Chapter 4

247 27 0
                                    

SETELAH bersetuju untuk membiarkan Amri menunjukkan mereka jalan untuk ke klinik gigi, akhirnya mereka tiba di SY Dental.
Eliska turun dari motosikal Endra. Endra kemudian mengangkat tangan ke arah Amri yang ingin berlalu pergi.
Eliska terus berjalan masuk ke klinik dibuntuti Endra di belakang. Setelah mendaftar, mereka duduk di tempat duduk yang disediakan. Hampir 10 minit menunggu, nama Eliska dipanggil. Eliska membuka pintu bilik yang tertera nama Dr. Siti Yariza itu.
Endra turut mengikutinya masuk.

Sebaik sahaja masuk, seorang doktor lelaki berbadan tegap yang memakai pelitup muka menghiasi kornea matanya. Tadi dekat pintu nama doktor perempuan, yang ada di depan matanya ini ialah doktor lelaki. Tak kisah la doktor lelaki atau doktor perempuan yang penting dia perlu dirawat. Sejurus itu, punggung dilabuhkan di kerusi yang disediakan.
Doktor lelaki itu kemudian bersuara.

"Ya, ada masalah apa?"

"Bracket braces saya tercabut.", suara Eliska ringkas.

"Tu je? Tu, dagu awak berdarah kenapa?", tanya doktor lelaki itu sambil memandang dagu Eliska yang berdarah.

Eliska hanya diam. Melihat si adik yang diam membisu, Endra kemudian bersuara.

"Accident motor tadi doktor. Tapi tak teruk mana pun. Dagu dia terhantuk dekat pembahagi jalan.", jawab Endra bagi pihak Eliska.

Melihat lelaki yang berada di sebelah pesakit perempuan tadi yang menjawab, dia menyangka lelaki itu mungkin teman lelakinya. Kemudian, dia pula bersuara.

"Seriously? Yakin ke terhantuk sikit? Dah, awak pergi baring dekat dental chair sana. Saya check.", kata doktor lelaki itu kemudian memakai sarung tangan dan membetulkan mask yang dipakainya.

Eliska menurut dan membaringkan dirinya di atas dental chair tersebut sambil dibantu oleh Endra. Hampir beberapa minit dirinya diperiksa, doktor lelaki itu akhirnya bersuara.

"You need to wear dental arch bar.", ucap doktor itu.

"Arch bar? For what? Bracket braces saya tercabut je kan? Buat apa pakai arch bar pulak?", soal Eliska bertubi-tubi. Bukannya dia tidak tahu apa itu arch bar. Benda berpagar yang akan menyusahkan dia untuk bercakap mahupun membuka mulut nanti. Pakai braces ini pun sudah terseksa inikan nak pakai arch bar pula. Apa lah nasib dia kali ini.

"Your jaw is broken.", jawab doktor lelaki itu tenang. Endra pula terkejut mendengar bahawa kemalangan tadi menyebabkan rahang adiknya patah. Habis la nanti nak jawab apa dengan ibu dan abi.

"Biar betul ni doktor? Takkan la sampai kena pakai arch bar? Saya rasa rahang saya okey je.", soal Eliska lagi sambil membelek rahangnya. Memang la dia rasa rahang dia sakit tapi takkan la sampai patah.

"Nak tak nak awak kena pakai juga. Kalau tak, nasib la suami awak nanti dapat isteri rahang senget.", balas doktor lelaki itu sambil memandang ke arah Endra. Endra di sebelah Eliska menayangkan wajah yang amat risau.
Eliska pula hanya menjeling doktor itu.

"Main cakap lepas aje doktor muka basi ni. Menyampah aku!", desis hati kecil Eliska.

Selepas itu, pemakaian dental arch bar kepada Eliska dimulakan. Selesai memasang, luka di dagu Eliska dicuci kemudian ditampal dengan patch.

"Awak hanya dibenarkan makan makanan yang bersup sahaja sepanjang sebulan pemakaian dental arch bar ni. Kurangkan bercakap dan melawan cakap orang.", pesan doktor tersebut kepada Eliska dan pesanan terakhir itu sengaja ditekankan.

Eliska hanya mengangguk tanpa memandang doktor lelaki itu. Tak kuasa dia nak layan doktor muka basi ni. Buat sakit hati saja. Nak pesan tu pesan saja lah. Tak perlu sampai memerli dirinya. Kemudian, Endra pula bersuara.

"Itu saja ke, doktor? Ada apa-apa lagi?", tanya Endra prihatin.

"Lagi dua minggu awak datang balik untuk tukar getah.", ucap doktor itu lagi.

"Tapi kami tak tinggal sini, doktor. Kami datang untuk bercuti. Boleh saja kan pergi klinik gigi di tempat kami nanti?"

"Ya, boleh. Cakap saja nak tukar getah arch bar nanti."

"Baik, terima kasih doktor. Kami pergi dulu.", ucap Endra kemudian memegang bahu Eliska erat sebelum dia membuka pintu bilik doktor tersebut.

"Boyfriend bukan main lagi sopan tapi girlfriend kuat melawan. Apa-apa je lah couple zaman sekarang ni.", ujar doktor lelaki tadi perlahan selepas kelibat Eliska dan Endra tiada lagi di pandangannya.

End flashback





















✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Kau ni pun satu lah, Put. Kenapa tak bawa phone? Risau tau kitorang kau pergi mana. Dah la tak bagitahu Cempaka dulu kau nak keluar tadi.", marah Jira kepada Eliska ketika mereka sedang menunggu pesanan yang dipesan di restoran di sebelah hotel yang mereka duduki ini.

"Dah dah tak payah lah marah Put. Benda dah jadi dah pun. Nak buat macam mana? Yang penting Put okey.", pujuk Kamelia lembut.

"Aku minta maaf. Sebab aku, kita tak dapat jalan-jalan petang ni.", ujar Eliska bersalah. Walaupun payah untuk bercakap, dia tetap perlu meminta maaf kepada kawan-
kawannya. Kalau bukan sebab dia, mesti petang ni diorang dah have fun sambil ride dekat Bagan Lalang ni.

"Tak payah nak bercakap sangat, Elis. Rahang Elis tu baru je patah. Arch bar tu pun tak sempat lekat lagi bau mulut Elis.", ujar Endra selamba.

"Ish, tak senonoh la along ni. Menyampah! Sama je dengan doktor muka basi tadi.", balas Eliska sambil menjeling Endra.

"Doktor muka basi?", tanya Cempaka.

Mereka kemudian memandang sesama sendiri dan ketawa terbahak
-bahak dengan gelaran yang diberikan oleh Eliska kepada doktor yang merawatnya.

Sambil menghabiskan sisa tawa, Endra bersuara lagi.

"Punya lah hensem doktor tadi kau cakap dia muka basi, Elis. Bukan-
bukan je la kau ni."

"Mana along tahu dia hensem? Kan dia pakai mask tadi."

Pelik-pelik sajalah abang dia ni. Dah terang-terang doktor lelaki tadi memakai pelitup muka. Mana nak tahu muka dia hensem atau tidak. Dia memang tidak menafikan bahawa walaupun separuh muka doktor lelaki itu ditutupi oleh mask, masih kelihatan matanya yang memukau itu tetapi tidak semestinya muka doktor itu hensem. Entah-entah hidung dia sumbing ke gigi rongak ke?

"Alah, Elis ni. Tengok mata pun dah tau hensem la."

Eliska hanya menjeling abangnya. Memandai saja buat andaian.

"Betul ke hensem, long?", tanya Kamelia pula seakan berminat dengan doktor itu.

"Entah.", ujar Endra pula sambil mengangkat bahunya.

"Tapi hensem along lagi kot." ,
sambung Endra lagi sambil mengenyit matanya ke arah Kamelia.

"Perasan je lebih engkau.", gumam Eliska pula.

Ralit mereka berbual akhirnya makanan yang dipesan sampai. Pelayan tersebut menghidangkan makanan di atas meja mereka.
Eliska sudah menelan liur melihat makanan yang dipesan oleh abang dan rakan-rakannya. Dia pula hanya memesan sup cendawan. Pasrah je la Eliska. Dah nasib engkau nak buat macam mana. Sebulan je Eliska sebulan je. Sabar!

"Terliur ke tu?", tanya Endra yang melihat Eliska seperti menelan liur.

"Ish, tak baik lah along. Kesian Put. Takpe Put, sebulan je okey? Lepas tu aku janji aku belanja kau makan sedap-sedap nak?", pujuk Kamelia pula.

"Hehe, nak. Sayang Kamy banyak banyak!", balas Eliska teruja. Bab makan ni memang dia suka. Bagi je apa-apa semua dia telan. Jangan batu dan kayu sudah la.
























Orait tak orait? Orait tak orait pun buat-buat orait je la eh?

Vote ya semua!

Embrace LoveWhere stories live. Discover now