Chapter 12

210 34 5
                                    


Aiii vote and comment
dak lagi tu?

MENDENGUS Eliska apabila diusik Endra tadi. Ada ke patut abangnya memanggil Dr. Farel untuk bergambar dengannya tadi. Sudah la ibu dan abi Eliska mendengar usikan itu.

Flashback

"Dr. Farel, Elis ajak doktor bergambar ni!", laung Endra kepada Dr. Farel yang hanya duduk bersebelahan dengan meja mereka.

Pukk!

"Apa benda along ni? Bergambar apanya? Hish!", marah Eliska selepas memukul bahu Endra.

Eliska kemudian memandang Dr. Farel yang sedang berura-ura berjalan ke arah mereka. Ah sudah! Dia datang nak bergambar dengan aku ke? Along punya pasal la ni. Sebelum apa-apa baik aku blah dulu. Cau!

Dr. Farel melihat Eliska seperti ingin datang ke arahnya. Dia berhenti seketika daripada berjalan. Sangkanya Eliska ingin bertemu dengannya.

Belum sempat dia menegur Eliska, wanita itu sudah berjalan melepasinya. Dia memandang pelik pemergian Eliska.

"Aik, bukan dia nak datang dekat aku ke?", suara Farel perlahan. Dia kemudian berjalan ke arah Endra di meja sana.

Sementara Encik Ismad dan Puan Marissa hanya memerhatikan tingkah anak bongsunya dengan seorang lelaki yang memakai pakaian sedondon dengan anaknya. Dah macam drama pula. Berselisih sambil lelaki itu memandang Eliska. Fuh!

"Abang, tengok tak tu? Kenapa tu?", tanya Puan Marissa kepada Encik Ismad.

"Tengok. Entah anak awak tu. Lelaki tu siapa, yang?"

"Kalau tak silap saya itu anak saudara Hera. Yang kerja doktor tu. Haritu saya ada jumpa dia masa kenduri kesyukuran kat rumah Hera. Helok orangnya, bang.", puji Puan Marissa.

Dia memang berkenan dengan anak saudara Syaherah yang seorang ini. Tapi Eliska berkenan ke? Kalau Eliska berkenan sudah lama dia ajak Encik Ismad untuk masuk meminang. Tidak kisah lah orang mengata perigi mencari timba atau apa. Kalau dah berkenan buat apa tunggu? Masuk meminang saja lah.

End flashback

Eliska melihat Endra masih lagi rancak berbual dengan Dr. Farel. Apa yang dibualkan pun dia tidak tahu. Tidak terkecuali ibu dan abinya yang juga menyertai mereka berbual. Cuma dia yang tidak menyertai mereka. Dia sedang duduk di meja paling hujung di kedai buku ini. Tidak berminat untuk menyertai mereka berbual. Tambah-tambah ada doktor muka basi tu. Dia sedang menunggu Dr. Farel pergi dari situ. Sudah bosan dia di sini berseorangan. Kawan-
kawannya sudah pulang tadi. Beg tangannya pula berada di meja abangnya tadi. Memang pishang la seorang diri di sini kerana telefonnya juga berada di dalam beg tangannya.

Sedang dia melayan perasaan sambil melihat tetamu lalu-lalang di hadapannya, kedengaran namanya dipanggil.

"Elis, meh la sini! Kita nak ambik gambar family." Endra separa menjerit memanggil adiknya. Kalau tak menjerit karang tak dengar. Duduk nun jauh di sana.

Eliska hanya akur. Kalau pasal family memang dia tak tolak. Tambah-
tambah lagi untuk bergambar. Tak pernah sekali pun gambar family mereka tidak complete.

Dia berjalan ke arah keluarganya yang sedang menunggunya di photo  booth untuk bergambar. Dia kemudian berdiri di sebelah Endra sambil melilit lengan abangnya. Sedang mereka bersedia untuk bergambar, ibunya tiba-tiba memanggil seseorang.

"Farel, mari la bergambar sekali. Alang-alang dah ada sekali ni apa salahnya?", ujar Puan Marissa membuatkan Eliska tercengang.

Bergambar sekali? Dalam gambar family dia? What the heck man?
Ibu ni pun satu la. Pergi ajak Dr. Farel ambik gambar sekali dah kenapa?

Embrace LoveWhere stories live. Discover now