☆Bab 3:Nasib Yang Ditempuhi (Part 3)

11 1 0
                                    

Selepas waktu persekolahan, para pelajar berpusu-pusu keluar dari pagar sekolah setelah seharian berada di sekolah & sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah.

"Haura! Awak dah nak balik ya?"panggil Nurul Afia sambil memandang Haura yang sedang berdiri disebelah basikal berwarna biru.

"Ya, saya dah nak balik. Banyak hal nak buat dekat rumah,"kata Haura sambil membawa basikalnya keluar dari tempat itu.

"Eh, Haura! Kau balik dengan basikal lagi? Asal tak balik naik motor dengan abang kau? Dia dah tak sayang kau ke apa?"sindir Ain Karmila sambil tersenyum sinis & ditemani oleh kedua ahli konconya, Mira serta Diana.

"Tak, sebab abang ada kerja nak buat,"kata Haura yang cuba mengendahkan Ain.

"Hahaha, abang kau lagi pentingkan kerja daripada diri kau! Mesti sebab dia nak cari duit sebab nak hidup senang kan? Maklumlah korang kan miskin & takde duit sampai nak makan pun susah kan?"sindir Mira pula.

"Betul jugak tu! Abang kau tu sanggup tak hantarkan kau balik rumah sebab nak jimat duit motor. Maklumlah dia tak mampu nak bayar minyak motor!"kata Diana tanpa rasa bersalah.

Haura hanya mampu berdiam diri kerana dirinya sudah terbiasa diganggu oleh mereka bertiga. Namun, Nurul yang tidak sanggup melihat hal itu lagi bertekad untuk berdiri melawan mereka demi mempertahankan Haura.

"Diamlah korang! Korang seronok je cakap sebab korang anak orang kaya! Korang tak tahu apa-apa tentang Haura! Baik berambus jelah!"marah Nurul yang sudah hilang sabar sambil ditahan oleh Haura yang cuba mengawal keadaan.

"Sibuk jelah kau ni! Kau nak cari gaduh dengan Trio Diva?! Berani betul!"jerkah Ain yang marah dengan tindakan Nurul.

Orang disekitar mereka hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa untuk hentikan pertengkaran itu sehingga mengundang Ain untuk bertindak kasar menolak Nurul tapi tanpa sengaja telah menolak Haura sehingga terjatuh mengenai basikalnya.

"Haura! Kau ok?!"Nurul yang panik segera mendekati Haura.

"Heh, baru korang tahu apa akibatnya cari pasal dengan aku,"kata Ain tanpa rasa bersalah.

Tiba-tiba, Mira & Diana yang hampir ketawa terus saja terdiam setelah melihat seorang lelaki berdiri dibelakang mereka lalu segera memeluk Ain dengan penuh ketakutan.

"Korang ni dah kenapa peluk aku?!"marah Ain yang terkejut.

"Berani betul kau buli Haura ya?!"bentak Fahri sambil melontar renungan yang tajam ke arah Ain.

"F..Fahri..a..apa kau buat kat sini?"tanya Ain yang mulai berasa jantungnya berdebar kencang kerana gementar.

"Pergi sekarang!!! Blah kau dari sini!! Aku tak nak tengok korang ganggu Haura lagi! Aku takkan bagi belas kasihan pada korang walaupun korang ni perempuan!!"marah Fahri sambil menunjukkan genggaman penumbuk.

Ain bersama konconya terus berlari meninggalkan mereka dalam keadaan yang ketakutan. Orang-orang yang berada disekitar mereka juga tidak terlepas daripada merasa gerun dengan Fahri.

"Apa tengok-tengok! Balik lah!!"laung Fahri yang menyedari mereka sedang diperhatikan.

Semua pelajar yang berada di sekitar situ terus pergi meninggalkan kawasan itu sehingga menyisakan mereka bertiga.

"Kau ok, Haura?"tanya Fahri.

"Aduh, jangan risau, Haura ok je, Abang Fahri.."kata Haura yang dibantu oleh Nurul.

"Alamak, tangan Haura terluka lah,"kata Nurul yang menyedari darah yang menitis keluar dari luka kecil di telapak tangan Haura.

"Haih, bawak Haura ikut aku,"kata Fahri sambil berjalan menuju ke arah sebuah pondok di taman sekolah.

Mencari Kebahagiaan Yang Hilang Where stories live. Discover now