☆Bab 1: Nasib Yang Ditempuhi

68 1 0
                                    

Kelihatan seorang remaja lelaki sedang terbaring dengan lena di atas sebuah katil yang sederhana sambil memeluk erat bantal. Tiba-tiba, jam loceng berbunyi sehingga mengejutkan Harzan daripada tidurnya itu & dalam keadaan yang masih mamai itu, dia termenung sambil menggosok-gosok matanya.

 Tiba-tiba, jam loceng berbunyi sehingga mengejutkan Harzan daripada tidurnya itu & dalam keadaan yang masih mamai itu, dia termenung sambil menggosok-gosok matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melihat ke arah jam locengnya yang sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. menutup jamya sebelum bangun menuju ke arah bilik air yang hanya berada di sebelah biliknya setelah mencapai tualanya.

Ketika sedang berjalan menuju ke arah bilik air, langkah kaki Harzan seketika terhenti setelah mendengar bunyi yang datang dari dapur & mengambil kesempatan itu untuk memeriksa dapur dengan berhati-hati.

"Hari ni buat nasi goreng jelah. Nasi semalam pun elok lagi ni,"kata Haura yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.

Harzan yang berasa puas hati terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air.

Tak lama setelah itu, Haura menghidangkan makanan serta minuman di atas meja & menutupnya dengan penutup saji anyaman mengkuang lalu mulai menyambung semula tugasnya untuk membungkus kek batik, biskut & kuih-muih buatannya untuk dijual.

"Hah, buat apa tu?"tanya Harzan yang hentah dari mana muncul dibelakang Haura yang sedang asyik membungkus kek batik.

"Aahhh?! Abang!!! Terkejut Haura tau!"marah Haura yang terkejut dengan kemunculan Harzan yang tidak dijangka.

"Ish, janganlah marah. Abang saja je nak tengok-tengok Haura buat apa,"kata Harzan.

"Abang ni, dah lah tak pakai baju lagi. Nanti nak solat subuh lepas tu nak hantar pesanan lagi,"kata Haura yang memandang Harzan yang sedang berdiri dihadapannya & hanya memakai tuala.

"Eheheh, abang pergilah ni,"kata Harzan dengan sedikit rasa malu & segera meluru masuk ke dalam bilik.

Haura hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil kerana serba sedikit terhibur dengan sikap abangnya itu.

Setelah menunaikan solat subuh, Harzan terus saja berjalan keluar dari biliknya dalam keadaan yang sudah siap berpakaian baju kemeja sekolah & pergi ke arah meja makan untuk mengalas perut sebelum pergi menghantar pesanan pelanggan Haura.

Setelah itu, Harzan terus meletakkan pesanan Haura ke dalam beg khas yang dipasang pada motosikalnya lalu memandang Haura yang sedang mengunci pintu rumah.

"Haura, elok-elok pergi sekolah tu,"kata Harzan yang sedang memakai pelitup muka berwarna hitam & topi keledar.

"Baik, abang. Abang pun elok-elok ya bawak motor tu,"kata Haura lalu menyalami tangan Harzan.

Harzan hanya mengangguk lalu membonceng motosikalnya meninggalkan pekarangan rumah sementara Haura mengayuh basikalnya menuju ke sekolah.

Di sebuah warung, Harzan memberhentikan motosikal miliknya lalu mengeluarkan kotak bungkusan kuih-muih seperti donut, seri muka & karipap sebelum ditegur oleh Pak Lan.

Mencari Kebahagiaan Yang Hilang Where stories live. Discover now