Chapter 13

304 30 5
                                    

KRIK! KRIK!

BEGITULAH yang dia rasakan kini apabila berada berdua-duaan di dalam kereta bersama Dr. Farel. Sunyi. Lelaki ini langsung tidak bercakap dengannya sejak masuk ke dalam kereta tadi. Kekok tak usah cakap memang dia sangat kekok sekarang ini. Dengan radio pun tidak pasang. Terasa seperti ingin terjun dari tingkap kereta Audi A3 Sedan milik Dr. Farel.

Arghhh!

15 minit perjalanan, Farel membelok keretanya masuk ke dalam sebuah pekarangan masjid. Eliska yang tadi termenung ke luar tingkap memalingkan wajahnya menghadap Dr. Farel. Wajah bingung ditayangkan kepada lelaki itu.

Usai memarkir kenderaan, wajah dipalingkan menghadap wajah jelita wanita di sisinya yang sudah kebingungan. Bukannya dia tidak perasan wanita itu sudah merenungnya sebaik sahaja keretanya memasuki pekarangan masjid ini. Lantas dia bersuara memecahkan kebisuan antara mereka.

"Saya nak solat Maghrib sekejap. Putri boleh solat tak?", soal Dr. Farel sebaik sahaja melucutkan tali pinggang keledarnya.

Ya Allah, soalan tu memang nak bagi dia malu ke? Merah tomato mukanya menahan malu tika ini. Sudah lah dia memang tidak boleh solat hari ini. Hendak tidak hendak dia perlu jawab juga soalan Dr. Farel tadi.

"Er-err tak bo-boleh.", gagap Eliska menjawab soalan Dr. Farel. Arghhh, malu malu malu! Mana nak sorok muka ni? Ibu, abi, along, tolong Elis!

"Ouh, okey. Awak tunggu dalam kereta sekejap, eh? Saya pergi solat.", ucap Dr. Farel prihatin.

Farel kemudian membuka kot biru gelap yang dipakai sebelum disangkut pada kepala kerusinya. Selepas itu, dia mengambil sesuatu dari dalam dashboard keretanya dan disumbat ke dalam poket seluarnya. Eliska hanya menghantar pemergian Dr. Farel yang sedang berjalan menuju ke tempat wuduk yang berada di tepi pintu masuk masjid. Seusai mengambil wuduk, Eliska melihat Dr. Farel menggagau sesuatu di dalam poket seluarnya sebelum memakainya di kepala. Kopiah putih yang tersarung elok di kepala Dr. Farel menambahkan lagi ketampanan lelaki itu di mata Eliska. Tambahan lagi, lengan kemeja putih lelaki itu sudah dilipat sehingga ke siku. Fuh! Tipikal lelaki idaman sungguh.

Haish, ghisau ek?

Pap! Pap! Pap!

Eliska menampar pipinya berkali-
kali. Menyedarkan dirinya supaya tidak hanyut dengan ketampanan doktor muka basi.

"Wake up Eliska wake up! Erghhh!", omelnya sendiri. Tidak betah rasanya apabila hatinya sering memuji doktor lelaki ini namun mulutnya sering berkata sebaliknya.

Sementara menunggu Dr. Farel, dia bermain telefon bimbitnya. Photos dibuka sebelum menekan satu album yang bertajuk First Love. Gambar diseret dari atas ke bawah berulang kali. Satu gambar ditekan. Gambarnya bersama Noah ketika belajar di universiti. Noah yang segak memakai baju kemeja hitam  berlengan panjang yang dilipat sehingga ke siku sedang memegang coklat Cadbury pemberiannya suatu ketika dahulu.

"Rindunya." , desis hati kecilnya.






























✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Beberapa minit berlalu. Dan beberapa minit jugalah Eliska menatap gambar Noah di dalam telefonnya. Tak move on le tuw.

Dia nampak Dr. Farel yang sudah keluar dari masjid. Masih seperti tadi.
Memakai kopiah dan lengan kemeja yang dilipat sehingga ke siku. Terbuai seketika merenung lelaki yang sedang berjalan ke arah kereta ini. Kelibat Dr. Farel semakin mendekat. Mulalah Eliska tidak senang duduk.

Farel membuka pintu kereta. Kopiah di kepala ditanggalkan sebelum diletakkan semula ke dalam dashboard. Eliska yang berada di tempat duduk sebelah di pandang sebelum dia bersuara.

Embrace LoveWhere stories live. Discover now