Chapter 11

199 28 2
                                    

RALIT Eliska bermain telefon bimbit-
nya sehingga tidak menyedari Dr. Farel yang datang ke arahnya.

Lambat-lambat Dr. Farel berjalan ke arah Eliska yang langsung tidak perasan akan pergerakannya. Belum sempat dia menyapa Eliska, wanita itu terlebih dahulu mengangkat kepala memandangnya.

"Apa hal pulak dia ni datang sini.", rungut hati kecil Eliska sebelum dia mendecit perlahan.

Ingatkan bila duduk luar tak perlu lagi hadap muka Dr. Farel. Tetapi sangkaannya meleset sama sekali apabila Dr. Farel seakan ingin menyuarakan sesuatu kepadanya apabila lelaki itu sudah berada betul-betul di hadapannya tika ini. Dia juga lihat doktor itu sudah melorotkan pelitup muka yang dipakai. Hensemnya! Eh, jangan mengarut la Eliska!

"Mana pulak along ni? Dah kenapa doktor muka basi ni yang keluar bukan dia?", tambah suara hati Eliska.

"Putri?", tegur Dr. Farel menyentak-
kan Eliska yang sedang merenung tajam ke arahnya. Tenung macam nak tembus. Takut titew!

"Mana along?"

Bagus la tu. Soalan dibalas soalan. Apa nak jadi dua ketul ni?

"Along? Ouh, do you mean Endra? Dia ada dalam bilik saya lagi.", jawab Dr. Farel yang melihat Eliska seperti kebingungan apabila melihatnya di sini. Farel sudah sedia maklum bahawa Eliska merupakan adik kepada Endra apabila dia bertanya kepada Endra tadi. Pada mulanya, dia menyangka adik-beradik ini merupakan pasangan kekasih. Manakan tidak, sikap Endra yang terlebih caring terhadap Eliska menjadikannya tidak ubah seperti teman lelaki gadis itu. Nasib baik adik
-beradik saja. Eh, double meaning tu Dr. Farel.

"Kalau along dekat dalam kenapa doktor dekat luar?", tanya Eliska membuatkan Dr. Farel tergelak.

Gelak pulak doktor muka basi ni. Orang tanya soalan dia boleh bantai gelak. Hempuk kepala karang. Nasib baik hensem. Eh? Heheheh. Gurau.

"Belum siap. My assistant tengah cuci gigi dia lagi.", tambah Dr. Farel sambil tersenyum.

Eh, dia main senyum-senyum pulak. Terserlah telaga batu di bawah bibir lelaki itu. (Imagine Hun Haqeem senyum huhuhu). Arghh, takde takde. Hun Haqeem ke Meerqeen ke Aniq Suhair ke dia tetap doktor muka basi. Full stop! Huh!

Eliska hanya meng'o'kan sahaja ucapan Dr. Farel. Dia kemudian menyambung bermain telefon bimbitnya sebelum lelaki itu mula menghulurkan sesuatu kepadanya.

"Is it yours? Saya jumpa dekat depan rumah Izzul lepas awak hantar Tisya haritu.", ujar Dr. Farel sambil menyerahkan pendrive. Eliska tersentak.

"Alamak! Kiranya dia tahu la aku yang hantar Tisya haritu? Aduh, masalah betul!" rungut Eliska di dalam hati.
Ini mesti Tisya yang beritahu. Budak kecik memang selalu jujur. Ala, tak suka tak suka!

"Patut la tak jumpa dua tiga hari ni. Tercicir rupanya. By the way, thanks.", ucap Eliska sambil menerima huluran Dr. Farel.

Pendrive ni pun kenapa la tercicir dekat situ. Haih! Dah la banyak maklumat penting dalam pendrive ni.
Plus, koleksi video dia ride bersama kawan-kawannya pun banyak. Senang kata pendrive ini bagaikan nyawa baginya. Boleh pulak tercicir. Macam mak hilang anak dia cari pendrive itu sebelum ini.

"Small matter. So, you're a teacher? Tisya cakap awak teacher dia.", suara Dr. Farel lagi.

Banyak pulak bercakap dia ni. Ingatkan dah bagi pendrive blah lah. Ini tak, ajak bersembang pula. Along ni pun satu. Punya la lama duduk dalam bilik tu tak keluar-keluar lagi.
Yang doktor ni sorang dah terang-
terang Tisya cakap aku ni teacher dia duk tanya lagi.

Embrace LoveWhere stories live. Discover now