Menjelang waktu pagi, Fahrain menyiapkan dirinya untuk ke tempat kerja tanpa mengejutkan Diana yang sudah tertidur di hadapan pintu bilik tetamu. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut untuk mendapatkan bajunya yang ada di dalam bilik mereka pun Fahrain hanya melangkah sahaja tubuh Diana yang terkaku di hadapan bilik seperti Diana bukan siapa siapa baginya.
Fahrain merenung Diana seketika sebelum dia mula menuruni tangga yang dipenuhi kelopak bunga mawar.
"Dear?" Panggil Diana. Tubuh Fahrain kaku berdiri di atas anak tangga rumah banglo itu.
"What do you want?." Soal Fahrain tanpa menoleh.
"Kenapa tak kejutkan I subuh? Tak ajak I jemaah pun...." Soal Diana sayu.
Fahrain menggelengkan kepala perlahan dan menuruni tangga dengan laju.
"Dear wait! Wait! Please wait!" Diana bangun cuba mendapatkan Fahrain.
Setibanya Fahrain di hadapan pintu rumah, lengannya digenggam erat Diana.
"Please maafkan I... I sedar yang kita tak ada anak sebab I... Salah I.... Please jangan dingin dengan I macam ni Dear.... I need you.... I really need you..." Rayu Diana.
"Tolong lepaskan I. I dah lambat nak pergi kerja." Fahrain cuba untuk meleraikan pelukan Diana namun tidak berjaya.
"Please Dear.... Please don't do this to me.... I janji I'll be better! Please..." Diana merayu lagi. Air matanya membasahi coat hitam milik Fahrain.
"I tak nak berkasar dengan you Diana... But you yang paksa I." Fahrain menepis keras tubuh Diana hingga menyembah ke lantai.
Tindakannya membuatkan Diana terpaku.
Fahrain keluar dari rumah dengan hati yang terluka tanpa menghiraukan apa yang telah dia lakukan kepada Diana sebentar tadi.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Fahrian mengurut kepalanya yang pening sambil duduk tenang sendirian di bilik pejabatnya.
"Kenapalah aku kena hadap semua ni? Astagfirullahhalazim." Adu Fahrain.
'TOK TOK TOK' Pintu bilik Fahrain diketuk.
"Tuan?" Panggil Nelly.
"What do you want Nelly? Saya dah cakap kan saya tak nak jumpa sapa sapa harini. Im not feeling well." Balas Fahrain tegas.
"Ermm... It's miss Syazana." Ujar Nelly.
"With Dato' Syaufiq ke?" Fahrain mengerutkan dahinya memandang Nelly.
"No... Just her... Alone." Ujar Nelly.
"Apa sebab dia nak jumpa saya? Umph nevermind... Bagi dia masuk." Balas Fahrain sambil mengurut kepalanya.
"Hai... If you don't mind may I have a seat?" Soal Syazana.
"Sure." Balas Fahrain.
"Well saya datang ni sebab Dad suruh saya berikan kad kahwin my brother next week. We really hope you and your wife will be there." Syazana tersenyum manis.
Fahrain hanya mengangguk dan mengambil kad yang dihulurkan kepadanya.
"Fahrain? Are you okay?" Soal Syazana risau.
"Im fine. Ada apa apa lagi ke? Kalau tak jom saya hantar awak ke pintu." Balas Fahrain dengan senyuman.
"Okay!" Syazana bangun dari duduknya.
Mereka berjalan bersama sama ke pintu. Tiba tiba Fahrain rebah ke lantai.
"Ya Allah! Nelly! Nelly!" Jerit Syazana.
"Yes?! Oh no! Wait, I'll get my friend." Nelly berlari keluar.
Kepala Fahrain, Syazana letakkan di atas ribanya.
"Fahrain? Fahrain? Wake up!" Syazana cuba untuk kejutkan Fahrain.
Nelly kemudiannya tiba bersama seorang lagi pekerja yang ada di situ.
"Biar saya angkat dia." Ujar Zafran sambil mengangkat Fahrain keluar dari bilik tersebut.
"Biar saya ikut sekali ya?" Pinya Syazana.
"Okay, sure..." Balas Nelly dengan keadaan yang cemas.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Diana menangis teresak esak di atas riba Mastura. Air matanya membasahi skirt milik Mastura.
"D, kau janganlah menangis macam ni. Tak elok.... Kau kena sabar okay? Aku tau kau sedih but ini bukan jalannya. Dengan kau menangis macam ni sampai bila pun benda takkan selesai." Pujuk Mastura.
"Aku dah merayu dekat dia Mas.... Aku peluk dia... Dia tolak aku kasar... Dia tak pernah buat aku macam tu... Aku sedih sangat...." Diana mengadu.
"Ye aku tau... But kau tak bolehlah macam ni. Kau kena cuba pujuk dia lagi okay? Try untuk buat apa yang dia suka." Mastura mengusap perlahan kepala Diana.
"Jam tangan yang aku beli dekat dia semalam pun dia tak nak! Aku rasa dia dah benci aku lah Mas.... Dia dah benci aku...." Diana menangis dengan lebih parah.
"Shushh shushhh.... Kau overthinking je D.... Bagi dia masa okay? Insyaallahh dia baik nanti dia pakai jam tu." Mastura menggosok bahu Diana.
Diana secara tiba tiba membangunkan kepalanya dari riba Mastura.
"Macam mana kalau dia ada perempuan lain? Macam mana kalau dia ceraikan aku?" Soal Diana.
"Hey hey, tak nak cakap macam tu... He won't okay? Kau lebih kenal dia dari aku... No need to think like this... It's not good. Dah dah, aku tak suka tengok kawan baik aku menangis macam ni. Buruk lah." Pujuk Mastura lagi.
Air mata Diana diusap perlahan oleh Mastura.
"Meh sini let me hug you tight." Mastura mendepakan tangannya.
Diana menyambut pelukan Mastura dan memeluknya erat.
"Don't be sad okay? Jom tolong aku kemaskan rumah kau ni." Ajak Mastura.
Diana hanya mengangguk tersenyum.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Terima kasih sebab tolong saya. Kalau tak ada awak mungkin saya terkaku je dalam bilik tu sampai orang jenguk saya." Fahrain tersenyum pada Syazana.
"Saya tak tolong banyak pun, just temankan aja. Yang banyak tolong tu, Nelly dengan Zafran." Balas Syazana menunding ke arah Nelly dan Zafran yang berdiri jauh beberapa langkah dari mereka.
"Apa pun kalau tak ada awak diorang pun takkan tahu apa jadi pada saya." Ujar Fahrain.
"Yelah yelah... Up to you lah Mister Fahrain. Apa pun dengar nasihat doktor ya? Jangan skip makan. Awak tu bukan kena diet pun... Badan dah sado, fit macam ni tak payah nak cut makan. Lainlah saya yang makin berisi ni Haha." Gurau Syazana.
"Haha, ada ada ja awak ni. Ye, saya akan dengar cakap doktor. Ubat ni pula nak kena habiskan aaahhh." Fahrain mengeluh.
"Haha, makan ubat pun mengeluh. Dah, apa kata kita pergi makan dulu? Lagipun sebelum makan ubat kena isi perut kan? Saya belanja." Syazana melemparkan senyuman yang manis.
"Boleh juga, ni pun dah nak masuk lunch. Orang dah nak belanja takkan kita nak tolak kan?" Fahrain membalas dengan senyuman yang sama.
Mereka berjalan bersama sama menuju ke arah kedai makan yang berdekatan. Sementara itu Zafran dan Nelly sedang sibuk mengutuk dari belakang.
"Aku pun perasan sangat yang dia tu acah caring gila dengan Tuan Fahrain kau tu." Zafran menunjukkan riak wajah menyampah.
"Itulah, meluatnyaaaaaa. Macam la dia tak tahu Tuan Fahrain tu suami orang. I ingat lagi haritu bapak dia ada sebut fasal tambah quota! Mesti ada apa apa ni." Nelly menambah.
"Serious lah?! Ish tak boleh jadi.... Apa apa yang teruk nanti kita kena bagitau Puan Diana kau. Sekarang kita just kena perhatikan diorang ja.
Nelly mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Takdir (Short Story)
RomanceCover yg lawa by @Writebyafiqa , anything just dm her!!! Diana mendekati Fahrain yang sedang senang menonton rancangan kegemarannya di ruang tamu. Keadaannya tenang tetapi suasana di ruang tamu itu agak sunyi. "You... Who's this?"- Diana Pertanyaan...