Chapter 5

246 31 3
                                    

SELAMA hampir tiga hari mereka berlima di Bagan Lalang, akhirnya hari ini mereka pulang. Seawal pukul 8 pagi mereka checkout dari hotel yang dihuni di Bagan Lalang ini.

Superbike Eliska yang dihantar ke bengkel juga sudah siap dibaiki. Semuanya diuruskan oleh Amri. Walaupun sudah ditegah oleh Endra untuk tidak menunggang superbike ketika pulang ke Pahang, Eliska tetap dengan pendiriannya untuk menunggang sendiri motosikalnya.
Kalau sudah itu keputusannya, memang tidak boleh dibantah. Keras kepala dan Putri Eliska bagaikan berpisah tiada.

Selepas semuanya bersedia untuk menunggang pulang, Endra memberi pesanan kepada mereka berempat.

"Hati-hati bawa motor ni nanti. Tak payah nak laju-laju. Ingat, biar lambat asal selamat. Elis tu paling penting. Jangan nak ikut angin sangat bawa motor tu.", pesan Endra keras. Eliska ni bukan makan saman sangat. Cedera ke tak cedera ke tetap degil. Keras kepala.

"Orang tahu la, along. Kalini dah masuk lapan kali tau along pesan. Ya ya, Elis bawa slow je. Along ikut belakang Elis kan nanti.", balas Eliska.  Dia sudah lali mendengar pesanan Endra yang tidak henti-henti itu. Macam lah dia tidak tahu untuk menjaga keselamatannya sendiri.

"Haah along ikut belakang Elis. Nak make sure Elis tak pecut nanti. Elis try la pecut kalau nak suruh along cabut kunci motor tu nanti.", ugut Endra lagi.

"Dah la, along. Kitorang pun ada ni untuk pantau Put. Kiri kanan depan belakang kitorang pantau Put ni. So, tak perlu risau tak perlu bimbang. We'll make sure Put selamat.", ucap Jira kepada Endra. Risau sangat dekat adik dia sorang ni. Padahal Eliska tu orangnya memang lasak.

"Betul betul betul. Along tak yah la risau sangat. Kita semua jaga Put elok-
elok. Put pun bukannya tak pandai bawa motor. Cuma haritu cuai sikit. Itupun bukan salah dia. Kan, Put?", ujar Kamelia membela Eliska.

Mereka kemudian beriringan menunggang motosikal berkuasa tinggi milik masing-masing membelah jalan raya. Perjalanan mereka pulang ke Pahang memakan masa selama lebih kurang tiga jam setengah. Kali ini, mereka tidak berhenti di mana-
mana R&R untuk makan atau berehat.
Perjalanan mereka lancar sehingga sampai ke Temerloh, Pahang. Mereka kemudian pulang ke rumah masing-masing untuk berehat.


























✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Pintu biliknya dikatup perlahan. Badan dihenyak ke atas katil king miliknya. Seketika dirinya mengeluh teringat peristiwa selepas balik dari Bagan Lalang tadi.

Flashback

Masuk sahaja ke dalam rumah, mata Endra dan Eliska disapa dengan kelibat ibu dan abi mereka yang sedang menunggu mereka di ruang tamu rumah.

"Assalamualaikum ibu, abi.", ucap Endra sambil tersenyum ke arah ibu dan abinya. Eliska di belakangnya ditepuk perlahan supaya pergi  bersalaman dengan orang tua mereka.

"Haa, Elis. Senyap aje daripada tadi. Best tak pergi sana?", tanya Encik Ismad apabila melihat anak bongsunya diam tidak berkutik. Kebiasaannya Eliska lah yang paling teruja apabila pulang ke rumah setelah ride berhari-hari.

"Elis penat tu, abi. Biarlah dia naik atas dulu rehat.", sampuk Endra cuba mem'back up' adiknya. Tidak mahu rahsia Eliska terbongkar begitu cepat.

"Eh, penat? Reti penat ke anak ibu ni kalau pergi ride? Setahu ibu Elis penat bila mengajar je.", sindir Puan Marissa pula. Bukannya dia tidak tahu anak perempuan dia seorang ini kalau namanya pergi ride tak ada maknanya penat tapi kalau mengajar budak-budak di pusat tuisyen tu asal balik je merungut penat.

Embrace LoveWhere stories live. Discover now