Dah vote & comment belum chapter sebelum ni? Kalau belum pi buat sekarang!
"SAYA dah cakap kan saya okey tadi. Doktor tak nak dengar." Marah Eliska sambil menjeling Dr. Farel.
Sudah dia tegaskan tadi bahawa dia tidak apa-apa. Memang lah dia kemalangan tadi tetapi tidak teruk. Tidak perlu dirawat dan diperiksa. Tetapi sikap keras kepala doktor di hadapannya ini yang memaksanya untuk memeriksa keadaannya di klinik ini membuatkan dia berasa sebal. Entah mengapa dia hanya menurut paksaan Dr. Farel walaupun dirinya berkeras untuk tidak mendengar kata lelaki ini.
Dr. Farel tersenyum sambil membetulkan kot yang dipakai sebelum bersuara.
"Siapa cakap awak okey? Saya belum bagitahu lagi keadaan awak." Balas Dr. Farel sinis.
Eii budak kecik ni. Laju betul mulut tu kan? Babap karang haa!
"Doktor tak bagitahu pun saya dah tahu lah keadaan saya. Dah lah saya nak balik." Bentak Eliska sebelum berura-ura untuk bangun dari tempat duduk di hadapan Dr. Farel.
Kitonyo ponggoh! Erghh!
Kedegilan Eliska kali ini sedikit pun tidak membuat Dr. Farel tercabar. Malah dia tersenyum melihat kelakuan Eliska. Eleh, nak membentak konon. Kira okey la kita bawak dia check up. Bukannya nak cakap terima kasih. Oh, lupa pula. Eliska lagi keras kepala daripada dia.
"Auch awww sakitnya!" Eliska mendesis sakit apabila sikunya tergesel pada pintu bilik Dr. Farel semasa dia ingin keluar dari bilik itu.
"Dah kenapa pulak siku aku ni?" Monolog Eliska sendirian.Dr. Farel hanya tersengih melihat Eliska mengaduh sakit. Terasa lucu melihat Eliska berpaling dan menjelingnya garang. Main jeling-
jeling pulak budak ni. Cucuk mata tu karang baru tahu!"Tak payah jeling-jeling. Mari sini."
Dr. Farel menggamit Eliska untuk datang kepadanya.Eliska menjeling lagi sebelum menjawab.
"Saya nak balik la."
"Haihhh." Dr Farel mengeluh. Dia kemudian bangun dan menarik lengan baju Eliska untuk duduk kembali di kerusi.
"Eh eh eh. Apa ni, doktor?" Bentak Eliska lagi sebelum merentap lengannya. Dia kemudian akur duduk di kerusi itu.
Dr. Farel hanya membiarkan. Boleh tahan degil juga budak ni ya? Nasib baik comel. Eh?
"Siku awak ni luka. Duduk diam-diam saya nak cuci. Jangan nak melawan kalau tak nak saya ikat awak dekat kerusi ni." Ugut Dr. Farel tegas. Yang sebenarnya cuma bergurau. Kalau tak ugut macam tu jangan harap la Eliska nak dengar cakap dia.
Eliska diam tidak berkutik. Dia hanya membiarkan Dr. Farel merawatnya. Kadang-kadang dia keliru Dr. Farel ni doktor gigi ke bukan sebenarnya. Entah lah malas nak fikir. Baik dia duduk diam sahaja. Lagi cepat Dr. Farel merawatnya lagi cepat dia boleh balik.
"Siap dah." Ucap Dr. Farel seraya mengemas peralatan yang digunakan.
Usai Dr. Farel merawatnya, dia lantas bangun untuk keluar. Pintu dibuka kasar sebelum dia keluar. Seketika Eliska kembali memasuki bilik Dr. Farel membuatkan lelaki itu tersenyum sinis.
"Err, doktor. Motor saya macam mana?" Soal Eliska sambil menggaru keningnya. Baru dia teringat bahawa motosikalnya tiada kerana dia menumpang Dr. Farel untuk ke klinik tadi. Buat malu je la kau ni Eliska. Kata lelaki itu dia menyuruh mekaniknya untuk menguruskan motosikal Eliska. Entah dimana motosikalnya sekarang. Erghhh, My Noir!
Dr. Farel mengawal riak wajahnya untuk serius. Dirinya sudah tidak tertahan ingin tergelak. Itu lah. Tadi sombong sangat. Nak balik nak balik.
"Motosikal awak tak siap lagi. Nanti dah siap saya akan suruh mekanik saya sendiri yang hantar depan rumah awak." Tipu Dr. Farel.
Motosikal Eliska tidak lah teruk mana sebenarnya melainkan cuma calar. Tapi biarlah dia sahaja yang tahu muehehehehehe.
Ah sudah! Sekarang ni tak kisah lah mekanik dia yang hantar depan rumah atau dia sendiri yang pergi ambil sekalipun. Masalahnya sekarang ni Eliska nak balik macam mana? Dah satu pula hal nak kena fikir.
"Habistu saya nak balik macam mana?" Eliska menyoal. Mukanya menayang riak tidak puas hati. Jangan cakap kena tumpang Dr. Farel lagi eh. Dia dah serik naik kereta dengan lelaki ini. Tak nak dah please!
"Saya hantarkan nanti."
Dah cakap dah. Stresnya hakuuu!
✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧
Punggung dihenyak di atas sofa ruang tamu. Sesekali dia mengeluh. Niat nak pergi breakfast di luar terbatal begitu sahaja. Si Yusri ni pun satu lah. Hari ini juga lah dia hendak tuntut janji pergi breakfast bersama Eliska. Itu lah Eliska lain kali jangan berjanji kalau tak boleh menepati. Mujur lah dia sudah memberitahu Yusri bahawa dia ada hal pagi ini. Dan ya, ini lah halnya. Sekali lagi dihantar oleh Dr. Farel. Berapa kali nak naik kereta dengan Dr. Farel daaa?
Endra yang baru bangun daripada tidurnya datang menghampiri Eliska. Sambil menenyeh matanya yang penuh dengan tahi mata, dia bersuara.
"Elis dari mana MM HAAAU!" Luas Endra membuka mulut sambil menguap. Duduk kemudian dilabuhkan di sebelah Eliska.
Eliska menayangkan riak geli geleman dengan abangnya. Punya tak senonoh mamat ni. Euw! Siapa entah hendak berkahwin dengan abangnya yang soerang ini. Pelik dia melihat abangnya yang baru bangun. Biasanya masa-masa begini Endra sudah ke pejabat.
"Eeee tak senonoh la along ni." Ucap Eliska sambil menutup hidungnya.
"Elis nak pergi breakfast dengan Yusri tadi. Tapi.." Eliska sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
"Tapi?" Endra bertanya sambil mengangkat bahunya.
"Elis accident tadi." Selamba Eliska menjawab. Tidak sedih malah tidak gelak. Sengaja hendak menduga reaksi abangnya.
"Ouh accident."
Eliska hairan. Eh, dia ni. Aku bagitahu aku accident kot. Dia boleh selamba cakap 'ouh' sahaja. Tak ada perasaankah abangnya ini?
Seperti baru tersedar daripada sesuatu, Endra melopong kemudian bersuara.
"Elis accident? Biar betul Elis ni? Habistu Noir macam mana? Elis? Dah pergi klinik? Ada luka kat mana-mana ke?" Seperti peluru soalan yang dilontarkan oleh Endra. Riak risau ditayangkan. Gila tak risau? Adik seorang ini sudah accident banyak kali. Haish!
"Eh shhh! Jangan la cakap kuat-kuat sangat. Nanti ibu dengar la along." Marah Eliska sambil menekup mulut Endra.
"Mmmm ye lah." Endra mengalihkan tangan Eliska yang menekup mulutnya.
"Ni Elis okay tak ni? Motor macam mana?" Lembut Endra bertanya.
Eliska kemudian mengeluh sebelum bersuara.
"Elis okey je. Cuma ni haa." Eliska menunjukkan sikunya yang dibalut dengan plaster.
"Noir dekat bengkel. Tak tahu la bila siap. Dr. Farel cakap nanti mekanik dia hantar depan rumah." Jawab Eliska.
Dr. Farel? Endra tidak salah dengarkah? Rasanya tidak.
"Dr. Farel tolong Elis ke tadi?" Seperti sudah tahu situasi semasa Eliska kemalangan tadi, Endra meneka. Rasanya tidak salah lagi tekaannya kalau tidak manakan Dr. Farel boleh menolong Eliska tadi.
"Haah. Kebetulan dia ada tadi. Tapi kan Elis rasa tadi Elis accident tak teruk pun. Jatuh biasa saja. Entah kenapa Noir sampai kena hantar dekat bengkel. Doktor tu pun sibuk paksa-paksa Elis pergi klinik dia nak check. Ni tadi dia yang hantar Elis balik rumah." Laju sahaja Eliska menjawab soalan Endra. Malah soalan yang tidak ditanya juga laju sahaja dijawab.
Macam dah lama sangat tak update en? So, terimalah chapter kali ni. Sorry kalau bosan😔
YOU ARE READING
Embrace Love
RandomDentist? Tidak pernah terfikir di dalam fikiran Eliska untuk bersuamikan seorang doktor gigi yang pernah dibencinya dan digelar dengan gelaran doktor muka basi. Lady biker? Siapa sangka Dr. Farel akan menikahi client sendiri yang keras kepala dan se...