BAB 13

720 57 7
                                    

ANGIN pantai menampar lembut wajah Elhan. Sesekali bibirnya tersenyum nipis saat melihat pemandangan indah di hadapannya. Jam yang terlilit di tangan di tilik. Sudah pukul 5 suku. Hampir 15 minit Elhan menanti kedatangan Humra tetapi kelibat gadis itu belum kelihatan. Hampir seminggu mereka tidak berjumpa setelah lamaran darinya di  tolak gadis itu. Elhan sendiri tidak tahu mengapa gadis itu mahu berjumpa dengannya hari ini di pantai. Gadis itu sendiri yang menghantar pesanan kepadanya yang gadis itu mahu berjumpa dengannya. Elhan tanpa banyak soal terus bersetuju.

Selepas solat asar tadi, dia terus datang ke sini. Gadis itu berjanji dengannya mahu berjumpa selepas asar.

Mata Elhan kembali memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. Sungguh indah ciptaan Tuhan, lautan biru nyiur melambai. Ombak menderu memukul pantai, hati yang resah menjadi damai. Deruan ombak menenangkan jiwanya.

"Han." Elhan perpaling ke belakang saat namanya di seru.

"Sampai pun kau. Ingatkan kau tak jadi datang," ujar Elhan saat terpandang wajah Humra. Dia kembali menghadap laut.

Humra berdiri di sebelah Elhan. Masih ada jarak di antara mereka. "Sorry terlabat sikit. Saya tunggu kak Jiha datang rumah tadi untuk teman mama saya," jelas Humra. Elhan angguk tanda faham.

"Mama kau macam mana? Sihat?" soal Elhan ingin tahu.

"Syukur Alhamdulillah... masih bertahan." Humra hanya tersenyum pahit.

Elhan terdiam. Wajah gadis itu, dia tatap penuh kasih. Humra turut memandang Elhan. Mata mereka bertaut tapi hanya seketika apabila Humra dengan laju berpaling ke arah lain. Irama jantungnya tidak sekata saat anak mata mereka bertaut.

Elhan sembunyi senyuman saat melihat wajah kemerahan gadis itu. Setelah dengupan jantung Humra sekata. Baru dia kembali memandang Elhan. Ada sesuatu benda yang dia mahu berikan kepada lelaki itu.

"Boleh tak kita duduk?" pinta Humra. Dia mahu duduk kerana kakinya sudah mula lenguh.

"Hmm, duduklah."

Elhan membuka kedua belah selipar yang di pakainya. "Duduklah atas selipar aku tu," arah Elhan lalu kedua belah selipar di ambil lalu di susun agar di jadikan alat pelapik.

Humra kerut kening. "Tak payahlah, awak duduk je atas selipar awak tu." Humra menolak. Pantas dia membuka kedua belah sandal yang di gunanya untuk di jadikan pelapik tetapi di halang lelaki itu.

"Duduk jelah Mawar. Aku duduk atas pasir tu je. Kau tak payah buka selipar kau."

"Tapi-"

"Tak ada tapi tapi. Ikut je arahan aku."

Elhan segera duduk di atas pasir tanpa berlapik. Humra tiada kuasa lagi mahu menolak. Dia akur dengan arahan Elhan lalu dia duduk di atas selipar milik lelaki itu. Bibir melorek senyuman nipis. Terharu dengan tindakan lelaki itu.

"Kau ajak aku berjumpa ni ada apa?" soal Elhan tanpa basa basi.

Humra senyum saat mendengar soalan dari lelaki itu. "Sekejap," pintanya lalu mengambil sesuatu di dalam beg tangan miliknya. Sehelai kertas di keluarkan dari beg tangan. Kertas itu dia hulur dekat lelaki itu. Kertas yang pernah Elhan berikan dekat dia. Dia pulangkan kembali. Jawapan yang lelaki itu mahukan, dia sudah berikan.

Kening Elhan bertaut saat gadis itu menghulur sekeping kertas kepadanya. Kertas  yang pernah dia berikan dekat gadis itu. Tanpa banyak soal, dia terus membaca isi kandungan yang ada di dalam kertas itu. Melekung bibirnya saat membaca kertas tersebut. Wajah bersih gadis itu di pandang dengan pandangan tidak percaya. Tidak percaya akan jawapan yang gadis itu berikan untuknya. "Kau yakin Mawar? Kau tak main-mainkan?" soal Elhan tidak percaya. Wajah bersih gadis itu di pandang redup. Dia mahukan jawapan dari mulut gadis itu sendiri.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now