"kau buat apa kat sini?! gi balik lah! dah malam!" Mia halau Harraz keluar dari rumah.Yelah!buat apa kat rumah anak dara malam2."aku cuma datang sebab nak hantar barang kau,adik aku suruh aku hantar"
"oh yeke?terima kasih" Balas Mia.Pipinya kemerahan menunjukkan yang dia malu kerana tidak mendengar kata Harraz. "dah gi balik!" kemudian Mia menutup pintu rumahnya.Harraz tergelak kecil dan menggeleng kepalanya."comel"
Keesokkan harinya,Mia pergi ke kelasnya seperti biasa,dan dia melihat Harraz memasuki dewan itu semula 'Dia mesti nak pergi jumpa awek dia' Mia berkata di dalam hatinya lalu masuk kedalam dewan itu.
Mia berjalan kearah tempat duduknya lalu duduk.Mia mengeluarkan assignment dia dan buat.Tiba2 dia merasa seperti seseorang memerhatinya dari jauh.Mia melihat disampingnya dan Harraz sedang memerhatinya dari jauh. 'Dia ni lagi! pleaseee lah jangan pandang! sakit hati aku!'
Mia mengalihkan pandangannya dan teruskan membuat assignmentnya yang belum siap sepenuhnya.Tiba-Tiba...
"Bhaaa!!" Laila membuat kejutan dari belakang."Arhhh!! aishh kau ni! kau nak jantung aku ni tercabut ke??" Balas Mia. "ehhh?? macam lah kau tak kenal aku" Mia mencebik setelah mendengar kata Mia.
"Weyyy!" Jerit Laila. "Apa dia Laila?" "Abang aku tengok kau dowh!" Balas Laila. wait...what?! pandang?! Aku?! Mesti tipu ni! "Mana ada! kau tipu aku eh??" Balas Mia. "aku tak tipu kau!"Balas Laila "Maybe dia pandang yang ada kat belakang aku" Balas Mia.
Mia pusing kebelakang dan...Laila betul! Harraz sedang memandang Mia dari jauh! Mia terkejut. 'janganlah pandang aku!... Tak! Kalau aku pandang dia...dia pandang aku balik jadi...ku jangan pandang dia! Mia memandang Laila kembali...
TENGKU HARRAZ ALEXANDER♡MIA ZULAIKHA
Selepas habis waktu pelajaran...Mia segera mengemas barang2 itu dan berjalan keluar. Mia pun berjalan ke kedai sebelum pergi ke rumah sewanya. Macam biasa!Mia membeli onigiri dan juga air coklat kemudian dia lalu ke kaunter.
Tiba2 dia ternampak Harraz bersama Lia didalam kedai. Mia menjeling lalu membayar makanan tersebut.Setelah selesai membayar,Mia berjalan ke rumah sewa tetapi langkahnya berhenti apabila dia mendengar seseorang memanggil namanya dari belakang.
Mia pusing kebelakang dan Mia terkejut apabila dia melihat Harraz yang berada dibelakang dia. "bukan tadi aku nampak kau dengan awek kau ke tadi?" Tanya Mia. "Aku hantar awek aku balik tadi" Balas Harraz.
"ok dah la,aku nak balik dulu" belum sempat Mia berjalan jauh dari dia,Harraz sudah memegang tangan Mia. "kenapa beberapa hari sebelum ni,kau macam...jauhkan diri dari aku?" Tanya Harraz.
Pertanyaan Harraz sudah membuat Mia beku. "S-suka hati aku lah!" Balas Mia."Orang takkan palau kalau tak buat salah" Balas Harraz.Mia membeku apabila Harraz berkata begitu.Mia menarik tangannya lalu berjalan pantas.Jauh dari Harraz.
TENGKU HARRAZ ALEXANDER♡MIA ZULAIKHA
Pada waktu malam...Mia baru selepas mandi dan memakai baju lalu Mia pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Tiba-tiba...Mia terdengar bunyi loceng. "kejap!" Mia memakai tudung sarung dan berjalan kearah pintu. Mia membuka pintu dan...
Laila berada di luar bersama Harraz?!. "Laila! buat apa kat sini?" Tanya Mia. "Aku datang sini sebab nak jumpa kau!" Balas Laila. "Tapi...kenapa kau bawak abang kau sekali?" "abang aku yang nak ikut bukan aku yang paksa" Balas Laila. Mia memandang Harraz dan Harraz tersenyum.Mia menjeling Harraz lalu memandang Laila. "dah masuk,sejuk kat luar ni"
Laila dan Harraz masuk kedalam dan duduk di sofa. Mia duduk disebelah Laila. "korang buat apa kat sini?" Tanya Mia. "aku just teman abang aku pergi jumpa awek dia pastu aku teringat yang kau tinggal kat sini jugak" Mia terdiam.
"Mia? Mia? Mia!!" Jerit Laila. Mia sedar dari termenung "kenapa?" "kau dah kenapa?" Tanya Laila. "sorry2 otak aku melayang,tunggu jap eh aku nak gi bilik aku sat" Mia bangun dan jalan kearah biliknya. Laila pun mengetuk pintu. "Mia... sorry! aku lupa yang kau nak move on!"
"Aku ok lah!" Jerit Mia tiba-tiba muncul suara yang amat dikenalinya "Mia..." Mia terus pusing kepalanya ke pintu itu. "Kau pernah suka aku ke?" Tanya Harraz. Soalan Harraz telah membuat Mia terkedu
"M-macam mana kau tau aku pernah suka kau?" Tanya Mia. "Adik aku bagitahu aku" Balas Harraz
'kurang asam punya Laila! aku suruh simpan rahsia kan dah kantoi! Nasib baik aku nak uncrush dia'
"Aku PERNAH suka kau,aku dah move on" Balas Mia.Harraz terdiam lalu tersenyum "kau comel bila kau cakap macam gitu" Kata Harraz. "Cukup dengan kau punya ayat buaya kau tu,dah muak!" Mia membuka pintu biliknya dan jalan melepasi Harraz. Mia melihat jam di telefonnya. "Kul 10p.m.! dah pergi balik! esok ada kelas!" Kata Mia.
"Alahh takleh stay ke kat sini?" Tanya Laila. "Boleh tapi bawak baju tak?" Laila memikir sebelum menjawab soalan Mia "Tak..." Balas Laila. "Dah gi balik" "Takleh pinjam baju kau ke?" Tanya Laila. "Boleh tapi abang kau macam mana?" Tanya Mia. "kau takde baju ayah kau ke?" "Ada" Balas Mia
"Mantappp!" "Dah gi mandi" Mia memberi tuala dan baju tidur pada Laila. Lalu Mia memberi tuala dan baju tidur kepada Harraz dan pergi secepat yang mungkin. 15 minit kemudian... Mereka berdua pun selesai mandi
"korang nak makan apa-apa tak? aku masak kan" Tanya Mia. "boleh lah" Balas Mia,Harraz cuma mengangguk. Kemudian Mia pun pergi ke dapur dan masak nasi goreng. Setelah siap,Mia menghidang nasi goreng,Laila dan Harraz pun datang. "sedapnya bauuu" Kata Laila.
Harraz hanya tersenyum kepada adiknya. Mia melihat muka Harraz lalu memandang Laila semula. "dah siap makan,letak je pinggan dalam singki" Kata Mia sebelum berjalan ke ruang tamu.5 minit kemudian...
Laila dan Harraz datang ke ruang tamu dan duduk di sofa. "tengah tengok apa tuu?" Tanya Laila. "Tengah tengok K-drama ni" Balas Mia. "Tajuk?" Tanya Laila. "Fairy weight-lifting Kim Bok Joo"
Balas Mia. "uishh peminat k-drama sejati eh" Kata Laila lalu mereka gelak dan! tanpa mereka berdua sedar yang Harraz ada di situ.Mereka bertiga sambung menonton drama itu sampai pukul 1 pagi.Laila sudah mengantuk begitu juga dengan Mia. Harraz hanya memandang mereka menguap. "gi le tido,dah pukul 1 a.m. dah ni" Kata Harraz. Mia mengangguk lalu menutup tv itu.
"dah le gi tido selamat malam btw bilik kau belah kanan" Kata Mia. "ok! Selamat malam Mia!" Balas Laila sebelum dia masuk ke dalam bilik. "dan bilik kau sebelah bilik Laila" Kata Mia. "ok Mia terima kasih dan selamat malam" balas Harraz.Dia tersenyum lalu masuk ke dalam bilik "selamat malam"
YOU ARE READING
Right Love,Wrong Time(OG)
Roman d'amour•••••••••••••☆𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓗𝓪𝓻𝓻𝓪𝔃 𝓐𝓵𝓮𝔁𝓪𝓷𝓭𝓮𝓻♡𝓜𝓲𝓪 𝓩𝓾𝓵𝓪𝓲𝓴𝓱𝓪☆••••••••••••••• Pertemuan pertama mereka berdua agak rumit kerana lelaki yang dicintai oleh sang wanita itu sudah mempunyai teman wanita "Kalau Kau kesini nak jumpa a...