Chapter 7

230 27 3
                                    

HARI ini merupakan hari dimana Eliska akan pergi menanggalkan arch bar yang dipakainya selama sebulan. Seperti biasa, Endra akan menjadi driver Eliska untuk ke klinik. Mereka sudah bersiap-siap untuk klinik pada pagi ini. Temu janji Eliska ialah pada pukul 10.30 pagi. Temu janji? Ya. Bermakna Eliska akan menanggalkan arch bar di klinik yang sama yang dikunjunginya hari itu. Klinik doktor muka basi MUAHAHAHAHA.

Dia dan Endra sudah bergaduh tentang hal ini kerana Endra memberitahunya bahawa dia akan ke klinik yang sama untuk menanggalkan arch bar sehari sebelum tarikh temu janji ini.

"Nanti along tinggal je Elis kat klinik tu tau. Along ada hal kat luar sekejap.", ucap Endra di dalam kereta.

"Pulak. Lama ke sekejap? Kang tak pasal-pasal Elis kena tunggu along berjam-jam kat klinik tu nanti.", balas Eliska sambil menjeling abangnya.

"Sekejap je. Kalau along lambat sekalipun Elis tunggu je la. Tak sampai sejam pun kalau tunggu. Jangan risau.", ujar Endra menenangkan Eliska.

"Ye la."

Selepas beberapa minit, mereka akhirnya tiba di FA Dental. Eliska turun dari kereta dan sejurus itu Endra berlalu pergi.

Eliska tidak perlu menunggu lama kerana setibanya dia di klinik itu jam sudah menunjukkan pukul 10.18 pagi.
Namanya kemudian dipanggil untuk masuk ke dalam bilik yang tertera nama Dr. Farel Andika. Macam biasa, mood menyampah dia sampai bila kena hadap doktor muka basi.

"Are you good today, Putri?", tanya doktor itu sebaik sahaja Eliska membaringkan dirinya di atas dental chair.

Eliska menggulingkan biji matanya.
Apa benda la soalan doktor ni. Dia ingat aku ni budak tadika yang baru nak cabut gigi ke? Menyampah! Dah la sesuka hati saja memanggilnya dengan nama hadapannya. Dia tidak suka orang sesuka hati memanggilnya dengan panggilan itu. Hanya orang tertentu dan istimewa saja boleh memanggil nama hadapannya.

"Very good, doctor.", balasnya sebelum diam-diam menjeling doktor tersebut. Buat sakit otak je pandang dia ni.

"Let's start, then."

Proses pembukaan arch bar Eliska diteruskan. Semuanya berjalan lancar di tangan Dr. Farel Andika. Sejurus selesai, Eliska menunggu Endra di bangku di luar klinik.

"Along ni pun satu. Kata sekejap je. Ni dah 40 minit aku tunggu dia dekat sini.", gumam Eliska sendirian.


























✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Setibanya di rumah, Eliska disapa Endra yang sedang duduk makan keropok di hadapan televisyen.

"Seronok keluar dating dengan doktor kesayangan?", ejeknya sambil ketawa.

"Doktor kesayangan bapak kau! Ni semua salah along tau.", ucap Eliska geram. Kalau bukan sebab kereta alongnya yang tiba-tiba rosak tadi, tak kuasa dia nak tumpang doktor muka basi tu balik rumah.

Flashback

Sedang Eliska menunggu abangnya tiba, pintu klinik ditolak dari dalam.
Terpacul wajah Dr. Farel di sisinya saat ini. Eliska terlopong sebentar melihat wajah kacak doktor di tepinya ini. Selama ini pakai mask, tak tahu muka macam mana. Dah bukak mask, handsome rupanya.

"Dah, dah Eliska tak payah mengarut. Dia tetap doktor muka basi.", monolog Eliska.

"Tak balik lagi? Tunggu boyfriend datang ambik ke?", tanya Farel lembut.

"Haihh, sibuk la dia ni. Suka hati aku la tunggu siapapun.", monolog Eliska lagi.

"Tunggu abang.", jawab Eliska tanpa memandang doktor itu.

Embrace LoveWhere stories live. Discover now