Pada pagi hari yang dingin, kedengaran burung berkicauan merdu berterbangan mencari rezeki sementara Harzan seperti biasa pergi bersiap untuk menghantar pesanan pelanggan Haura.
"Elok-elok ya naik motor tu, abang,"kata Haura sambil membungkus kuih-muih di dalam kotak bungkusan.
"Ya, Haura pun jaga diri elok-elok masa abang takde. Kalau ada orang datang buat benda bukan-bukan lari pergi rumah jiran sebelah,"pesan Harzan sambil mengalas perut dengan dua keping roti bakar yang disapu mentega & jem.
"Ish, abang ni. Jangan risau, takkan ada benda macam tulah,"kata Haura yang tidak setuju dengan kata-kata abangnya itu.
"Sebelum tu, Haura boleh hantarkan air sambil periksa si Fahri tak? Tadi abang dah kejut tapi dia tak bangun. Jadi, Abang tunggu kejap sebelum pergi hantar makanan Haura,"kata Harzan yang sedang bersiap menyarung jaket & topi keledar.
Haura hanya mengangguk lalu menuangkan air ke dalam gelas & meletakkannya di atas dulang beserta dengan roti bakar.
Di dalam bilik, Haura yang baru saja memasuki bilik itu hanya tercegat berdiri dihadapan katil sambil memerhatikan Fahri yang masih nyenyak tidur di katil sehingga dia masih dapat mendengar dengkuran halus si Fahri.
"Kenapa abang Fahri tidur macam ni?"fikir Haura yang ingin tahu.
Haura meletakkan dulang di atas meja yang menjadi tempat belajar Harzan lalu cuba untuk mengejutkan Fahri namun tanpa sebelum dia sempat melakukan apa-apa, Fahri tiba-tiba saja tersedar sehingga mengejutkan Haura.
"Urm, Haura? Apa kamu buat kat sini?"tanya Fahri yang masih mamai.
"Uhh, takde apa-apa! Haura datang nak..urm..hah! Kejutkan abang Fahri je!"kata Haura yang sedikit kalut menjawab pertanyaan Fahri.
"Oi! Kau sampai bila nak tidur? Meh bangun makan & tolong aku hantar pesanan Haura ni. Takkanlah aku nak tinggalkan kau berdua dengan Haura kat rumah ni!"bebel Harzan yang secara kebetulan berada di situ.
"Huwargh~ Yelah, aku bangunlah ni,"kata Fahri yang menguap sebelum bangun mencapai sarapannya.
Setelah Fahri menjamu sarapannya, Harzan terus sahaja menghidupkan enjin sementara Fahri sedang memakai topi keledar milik Haura.
"Bye, abang & Abang Fahri. Abang Fahri tolong jagakan abang ya,"kata Haura sambil melambaikan tangan.
"Hehe, jangan risau, abang Fahri akan jaga abang kamu yang kecik molek ni,"usik Fahri yang duduk di belakang Harzan.
"Hei! Siapa yang kecik molek hah?! Nak aku tinggalkan kau kat tepi jalan?!"marah Harzan yang pantang dengar orang panggil dirinya dengan sebutan "pendek" atau "kecik".
"Alolo, terasa ke, bang? Tapi walau bagaimanapun, kau kena terima jugak hakikat yang kau tu pendek,"sindir Fahri sambil tersenyum sinis.
"Grrr...huh, untung je kau ni yang aku masih mengaku kawan lagi. Kalau tak dah lama aku tinggalkan kau dekat tepi jalan,"keluh Harzan yang terus membonceng motosikalnya menuju ke lokasi pelanggan Haura.
Setelah menghantar semua pesanan kuih-muih & kek kepada pelanggan, Harzan menghentikan motosikalnya di hadapan kedai runcit Cik Fini untuk membeli sesuatu.
"Kenapa berhenti kat sini?"tanya Fahri yang membetulkan hoodie & pelitup mukanya supaya orang tidak melihat mengenalinya.
"Nak beli barang kejap,"jawab Harzan.
"Aku pun nak beli somethings jugak,"kata Fahri tapi tidak didengari oleh Harzan yang sudah jauh meninggalkannya.
Fahri hanya terdiam sambil menahan geram lalu segera masuk ke dalam kedai segera yang minggu tanpa disedari oleh Harzan.
Beberapa minit telah berlalu, Harzan pun kembali ke motosikalnya tetapi dia menyedari bahawa Fahri tidak berada di situ & terpaksa mencari keberadaan sahabatnya di sekitar situ.
Setelah beberapa saat berjalan dari motosikalnya, Harzan terbau asap rokok yang datang daripada belakang kedai lalu segera berlari ke arah belakang kedai.
"Penat aku cari kau tahu tak?!"marah Harzan.
"Dah kau yang lama sangat. Aku pun dah beli apa yang nak,"kata Harzan yang asyik menghisap sebatang rokok.
Harzan yang geram terus saja merampas rokok yang dihisap oleh Fahri & mencampakkannya ke atas tanah lalu memijaknya. Fahri hanya terkaku seketika akan tindakan Harzan yang mengejutkan itu.
"Kau tahu kan rokok tak baik untuk kesihatan? Asal kau hisap jugak?"kata Harzan yang geram bercampur risau.
"Sebab aku suka,"jawab Fahri selamba lalu mengambil lagi sebatang rokok lalu menyalahkannya dengan pemetik api.
Harzan yang sudah penat menasihati Fahri hanya mampu mengeluh & pergi ke arah motosikalnya dengan penuh kekecewaan sementara Fahri hanya terus menghisap rokok itu sehingga puas.
Setelah apa yang jadi, mereka pun menuju pulang ke rumah Si Harzan. Pada saat yang bersamaan, Fahri terpandang rumahnya.
"Hei! Berhenti kejap kat depan rumah aku tu!"jerit Fahri.
Harzan yang mendengarkan Fahri terus saja memperlahankan motosikalnya & berhenti dihadapan rumah sahabatnya itu.
"Nampaknya, ibu kau dah balik. Kau nak balik ke?"kata Harzan yang melihat kereta kepunyaan Puan Liz yang sudah berada di pekarangan rumah.
"Rasanya aku kena balik,"kata Fahri yang kelihatan sedikit kurang senang.
Harzan hanya mengangguk lalu membonceng motosikal pulang ke rumahnya sebelum Fahri pulang ke rumah Puan Liz.
Setelah mengambil semua barang-barang & mengucapkan selamat tinggal pada Haura, Fahri berjalan keluar dari rumah mereka.
"Kau tak nak aku hantarkan?"tanya Harzan.
"Tak perlu, kau berehat je. Kau tak patut paksa diri kau sangat, Harzan. Kau kena ingat untuk jaga diri kau dulu sebab aku boleh jaga diri aku & kau tahu yang kau tak boleh sorok kelemahan kau selamanya. Lagipun, ini masalah aku & jangan libatkan diri kau dalam masalah ni kalau kau tak nak merana,"kata Fahri sambil berjalan pergi.
Harzan hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa lalu terduduk di sofa sambil mengusap-usap dadanya. Haura yang menyedari hal itu segera mencari sesuatu di dalam laci meja Harzan.
"H..huh...huh...mungkin kau..betul, Fahri. Tapi..tak semestinya aku..tak boleh ambil berat..tentang kau,"kata Harzan perlahan sambil mengusap-usap dadanya untuk cuba tenangkan diri kerana nafasnya yang terasa tidak teratur.
Haura yang telah menemui benda yang Harzan perlukan dengan segera terus menghulurkan inhealer kepada abangnya sambil cuba membantu menenangkan si abang.
Sementara itu, Fahri yang sudah berada dihadapan rumahnya hanya tercegat berdiri di situ sambil memikirkan sesuatu sebelum berjalan memasuki pintu rumahnya yang terbuka lebar.
Ketika masuk ke dalam rumah, Fahri terpandang ibunya yang terbaring di atas lantai tertidur dalam keadaan mabuk & beberapa botol alkohol berasa di sampingnya.
Fahri hanya menghela nafas kecewa lalu mengutip setiap botol yang ada di situ lalu buang ke dalam tong sampah di dapur. Fahri yang ingin naik tangga ke biliknya yang berada di tingkat atas tiba-tiba menghentikan langkahnya kerana mendengar jeritan ibunya.
"Fahri!!!! Mana kau Fahri?!"jerit Puan Liz yang baru sedar dari tidur.
Fahri yang tidak mampu berbuat apa-apa hanya berjalan mendekati ibunya yang sedang bersikap bengis itu.
"I..Ibu, Fahri boleh t..terangkan,"kata Fahri sebelum ini terjatuh kerana tamparan kuat yang diberikan oleh Puan Liz sehingga dirinya benar-benar terkaku seperti batu kerana terlalu terkejut.
"Aaahhhhhh!!!! Kau ni tak pandai balik rumah ke?!!! Kau ni sama macam ayah kau!!! Selalu je menyusahkan aku!!!! Keluar tinggalkan aku kat sini!!!! Aku benci!! Benci ayah kau!! Benci kau!!!!"jerit Puan Liz sambil menangis & memukul-mukul Fahri yang sama sekali tidak melawan atau berkata apa-apa seolah menerima semua itu...
YOU ARE READING
Mencari Kebahagiaan Yang Hilang
AdventureMuhammad Harzan Anaqi, seorang remaja yang berdikari & bertanggungjawab dalam menjadi tulang belakang keluarganya sejak kehilangan kedua ibubapanya pada usia yang masih dini. Dia juga bertanggungjawab dalam menjaga serta membesarkan satu-satunya adi...