bersalah.

"Kalau Ayah tau macam ni sekali dia buat anak Ayah.... Dah lama Ayah berdepan dengan dia... Ajar dia apa erti hidup!" Tegas Encik Farizal bengang. Tangan Encik Farizal disentuh perlahan Diana.

"Ayah... It's okay... Salah D juga sebab tak jalankan tanggungjawab yang baik untuk Fahrain... D... D nak dia bahagia... D tak nak dia hadap orang yang hidup lagi beberapa hari macam D ni." Diana balas sayu.

"Huh? What do you mean my dear?" Soal Encik Farizal.

"Bukan ke Mas..." Diana memandang tepat ke wajah Mastura dengan wajah yang hairan.

"Erm... Aku... Aku keluar dulu." Mastura cuba untuk mengelak dari dimarahi dengan keluar dari bilik tersebut. Dia hanya membuka cerita tentang perbuatan Fahrain dan tidak membabitkan walau sedikit tentang sakit yang dihadapi Diana kerana dia sudah berjanji. Namun Diana sendiri sudah membuka rahsianya.

"Apa yang D cakap ni? Kenapa dengar pelik sangat ni? Apa yang D rahsiakan dari Mama Ayah?" Soal Puan Meriam.

"D... D sebenarnya ada cancer..." Balas Diana teragak agak.

"C-cancer? What cancer?" Encik Farizal terkejut.

"Brain cancer..." Diana mengangkat wajahnya yang sudah basah dengan air mata memandang wajah Encik Farizal.

"Ya Allah Diana.... Kenapa kamu sorokkan benda serius macam ni?" Nada suara Puan Meriam agak kedengaran marah tetapi sebenarnya dia risau dan agak kecewa kerana Diana sanggup menyembunyikan tentang perkara sebegini.

"Semua ni salah Ayah.... Ayah terlalu berkeras dengan D... Ayah... Ayah tak sepatutnya paksa D untuk berusaha keras demi syarikat kita.... Ayah boleh je minta tolong Danial.... Tapi tak, Ayah tetap nak susahkan D... Maafkan Ayah D... Ya Allah Ayah jenis apa aku ni?" Encik Farizal mula menangis teresak esak.

"Mama, Ayah janganlah macam ni.... Kalau Mama dengan Ayah sedih macam ni, sapa nak jadi pendukung semangat D dengan anak ni?" Diana mengusap perlahan perutnya.

"Anak? D mengandung ke? Serious D?" Puan Meriam teruja.

"Ya Ma.... D pregnant.... Dah enam bulan dah baby ni...." Diana mengambil tangan ayah dan ibunya lalu menekapkan tapak tangan mereka ke perutnya.

"Boleh rasa baby gerak tak?" Diana tersenyum lebar.

Encik Farizal hanya mengangguk sambil tersenyum gembira.

"Mama rasa sayang.... Masyaallah..." Ucap Puan Meriam bahagia.

Tangan mereka dilepaskan.

"Tapi sebenarnya.... Doktor tak sarankan untuk D simpan baby ni... D dah tak boleh nak buat rawatan chemo lagi... D hanya boleh bergantung harap pada ubat ja sekarang..... D tak nak hilang baby ni... Ni ja satu satunya harapan untuk D teruskan hidup sekarang." Ujarnya pilu.

"D... Apa pun yang jadi, Ayah dan Mama will always be there for you okay? Kami takkan abaikan D lagi... Mulai hari ni no secret between us lagi... Please... Jangan ada rahsia lain dah..." Encik Farizal mengusap manja kepala anaknya.

Diana hanya mengangguk faham.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Fahrain pulang dengan wajah yang agak teruk dipukul Zafran. Walaupun hanya dua pukulan yang dikenakan namun, pukulan itu adalah hasil daripada perasaan yang sudah lama dipendam. Fahrain menuju ke ruang tamu lalu berbaring di atas sofa.

"Tak guna betul... Habis modal aku macam ni.... Kuat juga dia pukul aku. Ahhh siot!" Wajahnya diusap perlahan. Masih terasa pedihnya dipukul Zafran walaupun Nelly sudah merawatnya dengan meletakkan ubat pada luka di wajah Fahrain.

"Dear dah balik?" Ujar Diana yang menuruni tangga. "Soalan apa dia tanya ni? Buta ke?" Gerutu hati Fahrain diiringi wajah yang sinis.

"Habistu takkan hantu raya pula yang baring dekat sini. Tanya soalan mengarut." Balas Fahrain.

"Dear nak makan apa apa? Tadi Mama ada datang hantarkan lauk sikit. Rindu katanya... Ada lagi lauk dalam peti ais kalau Dear nak."

"No thanks... Owh by the way... Mama datang kan? Tak mengadu dekat dia macam you mengadu dekat Mastura ke?" Sindir Fahrain.

"Mengadu? Fasal apa?"

"About me. About Syazana." Fahrain bangun dari sofa lalu mendekati Diana yang masih berdiri di hadapan tangga.

"Tengok muka I ni betul betul. Nampak kan? Satu kawan you lempang muka I depan Syaz. She almost ruined our date! Nasib baik Syaz masih relax and cuba untuk tenangkan I... Kalau tak, memang kena perempuan tu." Ujarnya geram.

Diana hanya tergamam melihat wajah suaminya.

"Dua, your boyfriend tumbuk muka I... Kononnya sedih lah girlfriend kesayangan dia ni diduakan. HAHA! Maybe dia ingat I akan ceraikan you lepas I kahwin dengan Syazana." Seloroh Fahrain tanpa rasa bersalah.

"What?! Kahwin? No... D tak izinkan Dear madukan D... D takkan berdiam diri untuk ni." Bentak Diana.

"What you gonna do anyway?" Soal Fahrain sinis.

"Jangan lupa Dear.... Even though talak tu ada pada you ... Kalau you nak kahwin lain you still kena minta izin I... I tak rela bermadukan orang macam dia." Diana membalas dengan nada suara yang agak marah.

"Kalau I nak kahwin jugak?"

"Then you need to follow my rules." Balas Diana.

Fahrain mengerutkan dahinya.

"What rules?" Soal Fahrain.

"Kalau Dear nak sangat kahwin dengan Syazana.... Then... Sebaik sahaja akad dilafazkan, I nak Dear lepaskan I... Dengan talak tiga." Ujar Diana tenang.

"Are you out of your mind?" Fahrain agak terkejut mendengar kata kata yang keluar dari mulut Diana. Dia seperti melihat Diana dengan versi yang baharu. Wajah Diana ditenung lama sebelum dia kembali membalas pernyataan Diana.

"Alright. Deal." Fahrain tersenyum nipis.

"Dear masih nak kahwin dengan perempuan tu? You choose her than me? So betul la... Dear memang dah tak sayangkan I?" Diana kecewa.

"Hati I dah cukup rapuh untuk you Diana Farizal.... I can't stand with you anymore... I realized that... I need to be happy." Jelas Fahrain.

Runtuh hati Diana dengan jawapan yang diberikan oleh Fahrain. Hatinya menangis meronta ronta kesakitan tetapi matanya masih bertahan untuk tidak menitiskan air mata. Tidak untuk kali ini.

"Alright... D akan bawa lawyer esok untuk Dear sign perjanjian kita okay? Thanks." Diana mengusap sekilas lengan Fahrain sebelum kembali ke biliknya.

Takdir (Short Story)Where stories live. Discover now