USAI menyiapkan diri dan berasa yakin dengan penampilannya, kaki dibawa melangkah ke anak tangga dengan berhati-hati. Tiba di penghujung anak tangga, kaki berhenti melangkah tatkala namanya diseru.
"Elis, mari sini. Sarapan dulu. Ibu buatkan sandwich sardin favourite Elis ni.", Puan Marissa menggamit anaknya untuk bersarapan. Air kopi di tuang berhati-hati ke dalam cawan Portmeirion berwarna putih tersebut.
Tidak mahu hati si ibu tersinggung, kaki diatur ke meja makan. Kerusi ditarik lalu duduk dan tangan dibawa mencapai sekeping sandwich sardin di atas pinggan. Tidak menunggu lama, air kopi dihirup pantas lalu bangun dari kerusi yang didudukinya.
"Elis nak cepat, Bu. Elis pergi dulu. Sayang ibu, bye!"
Usai berkata, tangan si ibu digamit untuk bersalaman. Sempat Eliska melayangkan flying kiss kepada ibu tersayang setelah helmet yang berada di atas rak kasut diambil."Ish, budak ni. Tak menyempat betul. Entah ke mana nak pergi pun tak tahulah hari-hari minggu macam ni .", bebel Puan Marissa setelah kelibat Eliska tiada lagi di penglihatan.
Deruman motosikal berkuasa tinggi yang kedengaran di luar rumah menarik perhatian Encik Ismad yang baru menuruni tangga untuk bersarapan.
"Awal anak awak keluar harini. Nak pergi mana?", suara Encik Ismad kepada sang isteri yang sedang menuang air teh ke dalam cawan. Sudah sedia maklum bahawa suaminya tidak meminum kopi. Hanya anak- anak dan dirinya sahaja yang meminum kopi.
"Tak tahulah saya si Elis tu. Bukan nak bagitahu saya nak pergi mana. Menonong aje keluar tadi. Agaknya keluar jumpa kawan-kawan dia tu. Macam la abang tak kenal anak dara abang sorang tu."
"Ada-ada je lah Eliska ni. Biarlah dia. Lagipun kalau duduk rumah ni tak ada apa nak dibuat juga. Along mana? Tak turun sarapan lagi?", tanya Encik Ismad yang melihat tiada gerangan anak sulongnya itu.
"Belum. Biasalah anak sulong abang tu, kalau hari minggu macam ni memang susah nak nampak dia awal pagi. Tengah hari karang baru sibuk cari makan. Ni, abang ada nak keluar ke nanti? Saya ada nak kirim barang."
Sudah kebiasaan bagi Endra bila hari minggu tiba, tengah hari baru nak bangun. Cuti kan? Nak buat apa lagi, qada' tidur la jawabnya.
"Keluar kot nanti. Awak WhatsApp je la barang yang awak nak kirim tu nanti, yang.", ucap Encik Ismad sambil menyuap sandwich sardin ke dalam mulut.
✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧
Helmet AGV Pista GP RR E2206 Dot MPLK di kepala dicabut setelah turun daripada superbike Honda CBR650F hitam miliknya. Usai mengemaskan rambut yang berserabai, langkah kaki diatur perlahan menuju ke arah rakan-rakannya yang sedang berkumpul di pinggir pantai. Fikirnya dia sudah lambat tadi, rupanya Kamelia pun belum sampai.
"Hei, Put! Lama tak nampak kau sekarang. Rindu gilaaa!", teriak Cempaka teruja melihat Eliska yang baru tiba.
"Mengarut je kau ni, Pa. Baru je minggu lepas kita ride kan? Apa yang lamanya?". Hairan Eliska dengan sahabatnya yang seorang ini. Nak kata lupa, rasanya sahabatnya belum nyanyuk lagi. Entahlah, buang tabiat mungkin?
"Entah kau ni, Pa. Minggu lepas baru lepak kat sini lepas ride. Apa yang lamanya? Kau nyanyuk eh?", tambah Jira pula.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu mereka akan meluangkan masa dengan ride bersama-sama. Hobi? Mungkin. Minat? Semestinya.
Eliska memang diajar dan didedahkan oleh orang tuanya dengan aktiviti yang lasak seperti ini. Mana taknya? Semasa mengandungkan Eliska lagi Puan Marissa suka tengok rancangan lumba motosikal di televisyen. Rare tak rare family ni? Nasib baik Eliska tak jadi pelumba motosikal tapi jadi cikgu tuisyen."Alah aku gurau je hehehehe.", ucap Cempaka sambil menggosok tengkuknya.
Percakapan mereka terhenti tatkala mendengar enjin motosikal Kamelia yang baru tiba. Kamelia kemudian berjalan ke arah mereka.
"Lambat kau harini, Kamy. Dari mana?", tanya Cempaka.
"Dari rumah. Terlajak tidur pula tadi heheheh.", ujar Kamelia sambil menggaru kepalanya yang berlapik tudung itu. Antara mereka berempat, hanya Kamelia sahaja yang bertudung. Walaupun bertudung, tetap slay bawa superbike.
"Weh, korang. Apa kata cuti sekolah nanti kita pergi Bagan Lalang? Kita dah lama tak konvoi jauh-jauh. Lagipun Put tak mengajar kan cuti ni?", soal Jira.
"Interesting! Suka suka suka! Jom korang jom!", sokong Kamelia teruja dengan cadangan Jira.
"Bagan Lalang ek? Dekat je tu, tak jauh mana pun. Okey jugak kalau nak pergi. Haah, cuti ni aku tak mengajar. Aku dah bagi homework siap-siap dekat anak murid aku. So, bila nak pergi?", suara Eliska pula.
"Kita pergi tiga hari dua malam. Sabtu kita gerak. Setuju?", cadang Jira lagi.
"SETUJU!", aju mereka serentak.
✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧
"Bagan Lalang? Along ikut.", ucap Endra selamba. Sebaik sahaja Eliska menyuarakan hasratnya untuk ke Bagan Lalang kepada keluarganya, laju sahaja abangnya menambah.
"Apa pulak nak ikut orang? Ni konvoi perempuan la along. So, TAK BOLEH!", balas Eliska tak setuju dengan cadangan abangnya sambil menyilang tangannya membuat tanda pangkah. Orang nak minta izin dengan ibu dan abi, dia pulak yang sibuk nak ikut.
"Biarlah along ikut Elis. Nanti along boleh jaga dan tengok-tengokkan Elis sekali.", tambah Puan Marissa pula. Walaupun Eliska sudah berusia 25 tahun, dia masih risau akan Eliska. Pergi mengajar dekat pusat tuisyen yang 30 minit dari rumah mereka itu pun dah risau apatah lagi nak pergi jauh. Tambahan lagi, Eliska satu-satunya puteri mereka. Dah la tak kahwin lagi. Nanti melepas pula Puan Marissa dengan Encik Ismad nak dapat menantu hensem hehehe.
"Abi setuju dengan ibu. Kalau along ikut Elis, tak ada lah risau sangat abi dengan ibu. Awak tu perempuan, Putri Eliska. Nanti kalau apa-apa terjadi (Nauzubillah) at least along ada.", sokong Encik Ismad dengan cadangan Puan Marissa.
"Ye lah, ibu, abi. Tapi, along janji jangan kacau trip Elis dengan kawan-kawan Elis, eh? Tugas along cuma ikut dan jaga Elis je. Yang lain along tak boleh campur.", suara Eliska pula.
"Along tak janji. Tapi yang pasti, along ikut Elis. Dan along tak terima sebarang bantahan daripada Elis."
Usai bersuara, Endra mengatur langkah untuk menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya. Bukan saja-saja dia nak ikut sebenarnya tapi ada udang di sebalik batu huhu.Melihat Eliska yang tidak berpuas hati dengan Endra, Puan Marissa dan Encik Ismad hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa. Mereka kemudian bangun dari sofa dan menuju ke bilik tidur yang hanya berada di tingkat bawah. Hanya bilik Eliska dan Endra yang berada di tingkat atas rumah mereka.
"Nasib kau la Eliska dapat abang yang terlebih caring. Caring tak bertempat.", bebel Eliska sendirian.
"Along dengar, Elis!", laung Endra dari tingkat atas.
"Telinga gajah agaknya orang tua ni.", bebel Eliska lagi. Nak mengumpat sikit pun susah. Ada je yang tak puas hati dengan dia. Ingatkan dah naik bilik, diam la si Endra tu. Rupanya tak diam juga.
"Elis, along dengar lagi ni! Plus, along baru 29 ya tahun ni. Belum tua lagi. Jangan memandai cakap along tua.", tambah Endra lagi. Cukup anti tau orang cakap tua tua ni. Kita ni muda lagi, sampai hati cakap kita tua. Taknak kawan!
Sorry kalau ada kurang🙏😔 So, how's chapter 1?
Jangan lupa vote ya readers!
YOU ARE READING
Embrace Love
RandomDentist? Tidak pernah terfikir di dalam fikiran Eliska untuk bersuamikan seorang doktor gigi yang pernah dibencinya dan digelar dengan gelaran doktor muka basi. Lady biker? Siapa sangka Dr. Farel akan menikahi client sendiri yang keras kepala dan se...