KAKI pantas diatur keluar dari bilik setelah helmet diambil. Sebaik sahaja tiba di hadapan lif, baru perasan yang Iphone 14 Plus miliknya tertinggal di dalam bilik. Memikirkan mungkin dia tidak akan menggunakan telefonnya itu nanti, lantas niat untuk mengambil semula handphone di dalam bilik dibatalkan begitu sahaja. Langkah diteruskan dengan memasuki lif untuk turun ke tingkat bawah.
Kelibat Eliska yang baru keluar dari lif disedari oleh Endra yang sedang membayar roti dan air tin di cafe hotel. Tanpa menunggu lama, nama si adik diseru.
"Elis, nak pergi mana?"
Perasan namanya diseru oleh suara yang amat dikenalinya, Eliska terus menyahut.
"Elis nak keluar kejap. Bosan la duduk dalam bilik."
"Kan lepas asar nanti kita nak keluar. Duduk je la dalam bilik tu dulu.", balas Endra pula. Sudah maklum bahawa selepas asar nanti mereka akan keluar bersiar-siar di Bagan Lalang ini. Tak boleh ke Eliska tunggu untuk keluar nanti saja? Kenapa perlu keluar sekarang? Lagipun baru 45 minit mereka sampai di sini.
"Ya, tahu tapi Elis bosan la along. Elis nak keluar sekejap je. Ambil angin.", suara Eliska malas. Dia cuma ingin mengambil angin di kawasan berdekatan hotel ini sahaja. Bukannya ingin ke mana-mana.
"Ya, suka hati Elis la. Tapi along ikut."
Teringat pesan ibu dan abinya supaya sentiasa ada di mana Eliska berada. Keselamatan Eliska perlu dijaga sebaiknya. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini."Along ni, Elis nak keluar sekejap aje. Tak sampai sejam pun la Elis keluar. Tak payah la ikut."
Tidak mahu abangnya ikut ke mana dia ingin pergi. Orang nak healing sorang-sorang pun susah kalau ada abang protective macam ni."Along ikut Elis atau Elis tak boleh keluar pergi mana-mana? Pilih la.", ugut Endra.
"Ishhhh, yelah yelah!", bentak Elis geram. Holoh! Ho, ho. Lagi dok ho lagi tu duk ulang err.
Mereka kemudian berjalan seiringan ke tempat parking motosikal tadi. Setelah memakai helmet, Eliska terlebih dahulu memulakan perjalanan kemudian diikuti oleh Endra di belakang.
Hampir 20 minit mereka meronda di Bagan Lalang ini. Tiba di traffic light, Eliska menyalakan signal untuk ke simpang di sebelah kanan. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, Eliska membelok motosikalnya ke kanan dan tanpa dia sedari ada kereta dari arah berlawanan menuju ke simpang itu. Tanpa sempat dia menekan brek dan mengelak, kereta Perodua Ativa itu sudah melanggar motosikalnya. Dan pada ketika itu-,
"Elis!!", Endra yang melihat insiden itu di depan matanya menjerit nama Eliska kuat.
Eliska jatuh daripada motosikalnya lalu dagunya terhentak kuat pada pembahagi jalan.
✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧
Iphone 13 Pro Max yang menjerit minta diangkat itu menyentakkan Cempaka daripada lenanya. Telefonnya yang berada di atas meja tepi katil itu diambil lalu butang hijau diseret tanpa melihat siapa gerangan si pemanggil.
"Hello, kenapa?", jawab Cempaka dengan suara serak.
"Pa, bukak pintu ni! Kitorang kat luar ni!", jawab Kamelia kuat.
"Haa, ya. Kejap kejap."
Cempaka bangun dari katilnya menuju ke pintu bilik.Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kornea matanya dihiasi dengan figura dua orang rakannya yang sangat risau. Mereka seolah-olah ingin mendapatkan penjelasan. Tetapi penjelasan tentang apa? Dia pun baru bangun daripada tidur dan tidak dapat mencerna apa yang sedang berlaku tika ini.
YOU ARE READING
Embrace Love
RandomDentist? Tidak pernah terfikir di dalam fikiran Eliska untuk bersuamikan seorang doktor gigi yang pernah dibencinya dan digelar dengan gelaran doktor muka basi. Lady biker? Siapa sangka Dr. Farel akan menikahi client sendiri yang keras kepala dan se...