Part 3

102 10 0
                                    

Jenggg jenggg tetiba muncul nama lain dalam hidup Maya hiks.

**********************************************************************

Kek dan pavlova Maya semakin mendapat sambutan. Setiap hari jualannya pasti akan habis setelah beberapa jam dia memulakan perniagaan. Kerana sambutan yang menggalakkan itu jugalah ramai yang mula ingin menempah kek dengannya.

"Maaf ya kak, buat masa sekarang saya tak ambil tempahan." Kedua belah tangan dirapatkan sebagai memohon maaf.

Rasa bersalah juga setiap kali menolak tempahan lebih lagi bila bertemu muka begini. Tetapi Maya tidak mahu mengambil risiko di atas kesibukannya dengan mengambil tempahan dan akhirnya kualiti kek itu nanti merudum daripada jangkaan.

"Oh ya ke. Rugilah kalau tak ambil tempahan. Kek kamu sedap."

Tersenyum Maya mendengar pujian pelanggannya itu. "Belum sempat untuk ambil tempahan kak. Nanti bila dah buka untuk tempahan saya uar-uarkan."

"Baiklah kalau macam tu. Akak beli kek ini dulu ya."

"Saya jual kak. Terima kasih."

Nafas ditarik dalam dengan senyuman yang semakin melebar di wajah. Jelas riak gembira pada wajah Maya ketika itu. Alhamdulillah akhirnya usaha dia telah membuahkan hasil bila keknya semakin dikenali.

Sedang Maya sibuk melayan pelanggannya yang lain, muncul Luqman sambil melipat lengan kemeja. Tanpa sebarang kata Luqman terus berdiri di sebelah Maya dan membantu gadis itu melayan pelanggannya. Segala gerak lakunya seperti sudah terlalu biasa membantu Maya di situ.

"Nah."

Satu gelas kopi ais dihulurkan kepada Luqman. Kopi ais yang dibeli di gerai sebelah. Kemudian Maya ikut meneguk minuman sejuk yang turut dibeli untuknya itu.

"Kau ni tak penat ke, habis mengajar terus datang sini tolong aku pula."

Luqman yang sentiasa murah dengan senyuman itu terus tersenyum setelah meneguk kopi ais yang diberi oleh Maya.

"Bukan selalupun aku datang dan aku datang ni bersebab."

"Sebab apa?"

Luqman mengeluarkan kertas yang berlipat di dalam poket kemeja dan dihulurkan kepada Maya.

"Borang untuk hari keusahawanan dekat sekolah aku bulan depan. Pengetua buka beberapa slot untuk peniaga dari luar ikut serta program tu nanti. Kau isilah borang tu, nanti aku hantar dekat pengetua."

"Kau nak aku isi slot tu ke? Kau nak aku jual kek dekat sekolah kau?"

Luqman angguk dan kembali meneguk minuman yang masih berbaki.

"Satu hari je. Nak tak?"

Maya tunduk membaca borang kosong yang diberi oleh Luqman. Kemudian dia angguk dengan senyuman di bibir.

"Nak! Terima kasih Luq."

"Sama-sama." Luqman ikut senyum dan serentak mereka menghabiskan kopi ais di dalam gelas.

***

Kereta dipandu perlahan memasuki pagar sekolah. Kelihatan sudah ramai peniaga yang mula menyiapkan gerai mereka di bawah garaj kereta yang telah tersedia. Usai memakir kereta di tempat yang disediakan, Maya mula memunggah kek, pavlova serta barang-barang yang lain dibawa ke gerainya.

Mengikut tentatif program, aktiviti jualan akan bermula pada pukul sepuluh pagi sehingga jam tiga petang. Ketika jam menghampiri pukul sepuluh, Maya masih lagi sibuk menyusun pavlova di atas dulang. Walaupun telah lewat, dia tetap tenang menyudahkan kerjanya.

PUNGGUK RINDUKAN BULANWhere stories live. Discover now