Harzan yang berhenti berdekatan orang itu segera menyapanya & seperti yang dirasakan firasat dirinya benar-benar tidak menipu.
"Fahri! Apa dah jadi dengan kau? Kau cari masalah dengan orang lagi ke?"kata Harzan yang segera memakirkan motosikalnya di tepi jalan jauh sedikit daripada laluan kenderaan.
"Hahaha, aku ok je,"kata Fahri sambil mengelap bibirnya yang masih bersisakan darah segar.
"Kau cari pasal dengan siapa kali ni? Kai & Frezay?"kata Harzan yang cuba meneka.
"Hahaha, biasalah kau kan tahu aku ni pantang tengok kau kena ganggu dengan orang. Sebab tulah aku cabar diorang lawan aku & aku pun menang! Jadi, diorang janji takkan kacau kau dah lepas ni!"kata Fahri yang semangat bercerita.
"Haih, aku tahu, Fahri. Kau cari masalah dengan diorang sebab mereka ada cakap benda buruk pasal mak kau kan?"kata Harzan yang sedang risau.
Riak wajah Fahri seketika berubah lalu memandang wajah sahabatnya yang jelasnya menampakkan sebuah kerisauan pada riak wajahnya & tidak berkata sepatah kata kepadanya sebelum ditarik oleh Harzan untuk menjauh dari jalan raya.
Setelah tiba di tempat yang selamat, Harzan hanya perlahan-lahan memerhatikan setiap bahagian badan Fahri yang penuh dengan pelbagai kecederaan & beberapa luka tersebut hanya ditampalkan dengan plaster luka.
"Mana first aid kau? Mari aku rawat luka kau,"tanya Harzan sambil mencari sesuatu dari beg galasnya.
"First aid dah kosong,"kata Fahri dengan singkatnya.
"Macam mana boleh habis? Takkan ada lagi ke sebelum ni?"kata Harzan yang sedikit bingung.
Fahri hanya terdiam mengingat kembali bahawa dia sudah menggunakan semua kelengkapan first aid miliknya yang masih tersisa untuk merawat kecederaan Haura.
"Haih, kalau macam tu. Kau ikut aku balik. Aku tahu yang kau nak pergi tidur kat masjid sebab mak kau takde kat rumah & kunci pintu rumah terkunci tapi kau lupa bawak kuncinya kan?"kata Harzan dapat meneka masalah yang dihadapi oleh Fahri.
"Macam mana dia boleh baca minda aku?!"fikir Fahri yang tiba-tiba diserang rasa seram sejuk dengan tekaan Harzan yang benar-benar tepat itu.
Harzan hanya menghelakan nafas keluhannya lalu menanggalkan kesemua plaster luka Fahri.
"Adui! Sakitlah!"marah Fahri yang menepis tangan Harzan & mengenai muka sang sahabatnya sehingga tali pelitup mukanya itu terputus serta menampakkan wajahnya.
YOU ARE READING
Mencari Kebahagiaan Yang Hilang
AdventureMuhammad Harzan Anaqi, seorang remaja yang berdikari & bertanggungjawab dalam menjadi tulang belakang keluarganya sejak kehilangan kedua ibubapanya pada usia yang masih dini. Dia juga bertanggungjawab dalam menjaga serta membesarkan satu-satunya adi...