Harzan & Fahri yang baru tiba di sebuah kelas yang sedang dipenuhi dengan rakan-rakan sekelas yang kelihatan sedang melakukan kerja masing-masing. Tiba-tiba, mereka berdua telah disapa oleh seorang rakan sekelas mereka.
"Harzan! Fahri! Selamat pagi!!"ucap Muhammad Farran dengan riang seolah-olah gembira dengan kehadiran kedua sahabatnya itu.
"Selamat pagi, Farran,"jawab Harzan sambil mengangkat tangan.
"Hm...pagi,"kata Fahri yang terus duduk di mejanya.
"Ala, nak ucap selamat pagi bukan macam tu! Kenalah semangat sikit!"kata Farran yang tidak berpuas hati.
"Asal ucap pun dah ok,"kata Fahri.
"Mana boleh!"geram Farran.
Keadaan itu seketika menimbulkan pertengkaran antara kedua insan tersebut & hanya diperhatikan oleh Harzan yang mengambil kesempatan itu untuk duduk di meja belakang yang menjadi tempatnya itu.
Ketika Harzan sedang duduk, dia hanya memandang kerusi disebelah yang masih kosong.
"Agaknya, ada ke pelajar yang akan duduk dengan aku?"fikir Harzan sambil termenung mengingati rakan-rakan sekelasnya yang lain pernah menolak pelawaan untuk duduk disebelah dirinya.
Pada saat yang sama, kedengaran bunyi tapak kaki yang semakin mendekati kelas mereka sebelum ketua kelas bangun & mengucapkan salam.
"Bangun!!! Assalamualaikum & selamat pagi, Cikgu Dahlia,"ucap ketua kelas ketika melihat Cikgu Nurul Dahlia memasuki kelas bersama seseorang.
"Waalaikumussalam, selamat pagi, kelas. Semuaa duduk ya,"ucap Cikgu Dahlia.
Semua pelajar mengikuti arahan Cikgu Dahlia & menumpukan perhatian mereka ke arah pelajar yang sedang berdiri dihadapan termasuklah Harzan.
"Hari ni kita akan menerima pelajar baru. Luzman, sila memperkenalkan diri kamu,"kata Cikgu Dahlia.
"Um..Assalamualaikum, nama saya, Tengku Luzman Hakim Bin Tengku Zaihan. Semua..boleh panggil saya, Luzman atau Hakim. Saya..berasal dari Johor Bahru,"kata Luzman sambil memperkenalkan dirinya.
"Baiklah, sila duduk dimana-mana kerusi yang masih kosong ya,"kata Cikgu Dahlia sambil tersenyum.
Luzman hanya mengangguk lalu berjalan ke arah meja Harzan & duduk disebelah kerusi kosong tersebut serta mengeluarkan alat tulis beserta bukunya.
Situasi itu membuatkan suasana terasa sedikit canggung bagi Harzan seketika membuatkan dirinya sekali-sekala memandang wajah Luzman kerana sudah sekian lama dia tidak pernah duduk dengan sesiapa kerana dihindari oleh rakan sekelasnya & kerana dia juga sedar dirinya sedang ditatap oleh rakan-rakan sekelasnya serta seolah-olah mendengar dirinya sedang dihakimi oleh mereka.
"Tengok tu, budak baru tu duduk dengan si Harzan tu lah. Kesiannya, mesti dia duduk situ sebab tak tahu lagi,"bisik seorang pelajar perempuan kepada rakan sebelahnya.
YOU ARE READING
Mencari Kebahagiaan Yang Hilang
AdventureMuhammad Harzan Anaqi, seorang remaja yang berdikari & bertanggungjawab dalam menjadi tulang belakang keluarganya sejak kehilangan kedua ibubapanya pada usia yang masih dini. Dia juga bertanggungjawab dalam menjaga serta membesarkan satu-satunya adi...