Takdir - 7

206 6 1
                                    

Semalaman Diana terbaring di atas lantai bilik yang sejuk. Tidak ada sesiapa pun yang mendukungnya ke katil. Tangannya meraba lantai yang sejuk mencari telefon miliknya. Telefon dipegang dan dihidupkan bagi melihat jam berapa pada waktu itu.

"Baru pukul 6 rupanya." Diana mulai bangun dari lantai. Matanya meliar mencari bayang Fahrain yang tidak kelihatan.

Perlahan Diana mengagahkan dirinya yang merasa agak lemah untuk turun ke bawah.

"Tak balik lagi rupanya.... Nampaknya memang... Memang dia anggap rumah ni macam hotel ja... Habis aku? Aku ni apa?" Gerutu hati Diana dibuatnya.

Dirinya terkaku di tengah tengah ruang rumah itu. Dirinya rasa kosong.

"Baik aku solat dulu." Diana kembali ke biliknya.

Selesai sahaja menunaikan solat Subuh, Diana bersiap untuk ke tempat kerja bagi melunaskan tugasnya yang beberapa hari sudah tertangguh.

Setibanya Diana di pejabat, dia terus melihat segala kerja yang ada di atas mejanya. Diana duduk di atas kerusi dengan mulut yang dicebikkan tidak puas hati.

"Uish banyak betul nak kena belek ni. Mas scam aku rupanya. Kata tolong sikit sikit." Diana membuat riak wajah tidak puas hati.

Pen yang ada di atas meja Diana pegang untuk mula melaksanakan tugasnya. Secara tiba tiba pen yang dia pegang terlepas dari genggaman. Diana agak keliru dengan apa yanh sedang berlaku. Dia mencuba sekali lagi untuk menggenggam kuat pen tersebut namun jari jemarinya secara tiba tiba menjadi lemah. Diana keliru. Dia bangun dari tempat duduknya terkejut.

'TOK TOK TOK' Pintu bilik diketuk.

"Welcome back sayangggg!!! Rindu kau!" Mastura berlari ceria memeluk Diana. Diana menolak perlahan Mastura.

"Kenapa ni?" Soal Mastura risau.

"Mas... Aku... Aku tak boleh pegang pen tu Mas... Cuba kau pegang pen tu." Terketar ketar suara Diana menyuruh Mastura berbuat demikian.

"Apa? Okay je aku pegang. Nah." Mastura memberikan pen tersebut kepada Diana dengan mengambil tangannya dan memaksa tangan Diana menggenggamnya.

Pen tersebut terlepas dari tangan Diana.

"Aku tak rasa pen tu Mas.... A-aku tak boleh nak pegang apa apa.... T-tangan aku lemah...." Diana memandang Mastura dengan riak wajah yang cemas.

"D? Hidung kau.... D-darah D..."

Diana menyapu bawah hidungnya menggunakan jari jemarinya. Titisan darah yang mengalir perlahan turun dari hidungnya.

"D?" Mastura mula cemas.

Diana seperti hilang keseimbangan. Serta merta tubuhnya merebah ke lantai. Mujur Mastura ada di situ sempat menyambut Diana ke dalam pangkuannya.

"D? Ya Allah D bangun please jangan buat aku macam ni D... Jangan uji aku macam ni... Aku tak suka kau gurau macam ni D.... Bangun!" Mastura menggoncangkan tubuh Diana dengan kuat.

Diana tidak memberikan apa apa reaksi dan hanya terkaku di dalam pelukan Mastura.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Zafran terkejut melihat Fahrain yang sedang nyenyak tidur di sofa bilik pejabatnya sebaik sahaja Zafran membuka pintu bilik tersebut. Niatnya hanya untuk menutup lampu bilik tersebut tetapi ada orang rupanya. Zafran mendekati Fahrain yang masih tidur mati.

"Rain... Rain... Bangun woi.... Pukul 8:30 dah gila. Bangun... Nanti orang nampak kau tidur sini." Zafran menepuk nepuk bahu Fahrain untuk mengejutkannya.

"Sayang please bagi Dear tidur lagi beberapa minit je.... Nanti I bangun okay?" Fahrain membalas tanpa memandang siapa yang mengejutkannya. Lengannya masih menutup wajahnya.

Zafran terkejut. Agak mengelikan baginya mendengar perkataan tersebut keluar dari mulut Fahrain.

"Woi! Ni aku lah! Zaf! Gila ke sayang sayang?!" Marah Zafran.

Fahrain tersedar lalu membetulkan kedudukannya laju untuk duduk berhadapan Zafran.

"Ah Zaf... Kau b-buat apa dalam bilik aku ni?" Soal Fahrain janggal.

"Apa aku buat? Kau tu buat apa tidur sini? Memang kau tidur sini ke semalam?" Zafran duduk di sofa bahagian merehatkan tangan.

"Ha ye... Aku tidur sini semalam." Fahrain bermain main dengan tangannya.

"Kau tak balik rumah langsung?"

"Tak... Aku menyampah." Ujar Fahrain bersahaja tanpa memandang Zafran.

"Menyampah? Dengan Diana?" Soal Zafran terkejut.

"Maybe?" Balas Fahrain pendek.

"Apa yang kau cuba cakap sebenarnya ni?"

"Apa aku cuba cakap? Apa kau cuba cakap? Apa fasal kau kisah sangat dengan Diana? Dari haritu lagi cuba sangat nak tunjukkan Diana ke-be-na-ran? Kau nak bini aku ke?" Fahrain bangun dari duduknya dan merenung tepat ke wajah Zafran.

Zafran hanya mendiamkan dirinya.

Fahrain menolak bahu Zafran.

"Aku tanya ni kan? Kau nak bini aku ke?" Fahrain kedengaran sedikit berang.

Zafran turut bangun.

"Kalau aku cakap ya? Kalau aku cakap Diana should be with me bukan orang tak guna macam kau macam mana? Kau nak buat apa?" Zafran berbalas ayat. Kata kata Zafran yang agak kasar membuatkan Fahrain memulakan tindakan untuk memukul wajah Zafran namun tidak berjaya. Sebaliknya Zafran membalas dengan pukulan buku lima yang tepat ke wajah Fahrain dengan perasaan yang penuh dengan rasa bengang atas apa yang telah Fahrain lakukan kepada Diana.

Fahrain menyembah ke lantai.

"Aku dah cukup sabar dengan kau Fahrain. Aku tak sangka kau sekejam ni. Kau boleh biarkan Diana sorang dekat rumah while semalam kau sempat ajak Syazana kahwin?" Bentak Zafran.

Fahrain memegang rahang wajahnya yang sakit.

"Ya memang... Memang aku suka Diana dari dulu lagi since dekat Uni but dia tak nampak aku... Instead dia nampak orang tak guna, selfish macam kau!" Jerkah Zafran sesungguhnya.

"Patut la bersungguh sangat nak aku cerai perempuan tu... Kau nak rupanya? Kau nak bekas aku? HAHA!" Fahrain cuba untuk mengganggu fikiran Zafran.

Zafran mencekak kolar baju Fahrain yang masih terduduk kesakitan di lantai.

"Perempuan yang kau cakap tu bini kau sendiri lah gila! Apa setan yang masuk dalam badan kau sampai kau jadi musibat macam ni sekali ha?! Diana tu dah cukup baik untuk kau tapi disebabkan salah dia yang sekecil kuman tu kau nak mainkan dia macam ni? Kau ni manusia ke binatang ha?!!!" Satu lagi tumbukkan singgah ke wajah Fahrain menyebabkan Fahrain terbaring.

Zafran melepaskan kolar baju Fahrain.

"Aku tak guna nak debik kau lebih lebih Rain... Kau kawan baik aku.... Kau suami Diana... Tapi untuk hari ini dan saat ini, kau jangan anggap kau kenal aku lagi Rain... Aku tak nak bersahabat dengan jantan dayus macam kau." Zafran melangkah tubuh Fahrain sebelum keluar dari bilik tersebut dengan perasaan yang kecewa. Walaupun dia jujur akan perasaannya terhadap Diana, namun perasaan itu sudah lama padam sejak Diana menjadi milik Fahrain. Tetapi dengan perbuatan Fahrain sebegini, dia tidak mampu lagi menahan amarahnya.

"Zaf? What's happened?" Soal Nelly sebaik sahaja Zafran berada di muka pintu bilik Fahrain.

"Aku dah tak tahan Nelly. Kau tengok ah apa jadi dengan boss kesayangan kau yang baik macam malaikat tu." Zafran berlalu pergi sebaik sahaja menjelaskan apa yang berlaku.

Nelly dengan pantas masuk ke dalam bilik Fahrain untuk memeriksa keadaannya.

Takdir (Short Story)Where stories live. Discover now